32

27 4 0
                                    

" Andwae..andwae..AAAA!!!! "

Aerin terbangun daripada tidurnya dengan badan yang sudah terasa bahang yang terlampau. Satu tubuhnya panas dan berpeluh. Hatinya yang berdebar terus melihat ke arah jam di atas meja belajarnya.

" Adik! Kau okay ke ni? Tulah pergi tidur time senja macam ni. Bangun, pergi mandi. "

Hyunsuk menggeleng sebaik sahaja masuk ke dalam bilik Aerin. Aerin mengabaikan suruhan oppanya tadi. Dia mula menghairan dan memproses apa yang terjadi. Namun, hanya satu di fikirannya. Mama dan abahnya.

" Oppa, mama mana? "

" Mama ada dekat bawah tengah masak. Kenapa dengan kau ni.. "

Hyunsuk beredar masuk ke dalam biliknya.

Hati Aerin betul-betul berdebar kerana tidak percaya dengan apa yang dialami. Dia segera menapak turun ke bawah untuk melihat betul ke mamanya sedang memasak di dapur.

Matanya terbeliak sebaik sahaja sosok badan yang dicari ada di hadapan matanya. Tidak sangka semua tadi itu adalah mimpi.

" Mama!! Jangan tinggalkan adik, adik takut.. "

Aerin memeluk mamanya dari belakang. Mamanya yang sedang mencuci piring, terkejut dengan pelukan yang diberi secara tiba-tiba. Lantas badannya dipusing dan mengusap rambut anak perempuannya itu.

" Adik..kenapa ni? Mama ada dekat sini. Adik mimpi lagi ye?.. "

Aerin memeluk mamanya dengan erat. Kemudian mata mereka bertatapan antara satu sama lain. Aerin mengalirkan air matanya kerana sangkaannya salah, mama dengan abahnya masih hidup.

" Mama, cubit adik sekejap. "

" Kenapa? "

" Kejap je, cuba mama cu–ahh!! " Aerin menjauhi mamanya sebaik sahaja dicubit.

" Sakitlah ma..huhuhuhu. " Aerin mengerang kesakitan.

"Adik suruh, mama bagilah. " Mamanya tertawa kecil dengan gelagat anak perempuannya itu.

" Adik mimpi lagi ke? Pergi tidur time senja ni kenapa. Tak pasal-pasal dapat cubitan mama yang berbisa. " Mamanya menggelengkan kepalanya sebelum menyambung kerjanya yang tertangguh dek melayan kerenah anak perempuannya itu.

" Betul la ni dunia realiti. Maknanya tadi adalah mimpi buruknya semata-mata. Takutnya... " Omel Aerin di dalam hatinya.

Abahnya mencelah lalu tertawa kecil. Sungguh Aerin tidak sangka dengan apa yang dilihat.

" Awak dah masak ke? "

" Yelah, kalau saya tak masak lapar pula orang tu. "

Aerin menapak ke abahnya.

" Abah, nak peluk.. "

Abahnya menghairan. Pelik, umur dah 24 tahun minta peluk secara tiba-tiba tanpa angin ataupun ribut. Tanpa berkata panjang, abahnya itu meletakkan anaknya dalam dakapan.

" Adik tidur berapa lama dah? " Soal abahnya dan melepaskan dakapan itu.

" Adik tak ingat. Err...rasanya dari pukul 10 pagi tadi kot. Ha betul lah! " Aerin tertawa kecil dan mamanya bersuara.

" Patut mama panggil tak turun..ish budak ni. " Lengan Aerin ditampar. Aerin pula hanya mengerang kesakitan sambil menggosok-gosok lengannya.

" Dah besar macam ni pon boleh lagi tidur lama-lama macam tu. Adik bukan sekolah lagi, ingat ye diri tu dah besar..waktu-waktu macam ini lah adik kena buat sesuatu dekat luar tu..bukan duduk rumah macam ni.. "

Mulalah dengan sesi bebelan daripada mama yang tersayang. Abahnya pula, ingin mengambil secuit makanan yang telah dimasak tapi terhenti kerana tangannya ditampar.

