37

37 3 0
                                    

" Ni mesti rancangan Jena. " Seloroh Jihoon

" Ish kau ni, janganlah tuduh macam tu. "

" Habistu aku nak cakap apa, siapa lagi yang tak suka hubungan kita ni? "

" Aku rasa ni semua rancangan dia untuk buat kau bencikan aku lagi. "

Aerin hanya terdiam apabila mendengar kata-kata Jihoon.

" Takpelah Ji, benda dah berlalu. Aku tak nak ingat semua perkara yang dulu. "

" Kita maafkan jelah salah Jena terhadap kita. Dengan kau terutamanya... Maafkan je dia okay? " Kata Aerin lalu memegang tangan suaminya itu. Jihoon pula cuba untuk senyum lalu memandang ke arah lain.

Setelah itu, mereka berjalan-jalan di kawasan sekitar situ sambil melihat matahari yang mahu terbenam kerana waktu itu sudah senja.

Kelihatan ramai yang sudah pulang, tetapi tidak bagi mereka berdua, masih kekal sehingga malam tiba.

Aerin duduk di atas tembok batu manakala Jihoon pula berdiri sambil menghadap isterinya itu.

" Aerin, kenapa kau pilih aku? " Secara tiba-tiba Jihoon meluahkan soalan itu.

" Hm? Kenapa tiba-tiba tanya ni? " Jihoon tersenyum lalu membetulkan posisi agar lebih rapat dengan isterinya.

" Saja. "

" Tapi kau jawab jelah..aku nak dengar. "

Lalu tangan isterinya digenggam dan pinggang ditahan, takut jika isterinya itu akan terjatuh. Aerin tersenyum lalu memandang ke arah lain.

" Hmm aku rasa semua ni dah tersurat. Takdir yang sudah ditulis untuk kita. "

" Sejauh mana pon aku lari, aku nak lupakan kau dalam hidup aku, aku tetap tak boleh lupakan kau dan memori kita. "

" End up aku jumpa kau dekat sini semula. It's just like aku memang tak boleh berpisah dengan kau. Like a red string. " Jihoon tersengih lalu bersuara.

" Red string? Maksud kau soulmate? "

Aerin mengangguk sambil memuncungkan mulutnya itu. Memang habit Aerin muncungkan mulut, lagi-lagi bila dia tengah fokus tentang sesuatu perkara.

Jihoon yang perasan hanya mengabaikan, menahan diri dan sengaja menambahkan lagi soalan kepada Aerin.

" Tapi, kenapa kau boleh terima Jian? Jian bukannya anak kau..tell me how you do it? "

" Takkanlah aku nak jadikan Jian punca kita gaduh. Dia anak kau, jadi aku tak kisah. Aku kena fikir matang, mana boleh berfikiran macam budak-budak lagi. " Jihoon tersenyum lagi.

" Lagipun Jian comel, macam mana aku boleh marahkan dia. "

" Tapi, ada satu je yang buat aku kesal kadang-kadang. "

" Apa dia? "

" Dia ikut perangai kau betul-betul lah. Banyak betul tanya soalan, kacau aku, nakal betul dia tu...eyy tak penat ke ha.. "

Jihoon tertawa kecil.

" Tapi takpelah, nasib aku ni seorang yang sabar. Nasib aku sayang– " Secara tiba-tiba bibirnya dikucup sekali. Terhenti percakapannya dan matanya terkebil-kebil apabila bertatapan dengan lelaki itu.

" Sambung ayat kau.. " Lengan lelaki itu dipukul.

" Oww, sakitlah. "

" Bukan sakit sangat pun. "

" Sambung lah ayat kau tadi.. "

Aerin mengeluh.

" Yelah, nasib aku sayang Jian. "

" Aku? "

Aerin menggeleng seperti biasa, perangainya yang jual mahal ditunjukkan. Jihoon pula merajuk, monyokkan muka.

Secara tiba-tiba, Aerin pula mempunyai akal untuk membuatkan Jihoon speechless. Go! Saat suaminya itu tertunduk, cepat-cepat Aerin menekup pipi Jihoon, membuatkan muka itu memandangnya.

Kemudian, mata Aerin sengaja dijatuhkan ke bibir lelaki itu. Dengan berani, nafas ditarik sebelum bibir mereka berdua bersatu tatkala matahari sedang terbenam.

Ciuman yang diberikan tidak lama dan mereka bertatapan antara satu sama lain. Aerin yang tidak cukup nafas membuatkan Jihoon bersuara.

" Sunshine, nafas kau tak panjang..lain kali bagitahu aku dulu. I can teach you, baby. " Ditambah dengan smirking di hujung ayat.

Aerin yang rasa lain macam terus tolak Jihoon daripadanya, segera bangun dan berdiri jauh daripada suaminya.

" Ish tak nak lah! Balik rumah sendiri..I hate you.. "

Sengaja perkataan itu diluahkan dan pergi dari situ. Nak kenakan suami sendiri end up dirinya terkena balik.

Jihoon tersengih.

" Nado saranghae my love! Tunggulah kejap!! "

Kemudian dia berlari dan sempat memeluk Aerin yang sedang berjalan jauh dari situ.

~~TAMAT~~

The Chosen One : Destiny (S2) | Treasure Where stories live. Discover now