~Desire and Obsession 10~

4.7K 163 15
                                    

~Love is not only something you feel, not just something you say either- It is something you do~

🌼🌼🌼

Usai habis waktu berkerja hari itu, Ayu dan Riya bergandingan jalan kaki untuk pulang ke rumah. Nasiblah rumah sewa mereka dekat sahaja. Hanya menyusuri jalan utama yang menghala ke kelab golf dan melewati taman rekreasi dengan tasik buatan. Kalau rajin, bolehlah berjogging terus atau kalau malas, ambil lah shortcut melalui jambatan yang merentangi tasik untuk sampai ke kawasan perumahan.

Mulut Ayu tak sudah-sudah bercerita macam-macam. Dari cerita drama sampailah drama yang berlaku kat tempat kerja. Riya pendengar setia. Riaknya kadang teruja, kadang ikut geram dan terkadang tu ketawa mengekeh sambil sembunyi wajah disebalik botol air yang selalu di bawanya bersama.

"Group aku, kemas bahagian VVIP room hari ni. Weyy, first time aku masuk sana." Keterujaan ternyata tak boleh hilang dari riak Ayu. "Mewah gila bapak bilik tu. Tak pernah-pernah aku masuk selama 4 tahun aku kat sini."

Riya tersenyum cuma. "Kenapa kena kemas VVIP room? Ada orang besar nak datang ke?" Solanya. Saja bertanya dengan niat hanya melayan keterujaan Ayu bercerita.

"Ha'ah. Dengar tadi HOD aku cakap, keluarga Tuan Adam nak datang Malaysia." Itulah yang dimaklumkan oleh Puan Kamariah tadi ketika dia mengarah group Ayu untuk membersihkan bilik-bilik mewah di kelab golf.

"Siapa tu tuan Adam? Dengar nama macam atuk-atuk bercucu 10."

Gelak Ayu bergema. Sempat ditepuk belakang Riya. "Choii, mulut! Suka-suka hati je kau kan." Katanya berbaur tawa kelucuan. "Oh lupa, kau kan baru lagi. Kau tak pernah jumpa kot. Setahu aku dia jarang sangat datang. Setahun adalah dalam 4 kali." Gigih dia menerangkan.

"Siapa tu?" Soalan sama diajukan lagi bila Ayu masih belum menjawab topik yang dibahaskan.

"Tuan Adam lah CEO kelab golf tu. Itu milik keluarga dia. Gila bapak kaya weyy, business oversea berlambak." Kembang kempis hidungnya memuji.

"Eh, habis Sir Eric?"

"Cacai tua tu? Dia pemangku je. Wakil... Tapi kemain berlagak. Macam tempat tu bapak dia punya."

Terhambur gelak Riya. Dia juga tahu sebagaimana berlagaknya Sir Eric yang Ayu ceritakan. Kak Siti selalu stress disebabkan ulah Sir Eric. Selalu bagi kerja urgent last-last minit. Kalau bagi waktu pagi, hantar petang tak apa lah juga. Ini, orang dah nak balik baru dia terkedek-kedek meredah office orang. Esok pagi pula tu nak minta.

"Tuan Adam tu handsome. Lelaki muda eh, bukan atuk-atuk cucu 10. Tapi tu lah, muka ketat je memanjang."

"Orang Malaysia juga lah maksudnya." Soal Riya tenang. Nak tahu juga sosok pemunya tempat dia berkerja. Kang esok orang tanya siapa kepala, dah tak tahu nak jawab apa.

"Mix blood- Arab. Boleh bayang tak handsome dia macam mana?" Kening diangkat angkat menatap muka Riya. Saja nak bagi kawannya tu teruja. "Kaki panjang, size selangkah dia sama dengan dua langkah kau." Sekali lagi tawanya bergema. Riya dah kerut dahi. Boleh minah ni buat perbandingan macan tu.

"Eww, spesis zirafah..." Luah Riya sebelum menyembunyikan tawa disebalik botol airnya yang diangkat ke muka. Ayu dah pecah gelak. Cepat-cepat Riya istighfar. Takut dosa kering sebab mengumpat secara sedar.

Desire And Obsession ©Where stories live. Discover now