~The truth is you don't know what is going to happen tomorrow. Life is crazy ride and nothing is guaranteed~
Seperti telahan, Hazim mencarinya. Tak dapat kat office, ke rumah sewa dicarinya. Ketika Riya dan Ayu tengah sedap menonton cerita Ejen Ali The Movie, ketukan bertalu-talu pada pintu mengejutkan mereka.
"Tu abang Hazim kau nak jumpa." Kata Ayu dengan muncung terarah ke pintu yang terkuak sedikit. Riya melepas keluhan. Tak habis lagi ke dia ni?
Lantas tudung sarung dicapai. Nak tak nak kena hadap juga. Jauh mana lah dia dapat lari kalau betul nak mengelak Hazim. "Ada apa abang cari Yaya?" Soal Riya di muka pintu. Grill besi yang terkunci menjadi pemisah mereka. Dilihatnya wajah Hazim sugul dan kesan hitam di bawah mata jelas kelihatan.
"Abang minta maaf, Yaya." Luahnya lemah. Matanya berkaca tak lepas dari menatap wajah Riya. "Abang dengan Raudah tak ada apa-apa pun. Malam tu kebetulan mereka perlukan khidmat abang. Kebetulan itu syif Raudah. Apa yang Yaya nampak tak seperti apa yang Yaya fikir. Maafkan abang." Suaranya serak pecah.
"Yaya tak marah pun. Yaya cuma terkejut saja. Abang pergi lah balik. Tak elok jiran-jiran nampak." Pujuk Riya.
"Tapi kenapa Yaya mengelak abang?"
Riya gigit bibir bawah. Wajah Hazim ditenungnya lama. Ada garis kesedihan terpancar. "Tak lah. Mana ada Yaya mengelak abang."
"Yaya tak balas mesej abang. Call tak jawap. Susah hati abang Yaya layan abang macam ni. Abang tak boleh tidur sebab fikirkan Yaya." Suaranya tertahan. Seperti ada banyak yang mahu diluahnya.
"Abang Hazim, Yaya redha apa yang dah jadi. Semuanya ada hikmah. Yaya happy kalau abang dengan Raudah. Yaya tak terasa pun sebab selama ni Yaya anggap abang ni seperti abang Yaya sendiri."
"Abang bukan dengan Raudah! Abang tak pernah suka dekat dia. Abang nak Yaya je. Abang cintakan Yaya sangat-sangat." Hazim bersuara keras. Hampir saja grill ditumbuknya.
"Abang jangan keliru kan perasaan abang. Sayang dengan kasihan tu tak sama, abang. Yaya ok. Abang pergilah balik."
Nafas berat dihembus Hazim. Seketika dia menunduk, menghapus air mata dengan ibu jari. Perlahan dia mengangkat kembali mukanya menghadap Riya. "Abang minta satu lagi peluang. Tolonglah abang, Yaya." Rayuannya makin menjadi-jadi.
Riya menyungging senyum. "Abang dengan Yaya tak pernah ada apa-apa pun. Abang janganlah macam ni, nanti apa pula perasaan Raudah kalau nampak abang begini." Ikutkan sakit hati, nak saja Riya ungkit apa yang dia nampak malam itu. Macam tu katanya tak ada apa-apa? Dasar penipu. Dah seronok dengan orang lain, lepastu datang ke orang lain merayu-rayu.
"Abang balik lah. Lupakan apa yang menyakitkan hati. Yaya mohon, abang janganlah kecil kan hati Raudah. Layan lah Raudah selayaknya. Abang tak patut main-main kan perasaan dia. Pasal Yaya, tak perlu abang risau. Yaya ok."
Hazim tahu kesalahannya. Bermain dengan dua hati dalam satu masa dan sekarang Riya sudah menjauh darinya. Hati sendiri tak dapat di tipu. Dia memang enjoy bersama dengan Raudah kerana perempuan itu tahu macam mana cara mahu berseronok tapi hatinya tetap mahukan Riya. Bila Riya menjauh, baru dia sedar perasaannya yang sebenar. Tapi sepertinya sudah terlambat untuk dibetulkan.
"Maafkan abang, Yaya. Abang tetap akan tunggu Yaya." Luahnya lemah sebelum kaki diangkat untuk beredar. Kecewa itu pasti dan dia dah rasa sakitnya. Mungkin ini yang dirasakan Riya bila melihat keintimannya dengan Raudah. Amat sakit.
YOU ARE READING
Desire And Obsession ©
General Fiction[Book 1] Adam Zahrain x Riya Dahlia She needed someone to show her how to live and he needed someone to show him how to love.