~Desire and Obsession 13~

3.9K 160 10
                                    

~Help us to be ever faithful gardener of the spirit.
Who know that without darkness-
nothing comes to birth
and without light- nothing flowers~

🌼🌼🌼

Pagi itu, Adam conduct meeting HOD di kelab golf milik keluarganya. Sepatutnya malam tadi dia perlu ke kampung untuk menjenguk Riya tapi nampaknya dia terpaksa melupakan hasrat itu. Kolaborasi golf club dengan The Bukhary Group perlu dibincangkan dengan segera. Itu niatnya dari dulu kerana mama sudah bertegas tak mahu lagi duduk di Tanah Arab.

Dalam kesibukan itulah dia mendapat panggilan dari Niko. Dimintanya Eric menggantikan tempatnya sementara sebelum dia menjawab Niko.

"Sad news, boss. Pak Long dah tak ada. Subuh tadi dia meninggal."

Adam mengeluh berat. Fikirannya pada Riya. Gadis manis itu banyak diuji dengan kehilangan. Rasa nak tinggalkan semuanya di sini dan berkejar ke sana untuk menenangkan Riya tapi kemampuannya juga terbatas. Adam tak boleh tinggalkan meeting di saat-saat akhir. Tambahan pula, wakil-wakil dari The Bukhary Group juga turut serta pagi ini.

"I can't make it, Niko." Luahnya sugul. Terasa tak berfungsi dirinya bila dia tak dapat bersama-sama mengharungi kesedihan Riya. Sepatutnya dia ada di sisi gadis itu di waktu begini. "Tolong jagakan Riya untuk aku." Pintanya.

"No problem boss. Ayu pun ada kat sini. Boss nak cakap dengan Cik Riya?"

"Sure."

Seketika kedengaran derap langkah memijak lantai kayu.

"Assalamulaikum..." Serak suara Riya di hujung sana. "Ada apa?" Soalnya lagi.

Luluh hati Adam mendengar suara itu. "Walaikumsalam. I am sorry for your lost. Aku..."

Tak sempat ayatnya dihabiskan, Riya sudah memotong. "Tak apa, boleh saya minta satu?"

"Nak apa, cutie pie?"

"Saya tak nak kahwin dengan Tuan Adam."

Adam terkesima. Tak menyangka ini permintaan si gadis tadi. Adam mendecit spontan. Pelipisnya dipicit-picit. "Ok, tapi..."

Tuuutt!

What? Talian dimatikan Riya. Giginya berlaga. Rahang bergerak-gerak. Terpancing amarah seorang Hidayat. Riya Dahlia pula tu yang buat. Sosok gadis yang dia dambakan lebih dari nyawanya sendiri. Kalau bukan sebab wasiat pun, gadis itu tetap berada dalam hatinya. Mendap ke dasar tanpa mampu dia keluarkan. Dada terasa sakit. Nafas ditarik dihembus beberapa kali. Tenang Ethan, mungkin dia hanya sedih dengan satu persatu kehilangan yang dia hadapi. Relax... Berusaha dia bersangka baik.

Dia kembali ke ruangan bilik meeting dengan hati yang dah bersepah-sepah. Fokusnya seperti hilang. Seketika dia rasa dia tak berfungsi sebagai Hidayat kalau Riya bukan bersamanya. Aneh.

"Gentlemens, I am sorry for the interruption just now. So, back to our main discussion..."

Jiwanya tak tenang. Dia hanya berlagak seolah tumpuannya langsung tak terganggu tapi kenyataannya hanya jasad Adam yang berada di situ, sedang jiwanya berlari cuba sampai kepada Riya.

Sementara di rumahnya Riya, Ayu tak pernah meninggalkan dia sendiri. Kemana Riya pergi, disitu juga dia menempel seperi ekor Riya.

Desire And Obsession ©Where stories live. Discover now