~Desire and Obsession 35~

3.2K 114 4
                                    

~You have to fight to reach your dream- sacrifice and work hard for it~

🌼🌼🌼

Niko bersiul riang sebaik kakinya melangkah keluar dari dalam perut lift. Urusan dengan Sir Eric nampaknya berjalan dengan lancar kali ini. Selalunya lelaki cina itu banyak sangat berdalih atau mengelak satu tugas yang diberikan tapi tadi dia nampaknya tak banyak membantah. Itulah yang membuatkan hati Niko bersenang lenang sekarang ini. Kedua tangan menyeluk ke saku slack dan langkah dihayun menuju ke arah targetnya sejak pagi tadi. Entah apa lah yang terjadi dengan Australian Model kat dalam bilik tu.

Dari jauh dilihatnya sosok Ayu mendekat ke arahnya dalam keadaan tergesa-gesa. Niko menyungging senyum jahat. Kedua tangan di-depakan merentangi laluan dan dia menghentikan langkah di situ. Rasa bertuah dikurniakan dengan bahu yang lebar. Senang sangat dia block lorong tadi.

"Jangan halang laluan aku, setan!" Ayu yang dah nampak perbuatan Niko di depannya, lantas bertempik kuat. Tapi lelaki itu buat-buat tak dengar bila dia kembali bersiul seolah tak mendengar pun suara Ayu.

"Tepilah, gila!" Ayu cuba menolak bahu itu. Siap menjinjit kakinya untuk mencapai ketinggian Niko. Niko tetap tak berganjak. "Tergesa-gesa ni nak kemana cik kak?" Tanya Niko diselangi gelak-gelak lucu. Cemberut pada muka Ayu tak menjejaskan langsung niatnya mahu mengusik gadis itu.

"Lelaki semua sama saja! Tepilah!" Bahu yang merentangi laluan itu dihambat dengan penampar. Niko mendesis perih tapi tetap tak berganjak.

"Apa entah salah lelaki. Apa masalah kau dengan lelaki ni?" Makin dia mahu menyakitkan hati Ayu.

"Aku tendang celah kangkang, mandul kau karang. Baik ketepi sebelum aku naik gila!" Ayu mendengus marah bila tolakan pada bahu Niko atau tamparannya langsung tak menjejaskan lelaki itu.

"Yang kau marah sangat ni kenapa? Siapa yang buat kau macam ni?" Menyedari kelainan pada perangai Ayu, akhirnya Niko mengalihkan tangan. Seketika dia menarik muka bila Ayu bukan seperti Ayu yang sebelumnya. Kemarahan dia bukan seperti biasa bila diusiknya.

"Aku benci lelaki!" Cemuhnya lagi sebelum melepasi kedudukan Niko. Niko sambar lengan itu membuatkan langkah Ayu terhenti. Pantas Perempuan itu menepis tapi cengkaman Niko ternyata lebih kuat.

"Lelaki mana yang buat kau macam ni?" Niko sudah mulai tegang. "Lelaki itu ke?" Ditunjuknya sosok Faizal yang mendekat terkedek-kedek. Faizal menyentuh dada bila telunjuk Niko mengarah ke arahnya.

"Apa salah aku?" Katanya dengan mata membuntang.

"Kau pegi cek boss kau kat dalam bilik tu apa yang dia tengah buat. Aku betul-betul meluat dengan korang. Kalau dah lelaki tu, perangai pun sama saja! Oh, kau ni datang sini nak back up boss kau kan? Hah, pergi!" Lengannya disentak lebih kuat dan untungnya terlepas cengkaman Niko.

"Ayu, aku tak faham." Cuba dicapai lagi bahu yang separas dadanya itu tapi Ayu dah mengorak langkah menjauh meninggalkannya. "Ayu..!" Dipanggil lagi tapi kali ini Ayu langsung tak menoleh ke arahnya.

Bila bunyi lift berdenting, Ayu memekik lagi. "Fifi cepat! Aku tak benci kau walaupun kau jantan." Dan dia meluru masuk ke dalam.

Bila Faizal berselisih dengan Niko, kedua lelaki itu bertatapan tajam. "Hamphh..!" Cemuh Faizal sebelum berlari meloloskan diri ke dalam perut lift. Tersentak Niko. "Apa dah jadi dengan semua orang ni?" Omelnya kehairanan.

Desire And Obsession ©Where stories live. Discover now