19 tahun (2021)Setahun berlalu....
Sungyoung melepaskan keluhan yang besar apabila dia masih lagi tidak mendapat pengiktirafan sebagai warganegara di situ. Sungyoung memandang ke arah bil hospital yang belum lagi habis dibayar. Sebentar tadi, dia baru sahaja menelefon makciknya dan memaklumkannya tentang bil tersebut dan secara tiba-tiba dia mendapat surat permohonannya untuk menjadi warganegara di situ..dan permohonannya masih ditolak. Sungyoung meletakkan surat tersebut di atas meja kopi di hadapannya. Dia mengambil buku banknya dan hanya terdapat 22383.88USD sahaja di dalam akaunnya.
" Mana aku nak cari duit lagi ah? "
Sungyoung meraup wajahnya dan memandang siling rumah sewanya itu.
" Sungyoung! Abang kamu dah sedar! " Ayah Sungyoung menerjah masuk ke dalam bilik Sungyoung.
Sungyoung memandang ke arah ayahnya. Dia bangun dan keluar meluru ke bilik yang menempatkan Yedam.
" Mak.... " Kedengaran suara Yedam meraung.
Sungyoung perlahan-lahan mendekati Yedam yang sedang menyembunyikan wajahnya dengan lututnya.
" Oppa... " Panggil Sungyoung lalu Yedam mengangkat wajahnya dan dia terus sahaja memeluk adik kembarnya itu.
" Ayah! Sungyoung! "
" Syukur, kamu dah sedar.. " Kata ayahnya sambil memeluk anak lelakinya itu.
" Mana mak? " Tanya Yedam sambil mencari kelibat maknya.
" Mak tak dapat survive, Oppa.. Hanya kau dengan ayah je yang survive.. " Beritahu Sungyoung.
" Aku dah agak...sebab tu mak muncul dalam mimpi aku! " Kata Yedam sambil meraung.
Sungyoung memeluk abangnya itu, ingin menenangkannya.
" Oppa, jangan menangis macam ni...mak mesti tak suka bila tengok kau macam ni. " Pujuk Sungyoung sambil mengelap air mata kembarnya itu.
" Kenapa mak tinggalkan kita? Aku tak sempat nak peluk mak buat kali terakhir. " Raung Yedam sambil memeluk erat Sungyoung. Sungyoung menggosok-gosok belakang Yedam sambil menenangkan abangnya itu.
" Ayah pergi masakkan bubur kejap.. " Kata ayahnya sebelum dia keluar dari situ.
" Dah, dah... Jangan menangis lagi ye, oppa... " Pujuk Sungyoung lagi.
Selepas beberapa minit...
" Nanti kau bawa aku pergi tengok kubur mak. " Sungyoung hanya mengangguk mendengar permintaan abang kembarnya itu.
" Kita dekat mana ni? Kenapa aku tak cam bilik ni? " Tanya Yedam sambil mengelap air matanya yang berbekas di wajahnya.
" Dekat New York. " Beritahu Sungyoung. Mata Yedam membulat.
" New York? Kau datang jauh-jauh dari Korea ke sini untuk tengok aku dengan ayah? Kau datang dengan siapa? " Tanya Yedam.
" Aku datang dengan makcik. By the way, kau tak sedarkan diri lama juga... Nak dekat setahun juga kau koma. Ayah sedar awal lagi dari kau... " Beritahu Sungyoung lalu Yedam lagging sekejap kerana otaknya sedang memproses apa yang diberitahu Sungyoung.
" S-S-Setahun? " Tanya Yedam dan Sungyoung mengangguk.
" Maknanya, kau tinggal dekat sini..jaga kitorang setahun lebih? " Tanya Yedam lalu Sungyoung mengangguk lagi.
" Macam mana kau boleh survive, dik? Taraf hidup dekat sini, tinggi dik. Dengan nak bayar cukai lagi..cukai pula bukannya sikit.. banyak pula tu. " Sungyoung hanya tersenyum kecil.
YOU ARE READING
The Chosen One : Destiny (S2) | Treasure
Hayran Kurgu|| Malay ff Treasure Jihoon ft. Yoshi || • Book 2 of The Chosen One : Life • Kalau nak tahu cerita ni, kena baca book 1 dulu..hehe <3 Diharapkan korang semua enjoy membacanya~ (≧▽≦)