~How can you tell the sun not to shine when cloud exist?
How can you ask leaves not to fall when wind exist?
How can you tell me not to fall in love when you exist?~Sebulan Riya kat situ. Bersyukur sangat dipertemukan dengan orang-orang yang baik. Teman serumahnya Ayu juga bekerja di tempat yang sama dengan Riya. Hanya department yang memisahkan mereka. Ayu sebagai house keeping dan Riya di bawah seliaan Kak Siti, bahagian HR. Semuanya berkat pertolongan Raudah. Sebulan dekat sini, Riya jarang sangatbertemu Raudah sebab masa kerja yang tak sama. Raudah menjadi pelayan dekat bar & lounge kelab golf tersebut dan selalunya Raudah bertugas sebelah malam. Ikutlah syif apa yang dia dapat minggu tu. Kalau bertuah, dapatlah mereka bersarapan bersama hari itu atau ber hai-hai ketika berselisih waktu petang usai habis waktu pejabat dan permulaan operasi bar.
Paling Riya tak sangka, Hazim juga merupakan kakitangan di kelab golf yang sama namun mereka dipisahkan dengan jauhnya jarak bangunan utama dengan bangunan maintenance. Selalu juga Riya bertembung dengan Hazim kalau office utama memerlukan kepakaran Hazim.
Tak henti-henti hati mengucap syukur. Layanan Hazim ke Riya juga tampak berlainan. Kalau dulu, borak melalui mesej pun jarang sangat tapi sekarang Hazim banyak bertanya tentang diri Riya. Lewat mesej-mesej yang dikirim Hazim selalu membuatkan hati Riya berbunga bahagia dan perasaan itu makin mendalam dari hari ke hari. Hanya Riya yang selalu menutup tingkah, tak mahu berharap sangat dengan sesuatu yang tak pasti. Lagi-lagi soal perasaan.
"Kau ok ke tinggal seorang? Aku balik kampung hari ni." Ayu yang dah bersiap untuk menamatkan sesi kerja hari itu datang mendapatkan Riya yang masih sibuk sangat membuat kerja di tempatnya. Seketika jam dinding dalam office ditilik.
"Eh tak perasan dah masuk jam 7." Riya tayang sengih memandang Ayu yang masih tercacak di hadapan meja kerjanya. "Oklah, awak kan dah bagitahu saya semalam. Jangan risau, saya ok." Riya melempar senyum. Nampak kekalutan di wajah Ayu. Mungkin gusar sebab ini pertama kali dia meninggalkan Riya seorang diri di rumah sewa mereka.
"Betul ok? Aku dah nak blah ni, nak kejar bas. Nanti kau balik dengan Kak Siti."
"Ok." Jemari membuat signal ok sebelum diangkat separas muka Ayu. Ayu melorek senyum. "Ayu hati-hati." Sempat Riya titipkan pesanan sebelum Ayu hilang di sebalik pintu laluan utama.
Riya meregangkan badan, ada sikit lagi nak susun. Kak Siti pun belum keluar lagi dari bilik Sir Eric. Tadi katanya ada hal nak bincang, dia suruh Riya tunggu dalam office.
Seketika Kak Siti kembali dengan muka cemberut. Di tangannya terdapat dua susunan dokumen yang tebalnya mungkin 1 inci setiap satu. Langsung saja menuju ke mejanya sebelum menghempas dokumen tadi. Bergema bunyinya membuat Riya terhinjut bahu akibat terkejut. Hampir terlepas helaian kertas yang sedang dimasukkannya ke dalam file.
"Kak Siti ok?" Soalnya takut-takut. Kot-kot salah timing nak bercakap, ada yang kena sembur nanti.
Wajah Riya dipandangnya sebelum rengekan geram keluar dari mulut. "Riyaaa... Tolong akak bunuh orang tua tu." Kak Siti jatuhkan dahi di atas meja. "Kenapa dia suruh akak buat kerja last minute. Dah tu dia nak urgent pula. Hari isnin nak guna. Riyaaa... Pegi bunuh Sir Eric." Tanpa mengangkat kepala, Kak Siti masih merengek serupa anak kecil yang hilang gula-gula.
Riya menggigit bibir bawahnya. Keliru dengan perubahan perangai Kak Siti. Selalunya wanita 30-an itulah yang paling tenang sekali pada pengamatan Riya tetapi hari ini perangai keanak-anakan pula yang dipamerkan. Nasiblah hanya mereka berdua saja yang masih dalam ruangan. Ini kalau budak dua ekor tu nampak, mahu dikutuknya Kak Siti sampai tujuh keturunan. Sharil dengan Jannah sama-sama bawah seliaan Kak Siti, dua-duanya berkongsi perangai yang sama. Kepochi!
YOU ARE READING
Desire And Obsession ©
General Fiction[Book 1] Adam Zahrain x Riya Dahlia She needed someone to show her how to live and he needed someone to show him how to love.