~Desire and Obsession 1~

7.5K 205 1
                                    

Loves
~they don't have to say it, you can feel by the way they treat you~

Jari bermain main dengan hujung tudung. Muka ditunduk merenung lantai. Kehadiran Mak Long dan Pak Long pagi ini ke rumahnya membawa perkhabaran menyesakkan dada. Riya berusaha tenang dan diam itu nampaknya jalan yang lebih baik dari bersuara yang hanya membawa kepada aksi bertikam lidah.

"Aku bukan nak aniaya kau tapi kau tau kan status tanah dan rumah yang kau duduk ni atas nama siapa?"

Suara Mak Long keras. Memang hal ini selalu diungkitnya dulu sewaktu ayah Riya masih hidup. Hanya ayah Riya yang berkeras tak mahu keluar dari situ sebab itu satu-satunya kenangan bersama isterinya.

"Kau pun dah besar. Sihat tubuh badan. Keluar cari kerja. Tak ada lah kau menyusahkan aku nak sara hidup kau. Hisyy... Panas pula dekat sini. Arwah ayah kau memang tak mampu nak beli sebiji kipas pun kan. Hmphh!"
Perempuan tua itu mengomel sambil mengibaskan selendangnya ke muka.

Riya tetap diam. Nak mengangkat wajah bertentang mata dengan Mak Long pun dia tak berani. Apatah lagi nak menjawab cemuhannya pada ayah. Berusaha dia menahan hati agar bersabar. Kalau dia melawan, lebih teruk cacian dan hinaan kepada ayahnya yang dah tak ada dalam dunia.

"Sudahlah tu, Senah. Apa salahnya budak tu duduk sini. Tanah ni memang atas nama mak tapi Yaya pun ada hak juga." Pak Long mencelah. Jatuh kasihan melihat dara sunti itu berteleku di sudut ruang tamu.

"Kalau ikut soal hak, aku dah lama tuntut harta mak aku ni, bang. Kalau aku tak kesiankan si Yaya ni berbapakan lelaki tak guna tu..."

Jeda. "Lama dah aku halau!" Keras tuturnya. Marahnya dengan arwah ayah Riya nampaknya masih belum surut. Kehadiran lelaki entah dari ceruk mana itu telah memporak porandakan keluarganya dengan menikah satu-satunya adik perempuan yang dia ada.

Kemarahannya memuncak bila adiknya meninggal sewaktu melahirkan Riya. Hati tuanya tak boleh memaafkan Amri, ayah Riya. Kalau lelaki itu tak datang ke kampung ini, mungkin adiknya juga masih hidup sampai sekarang dan kesalahan itu dibebankan di bahu Amri. Sepanjang hidup Amri juga, Mak Long tak jemu mencaci dan menghina Amri. Ada sahaja salah Amri di matanya. Mungkin sebab itu Riya tidak rapat dengan sepupu-sepupunya iaitu anak-anak Mak Long.

Riya lelah mengenang arwah ayah yang selalu dihambat hinaan yang keluar dari mulut Mak Long tentunya. Riya tak kisah siapa pun ayahnya, dari mana datangnya. Yang Riya tahu, arwah ayah adalah lelaki terbaik baginya. Tak pernah gagal dalam memberikannya kasih sayang. Kehilangan ibu juga Riya tak pernah rasakan kerana arwah ayah adalah ibu dan ayah sempurna di matanya. Tapi semua dah berlalu. Ayah juga sudah pergi meninggalkannya.

Jelas lagi ketika malam yang malang itu ayah balik ke rumah dalam keadaan yang berlumuran darah. Riya takut yang amat. Tangisannya berhamburan tapi tak tahu hendak berbuat apa. Satu pesan ayah yang masih tersemat dalam hati.

"Yaya jaga diri. Kalau ayah ditakdirkan mati malam ni, Yaya tak keseorangan. Dia akan datang seperti janjinya."

Muka ayah berkerut menahan sakitnya kesan torehan di bahunya. Riya menekan kawasan berdarah itu dengan kain batik.

"Siapa?"

Hening. Mata ayah hanya memandangnya sayu. Seketika tangan ayah terangkat dan menyentuh rantai pada leher Riya. "Dia akan cari Yaya." Suara ayah tersekat-sekat. Cuba menghabiskan ayat yang tergantung namun kesakitan pada bahunya membuatkan dia mengerang ngilu.

Desire And Obsession ©Where stories live. Discover now