34

29 4 0
                                    

Setelah majlis hari jadi selesai, mereka semua pulang..kini hanya tinggal Jihoon, Jian dan birthday girl, Aerin yang membantu Jihoon mengemas apa yang patut dalam rumah itu.

Jian pula seronok mengganggu cikgunya yang sedang mengemas. Aerin tidak kisah malahan dia bermain pula dengan Jian.

" Jian..Appa suruh buat apa tadi? Kemas kan? "

" Kejap appa, nak main dengan cikgu ni..hihi seronok! "

" Jian kalau tak nak kemas pergi naik atas, pergi main mainan appa beli tadi. "

Jihoon bertegas dengan anaknya. Jian pula hanya menunjukkan muka masam.

" Kau janganlah marah dia.. "

" Jian, pergi main dekat atas..nanti dah siap kemas semua ni, cikgu panggil Jian okay? Kita main sama-sama. " Aerin mencangkung dan berada separas ketinggian Jian. Kemudian dibisikkan sesuatu.

" Kita main tak payah ajak Appa..tinggalkan je dia. "

" Okay? "

Jian pula hanya mengangguk dan kedua-duanya tersengih, menghiraukan Jihoon yang ada di hadapan mereka.

" Eh dah, dah. Kemas cepat, aku nampak semut siap kau. "

" Go go faster! Banyak lagi kena buat.. " Jihoon memberikan arahan dan Aerin pula hanya menyuruh Jian naik ke atas.

" Ahjussi, boleh senyap sikit? Saya tahulah nak buat apa. "

Aerin hanya membuat muka datar lalu menyambung perbuatannya tadi. Jihoon pula berusaha menahan dirinya daripada marah.


Setelah beberapa minit berlalu,

Akhirnya ruang tamu yang bersepah sudah dikemas oleh mereka berdua. Mereka berdua tersandar kepenatan di atas sofa. Kemudian Aerin berpusing ke arah kanannya manakala Jihoon yang perasan Aerin menolehkan badan ke arahnya, juga memusingkan badannya ke arah kiri.

Mereka saling bertatapan sehinggalah tiba-tiba mereka berdua tertawa kecil. Aerin pula cepat-cepat mematikan senyuman dan kembali series.

" Aku tak boleh maafkan kau lagi. "

Jihoon pula menghairan. Di fikirannya, apa lagi yang dia nak ni..

" Again? Apa lagi kali ni? Tadi okay, ni tiba-tiba tak okay. "

Tidak mahu sembunyikan lagi, jadi dengan berani Aerin meluahkan segalanya.

" Kenapa kau tak call aku dekat sana? Mesej-mesej yang aku hantar pon tak berbalas. Wae? Kau dah jumpa dengan orang lain ke sampai busy sangat? "

Jihoon menghairan lalu bersuara.

" Bila kau mesej dan call aku? Setahu aku, kau yang tak balas aku punya mesej. Aku ingat kau busy dekat sini sampaikan aku punya khabar kau tak tanya pon. "

Aerin pula tertanya-tanya, pelik dengan kata-kata yang disampaikan. Jihoon memasamkan mukanya lalu memandang ke arah telefon yang ada pada Aerin.

" Eh, bagi lah balik.. "

" Ni, telefon kau ke? Kenapa aku tak pernah tengok. " Aerin mengambilnya semula. Secara tiba-tiba, dia sedar akan sesuatu.

" Ya, kau cakap kau mesej aku tapi aku tak balas kan? Maybe kau hantar ke nombor lama aku. " Jihoon menghairan.

" Bila masa kau ada nombor baru? " Tanya Jihoon.

" Bagi telefon kau kejap. "

" Nak buat apa? "

The Chosen One : Destiny (S2) | Treasure Where stories live. Discover now