~To love without condition, to talk without intention, to give without reason, to care without expectation- that's the spirit of true love~
🌼🌼🌼
Yaya, buah hati Pak Long.
Jika suatu hari Yaya akan membaca titipan kasih ini, maksudnya Pak Long tak ada lagi dalam dunia.
Pak Long saksi setiap derita Yaya dan ayah selama ini dan Pak Long terasa seperti pendosa bila membiarkan sahaja Yaya dan ayah dikasari Isteri Pak Long. Sungguh Pak Long tak berdaya. Maafkan Pak Long.
Bila nanti Yaya seperti keseorangan, percayalah Tuhan akan hantar seseorang untuk Yaya. Jangan bersedih Yaya. Kuatkan semangat seperti teguhnya karang yang dibadai ombak lautan.
Pak Long pesan, dengar suara hati Yaya. Jangan terpengaruh dengan sesiapa yang mungkin akan menyesatkan fikiran Yaya terutamanya dari isteri Pak Long,
Senah binti Hussin.Selamat tinggal buah hati Pak Long, semoga kita bertemu di syurga kelak. In Sha Allah.
Titipan kasih itu entah dah berapa kali Riya mentelaahnya. Di hari tertanamnya jasad Pak Long itu, Mak Long sebenarnya hanya bercanda mengatakan Ethan memilih antara Shiela atau Suhaila.
"Aku bukan nak racun fikiran kau, Riya tapi kalau dari sejak kau lahir Mak Long dah tak suka kau, kenapa lagi dia nak suka kau sekarang? Kan nampak sangat pelik kat situ."
Itulah ayat Ayu berkali-kali menjengah dalam fikiran pada malam hari mereka menemui titipan itu pada songkok Pak Long.
Riya bergolek lagi. Kali ini ke kiri pula. Tadi ke kanan. Bantal ditepuk-tepuknya sebelum menjatuhkan kepala. Pertemuan dengan mama Sally sikit sebanyak sudah merungkai siapa sosok ayah yang sebenar. Jujurnya, ayah tak pernah menceritakan pun perihal akan keluarganya selama dia hidup.
"Niko dah lama jaga Riya dan Amri. Hanya itu yang kami mampu lakukan sebab Amri berkeras tak mahu kami muncul di depannya." Itulah luahan wanita berkerusi roda itu.
"I can't be able to walk by my own for the rest of my life. I tak menyesal sebab mungkin ini balasan Tuhan atas apa yang I perbuat kat Amri dulu."
"I am not that pious human. I made mistakes. Tapi izinkan I tebus balik kesalahan itu. I nak kembalikan hak Amri yang selayaknya you dapat. The Golf Club & Recreation De'Hidayat."
Nyata Riya melopong. "Itu tempat saya bekerja." Katanya perlahan.
"Itu milik you, sweetheart. Ethan hanya pemegang amanah saja."
"Ta-tapi..." Seakan tak percaya dengan apa yang didengarnya.
"Ethan akan bagitahu yang selanjutnya. I sebenarnya dah penat bercerita." Katanya tertawa. Manis senyuman Salina di mata Riya mengingatkan dia pada seseorang yang samar-samar dalam memorinya.
"Tapi saya tak bersedia untuk..." Riya nak berterus terang yang dia sebenarnya terkejut dengan kenyataan itu.
"It's ok. You ada Ethan untuk bimbing you sampai you boleh. Jangan menolak, sweetheart. Ini saja I boleh buat untuk Amri, please." Salina seolah merayu. Riya hanya mampu melepaskan keluh. Sesuatu yang sangat besar terjadi dalam hidupnya kini.
YOU ARE READING
Desire And Obsession ©
Tiểu Thuyết Chung[Book 1] Adam Zahrain x Riya Dahlia She needed someone to show her how to live and he needed someone to show him how to love.