~Desire and Obsession 15~

4.1K 154 2
                                    

~Sometimes we need those bad days because it's help us truly appreciate the good ones. There is always light after the darkness~

🌼🌼🌼

Bukan perangai seorang Hidayat mahu mengaku kalah. Penolakan Riya baginya adalah satu cabaran terbesar yang tak boleh dipandang mudah.

Menurut Niko, Riya seperti diracun fikirannya. Mulut kata tak mahu tapi tingkahnya pula berlainan. Yakin mengatakan tidak tapi sekejap lagi menangis macam hilang laki. Dan Adam tak hairan kalau perempuan tua itu yang menjadi dalang.

"Aku dah tangkap budak dia, boss. Nampaknya bukti dah lebih dari cukup. Boss nak aku handle ke atau boss sendiri nak buat?" Itulah tawarannya Niko.

"I just need you to face that headmaster. I'll take care the rest."

"Uuu, aku suka ni... Baik boss!"

Setelah talian dimatikan, kembali matanya mencerlung ke depan. Senyum spontan tersungging sinis. Siapa yang berani kacau hak miliknya memang sengaja mencari nahas. Dia tak kira, saudara atau bukan, kalau dah cari pasal tetaplah akan mendapat habuan. Salah orang lah bermain api dengan seorang Adam.

"Tuan Adam cari I?" Terpacul wajah Puan Kamariah di muka pintu pejabat Adam yang terkuak lebar.

Agak terperanjat Adam dengan kehadiran wanita lewat 30-an itu. "Oh ya Puan Kamariah. Please have a seat." Jemputnya sebelum dia sendiri merapikan duduknya yang lebih kepada terhenyek sebentar tadi. "I just want to inform that your girl was away for couple of days. Dia buat kerja untuk I di tempat lain. I harap, you jangan cut attendance dia. She is Ayu..." Dipicit pelipisnya cuba mengingat perempuan lagak gangster beberapa hari lepas. Nasib tak kemek audi kesayangannya.

"Ayuni Zaharah. Ok baik Tuan Adam. Ada apa-apa lagi?"

Seketika Adam berkerut dahi. Ada sesuatu tentang Ayu. Dia ingat nama itu, Ayuni Zaharah tapi dia terlupa hal apa yang berkaitan dengannya. "That all for this moment. Thank you." Balasnya.

Puan Kamariah kemudiannya berlalu dari situ. Masih tertanya-tanya kenapa Majikannya memerlukan khidmat Ayu di tempat lain. Hari yang Tuan Adam mengheret gadis baru dari department HR tu, dia juga nampak Ayu diheret sama masuk dalam kereta. Puan Kamariah dah rasa pelik. Syak akan sesuatu mungkin menimpa Ayu atau budak HR tu sekali. Kalau nak rungkai pun, nak start dari mana? Fikirannya buntu.

Sementara Adam masih terganggu dengan nama sosok manusia bernama Ayuni Zaharah. Kalau dia bertanya ke sesiapa pasal perempuan tu, mesti orang-orang dari kelab akan jadi pelik. Paling haru, timbul gossip murahan. Cepat smartphone nya dicapai dan nombor seseorang di cari. Niko.

"Ayuni Zaharah..." Meletus nama itu dari bibir Adam sebaik panggilan bersambung.

"Aikk...!" Niko berjeda. Rasa pelik bila bukan nama Riya yang keluar dari mulut seorang Adam. "Nak tukar pengantin perempuan ke macam mana ni boss?" Tanyanya setelah lama kedua duanya berjeda.

"Sial lah kau!" Seakan baru tersedar, Adam putar bebola mata.

"Boss sebut nama perempuan lain tadi. Terus aku pula yang jadi sial. Pelik. Boss ok tak?" Tegang saja suara Niko di hujung talian. Dah kenapa sampai menyeru nama Ayu.

"Tak! Bukan! Aku tak tau nak cakap macam mana. Since kau tau banyak pasal kelab golf ni, aku nak tahu siapa Ayuni Zaharah? Aku macam pernah ingat nama ni tapi lupa apa halnya."

Desire And Obsession ©Where stories live. Discover now