22

26 3 0
                                    

 " Oppa minta maaf sebab tak tahu pula akan jadi macam ni. I'm really sorry. "

Yeonjun menoleh ke arah Aerin yang sedang tertunduk lemah. Dia menarik nafas sebelum menghembuskan segalanya..

" Aerin pon tak tahu benda ni akan jadi. It's okay..oppa tak salah, benda ni memang berpunca daripada Aerin sebenarnya. That's why dia marah tadi. " Aerin cuba tersenyum.

" Aerin ada problem ke dengan lelaki tu? You can share with me, mana tahu oppa boleh tolong. "

" Hmm nak cerita pon susah. Gwaenchana, nanti Aerin selesaikan masalah ini sendiri. Yang penting sekarang ni oppa. Kenapa tiba-tiba macam nak nangis tadi? " Aerin cuba untuk tukar topik.

" Oh nothing, just masalah keluarga. Tadi stress sangat, bila terserempak dengan Aerin, tu sebab terpeluk tadi. Mian, nak rasa tenang balik punya pasal. "

" So you need a hug from someone, so that you will be okay then? " Aerin bersuara.

Yeonjun tersenyum lalu mengangguk.

" Haih, kalau yeochin oppa nampak tadi macam mana? Aerin juga dipersalahkan nanti. Ish, lain kali jangan main serang Aerin macam tu je.."

" Ye, kan dah cakap tadi. Stress sangat and Aerin muncul. Reaksi badan maybe.."

" Bahaya dah ni, kena minta Soobin oppa suruh balik sini cepat. Sebelum apa-apa jadi kan hahaha.. "

Yeonjun tertawa kecil apabila melihat Aerin yang juga ketawa.


Di rumah~

Jihoon tersandar lemah di sofa dalam biliknya sambil memicit kepalanya yang sakit. Tiba-tiba rasa menyesal kerana hadir majlis itu. Tapi dia hadir disebabkan Hyunsuk menjemputnya. Aerin ada menjemputnya juga tapi Jihoon hanya mengabaikan mesej itu.

Pintu diketuk menyebabkan Jihoon memandang ke arah pintu itu.

" Hyung, boleh Sihoon masuk? "

" Masuklah.. " Dia bangun dan meletakkan jam ke atas meja.

" Hyung okay ke? " Tanya Sihoon yang sudah duduk di atas sofa.

Jihoon pula masih berdiri, meleraikan tali leher yang ada di bajunya.

" Ok, Jian mana? "

" Ada dekat dalam bilik dia, tengah mandi rasanya. " Jihoon mengangguk.

" Kenapa masuk bilik aku ni? Ada hal apa-apa ke? " Sihoon mencebik.

" Saja tanya, hyung okay ke tak. Hyung ni pon, janganlah buat rumah ni macam dekat pejabat pula. Hyung kena berehat, lupakan kejap kerja-kerja tu. Nanti hyung sakit, Sihoon juga yang susah. "

Luahan segala apa yang terbuku dalam hati adiknya itu.

" Aku tahu lah. Aku ambil cuti hari ni pun sebab nak berehat. Kau cuti sampai hari apa je? Hujung minggu ke? "

" Err..yelah kot. Sihoon lupa lah pula. " Sihoon cuba mengingat semula bila tarikh dia masuk ke kampus nanti.

" Tarikh pon kau tak ingat. Tanda dekat mana-mana patutnya. "

" Ada barang kau yang dah habis ke? Bagitahu aku nanti, aku bagi kau duit. "

Sejak eomma dan Appa mereka meninggalkan mereka berdua di dunia, sebagai abang sulung, Jihoon terpaksa menyara keperluan adiknya itu.

Tapi adiknya juga ada bekerja separuh masa di convenience store berdekatan dengan universiti. Jadi, dalam masa yang sama dia tidak mahu menyusahkan abangnya itu dan belajar mencari duit sendiri.

The Chosen One : Destiny (S2) | Treasure Where stories live. Discover now