" Eh awak ni saya tengah nasihat anak awak, boleh pula dia curi-curi makan. "

Abahnya pula memandang ke arah lain seolah-olah dirinya tidak bersalah.

" Apa nak jadi lah adik ni. Haih, ni semua ajaran awak lah ni. " Abahnya menyalahkan mamanya pula.

" Eh saya pula, ikut awaklah. Tidur tak sedar apa. Kalau boleh..bom meletup sebelah telinga, pun tak bangun. "

Aerin pula hanya tersenyum kerana mimpi dia itu tidak betul. Keluarganya ada di depan matanya sekarang. Namun, tiba-tiba terlintas di fikirannya, Jihoon. Segera dia mengambil sepotong telur dadar gulung dan memasukkan ke dalam mulutnya sebelum dia berlari naik ke bilik semula.

" Eh..tengok budak ni.. "

" Anak awak lah ni.. "

" Pergi mandi dulu! Jangan turun selagi tak mandi.. "

Mamanya memberi arahan. Suaminya pula curi-curi ambil makanan sekali lagi tapi perbuatannya tetap tidak berjaya kerana mamanya perasan dahulu.

" Tengok tu ambil lagi. Awak pergi mandi..nanti kita makan. "

" Eyy, anak dengan bapa sama je..cuba ubah sikit perangai tu. "

Cepat-cepat tudung saji ditutup. Suaminya itu hanya mengeluh kerana perbuatannya kantoi di hadapan isterinya.


Wajah Aerin yang cemberut ditunjukkan. Dia menghantar pesanan kepada Jihoon tadi, tetapi malam ni apabila dia melihat semula telefonnya pada jam 12 malam, mesej itu tidak dibuka malah tidak dijawab langsung oleh lelaki itu. Aerin cuba untuk berfikiran positif sahaja memandangkan dia sudah mengantuk.

" Hmm, maybe esok dia balas. Penat dengan kerja lah tu.. "

Dia meletakkan telefon di atas meja dan menyelebungi dirinya dengan comforter yang tebal itu. Mata semakin lama semakin berat dan akhirnya terlelap.


Keesokkan harinya,

Aerin melihat telefonnya dan mesej itu masih tidak lagi dibaca oleh Jihoon. Aerin sudah mula risau kerana saat itu sudah tengahari. Mustahil bagi Jihoon tidak menjawab mesej tersebut walaupun sesibuk mana yang dihadapi.

Aerin juga cuba untuk menelefon lelaki itu beberapa kali, namun tetap tidak diangkat. Betul-betul Aerin tidak faham, pelik..tak pernah dia berkelakuan sebegini..

" Kau call siapa tu dik..dari tadi lagi aku tengok. "

Aerin mengabaikan pertanyaan Hyunsuk lalu masuk ke dalam biliknya.

" Eh, aku cakap pergi macam tu je.. "

Hyunsuk menggeleng. Isterinya yang memandang Aerin terus meluru naik ke atas juga rasa hairan.

" Kenapa dengan Aerin tu? "

" Tak tahulah..pelik tengok diri dia macam tu. "

Kemudian, Aerin yang sudah bersiap terus meluru keluar dari rumah.

" Adik kau nak pergi mana? " Aerin yang sedang memakai sneakers menjawab pertanyaan Hyunsuk.

" Adik keluar kejap..bye! "

" Pergi mana tengahari ni..haih~ " Hyunsuk berada di depan pintu, menghantar kelibat adiknya yang semakin jauh dari rumah..

" Tengok tu, jalan tak tengok depan haih. "

Hyunsuk mengeluh dan tertawa kecil apabila melihat Aerin yang jalan dengan sifat clumsy yang ditunjukkan.


Akhirnya dia sudah berada di depan pintu pagar rumah seseorang. Aerin cuba menelefon orang itu. Tetapi masih tidak diangkat. Jadi, Aerin terpaksa menekan loceng rumah itu berkali-kali. Tetapi tiada siapa yang buka pintu, sunyi seperti tiada orang. Sehinggalah ada seseorang yang menegur Aerin dari belakang tanpa dia sedari.

The Chosen One : Destiny (S2) | Treasure Where stories live. Discover now