Beberapa hari kemudian,
Setelah perjumpaan terakhir antara Aerin dan Jihoon, dia seringkali mengelakkan diri daripada bertemu semula dengan Jihoon. Di tadika, jika terserempak dengannya, Aerin cepat-cepat memberi alasan mahupun pergi tanpa berkata apa-apa.
Namun, ada satu hari Jihoon berjumpa dengan dia semula. Situasinya apabila semua murid dan cikgu lain sudah pulang, kini tinggal Aerin yang sedang menunggu bas di perhentian bas berdekatan dengan tadika. Tiba-tiba ada satu kereta berhenti di hadapannya.
" Kenapa pula dia ada dekat sini. " Aerin tahu kereta itu milik Jihoon disebabkan Jihoon membuka pintu kereta dari dalam.
Aerin membuat tak tahu sahaja. Jihoon yang berpakaian kemas, mungkin dari pejabat, menurunkan cermin mata hitam yang dipakainya.
" Masuk. " Arah Jihoon. Aerin berdiam diri lagi.
" Choi Aerin..jangan sampai aku seret kau. Masuk cepat. "
Aerin sudah tidak tahan kerana lelaki itu mengugut dirinya.
" Ish, aku naik bas lah. Pergilah. "
Jihoon sudah fed up. Cakap banyak mana pon mesti takkan jalan. Jadi, dia meletakkan cermin matanya itu dan keluar dari kereta.
Aerin menelan air liur dan berganjak jauh daripadanya.
Jihoon berdiri di hadapan Aerin sambil menyilangkan tangan ke dada.
" Aku bagi kau peluang, naik sendiri atau aku angkat kau? " Jihoon tersenyum sinis. Aerin sudah rasa tidak senang. Mestilah dia tidak mahu tapi terpaksa berfikir.
" 3,2,1.. " Jihoon mengira sambil melihat pada jamnya itu. Tidak ada cara lain, dia bertindak dahulu sebelum Aerin bersuara.
" Eh..kau nak buat apa ni? " Cuak Aerin kerana Jihoon sudah bersiap sedia mahu mengangkatnya secara bridal style.
Jihoon tidak berkata apa-apa malah tersenyum nakal lalu segera mengangkat Aerin dan masukkan dia ke dalam kereta. Hati Aerin tidak berhenti berdebar jadi dia cuba menenangkan dirinya.
Setelah itu, Jihoon masuk ke tempat pemandu.
" Pakai seatbelt. Ke nak aku pakaikan?"
Ah sudah ada je lagi rancangan dia.
Dengan gelabah, Aerin cepat-cepat memasang seatbelt tanpa memandang ke arah Jihoon. Jihoon tersengih lalu menghidupkan enjin dan menghantar Aerin ke rumah.
Di hadapan rumah Aerin,
Aerin mahu membuka pintu kereta tetapi Jihoon menguncinya pula.
" Aip! Mana boleh keluar macam tu je.." Jihoon tertawa kecil.
" Aduhh..jangan lah main-main. Aku nak keluarrr. " Aerin memandang ke arah Jihoon.
" Give me a kiss, and then you can go. " Kata Jihoon dengan selamba. Aerin terkebil-kebil dengan permintaan pelik yang diminta.
Ting! Satu idea muncul di fikirannya. Dia mahu kenakan Jihoon jadi dia bertindak. Secara perlahan mendekati Jihoon sehinggakan Jihoon sendiri tidak percaya dengan apa yang dia alami.
Jihoon mengatur nafas sekaligus menutup mata dan Aerin juga menutup matanya seolah-olah mahu menciumnya di situ. Aerin tersenyum dan membuka matanya semula lalu menekan butang lock yang ada di belakang Jihoon. Dia segera keluar dari kereta meninggalkan Jihoon yang masih kaku di dalam itu.
Yes! Rancangannya berjaya.
" Ya! Choi Aerin! " Jihoon menjerit dalam kereta sebaik sahaja dia tahu dirinya di prank oleh perempuan itu.
YOU ARE READING
The Chosen One : Destiny (S2) | Treasure
Fanfic|| Malay ff Treasure Jihoon ft. Yoshi || • Book 2 of The Chosen One : Life • Kalau nak tahu cerita ni, kena baca book 1 dulu..hehe <3 Diharapkan korang semua enjoy membacanya~ (≧▽≦)