~Desire and Obsession 4~

4.8K 188 10
                                    

~I am not afraid of heights, I'm afraid of falling.
I am not scared of the dark, I'm scared of what's in it.
I am not afraid of love, I'm afraid of not being loved back~


"You tak rasa nak bagitahu Yaya ke pasal kita? I bosan lah setiap kali nak jumpa, mesti kena sorok-sorok." Raudah mendengus halus sambil tangannya mengacau minuman dengan straw. Sesekali matanya memandang Hazim yang duduk di hadapannya. Masih asyik menikmati kopi pekat yang baru dipesannya tadi. Mendengar bicara Raudah, lelaki tampan berkulit sawo matang itu mengangkat muka. Wajah Raudah yang sugul diamatinya.

"Belum masanya. Yaya baru saja kehilangan ayah dia. Kalau bagitahu pasal kita, I takut dia patah hati lebih teruk." Hazim cuba memujuk sang kekasih yang dah sebulan asyik merajuk saja kerjanya.

"Masalahnya, semua ni berpunca dari you juga." Hazim disalahkan. Panahan matanya menikam. Geram. "You yang bagi harapan dekat dia." Ujarnya lagi masih tak puas hati.

Jujurnya Hazim penat. Asal jumpa saja, mesti topik ini yang akan diheret Raudah. Benar dia sangat mengambil berat akan Riya sejak dari dulu lagi. Hazim dan Riya sangat akrab dulu waktu di kampung masih. Tipulah kalau Hazim cakap dia tak tertarik dengan Riya. Gadis polos yang penuh sopan santun. Gadis manis dengan senyuman yang indah. Tapi bila dia tak pernah lagi bersua dengan gadis comel itu, Raudah mula memenuhi hatinya. Tambah-tambah lagi mereka berkerja di bawah bumbung yang sama. Hazim dekat maintenance manakala Raudah dekat Bar&Lounge sebagai pelayan.

"Atau you sebenarnya sukakan Yaya lebih dari perasaan suka you terhadap I?" Raudah menduga. Raudah sebenarnya terancam dengan kehadiran Riya di situ. Walaupun mereka sahabat baik bukan bermakna Raudah sanggup korbankan perasaannya demi kebahagiaan seorang kawan. Tidak, itu bukan Raudah.

"Apa cakap macam tu, mestilah I lebih sayang you." Hazim masih cuba memujuk. Selama sebulan ni banyak kali juga lah pertemuan mereka selalu tak jadi sebab takut terkantoi dengan Riya. Riya juga berkerja di tempat yang sama cuma tidak serumah dengan Raudah. Dia kalau boleh tak mahu melukai hati sesiapa. Baik Raudah mahupun Riya.

"I bukan apa you, I tak nak lah aniaya anak yatim. Berdosa, you tau?" Muncung panjang ditarik.

Raudah tahu Hazim sangat mengambil berat tentang Riya. Sewaktu di kampung dulu, Raudah tak ada lah nak suka dekat Hazim sebab dia dah maklum apa perasaan Riya ke Hazim waktu tu. Riya muda 4 tahun darinya tapi bukan jadi penghalang untuk mereka berkawan baik. Raudah juga sayangkan Riya. Gadis polos yang dah banyak menderita.

"Iye sayang, nanti I berterus terang. Tunggu masa je. Dah minum, kejap lagi I nak masuk kerja ni. You tak apalah, lepas ni boleh tidur." Gelak Hazim terlepas. Cuba menceriakan cemberut wajah si kekasih.

"Mana ada tidur. Malam nanti I masuk kerja, tau." Raudah menarik muka.

Hazim tayang sengih. Terhibur dengan gelagat si kekasih.

Jauh disudut hati, Hazim tidak boleh tipu perasaan sendiri. Jauh sekali nak meluahkannya pada Raudah. Apa yang dia rasa ketika ini ternyata jauh berbeza sejak sebulan yang lepas. Raudah dan Riya, dua sosok manusia yang sangat berbeza. Raudah yang lincah dan Riya yang tertib, kedua duanya menjerat rasa dalam dada.

Dia mungkin tertarik dengan Raudah kerana penampilannya yang selalu up to date tapi hatinya jatuh cinta banyak kali pada keperibadian Riya yang selalu menjaga diri. Tertibnya tak seperti Raudah. Tamak kah dia bila hatinya tak mahu melepaskan kedua-duanya?

Desire And Obsession ©Where stories live. Discover now