~Desire and Obsession 39~

3.9K 107 1
                                    

~If I had my life to live again, I'd find you sooner~

🌼🌼🌼

Riya mendepa tangan. Menghirup udara semahunya. Hembusan angin bagai membuainya tenang. Pemandangan tasik dan hutan di depan sana cukup membuatnya terasa damai. Dia betul-betul jatuh cinta dengan tempat itu. Dalam diam rupanya Adam membeli sebuah kediaman mewah di kawasan jauh dari hingar bingar kota. Di sini adalah kawasan persendirian yang terdiri dari villa-villa mewah yang agak jauh berjarak. Pandangan balkoni depannya adalah tasik terbentang dan hutan yang menghijau. Indah. Sempurna ciptaan Tuhan.

Dalam keasyikannya menikmati hembusan angin menampar pipinya perlahan, sepasang tangan perlahan melingkar di pinggangnya dan terasa bahunya memberat akibat beban yang menghempap di atasnya. Riya menjatuhkan tangannya naik menindih lingkaran tangan kekar di pinggangnya. Ditoleh sekilas ke Adam yang menumpangkan dagu di bahunya Riya?

"Suka?" Soal Adam dengan suara serak. Normal untuk lelaki yang baru bangun. Rambutnya yang serabai menunjukkan dia baru bangkit dari pembaringan.

"Suka sangat!" Balas Riya teruja.

"Aku tahu sayang suka tengok tasik sebab tu aku beli property kat sini. Tenang kan?" Lingkaran tangan itu dieratkan lagi. Riya angguk. Matanya tak lepas memandang tasik.

"Tapi kita nak tinggal sini ke? Jauh ni..." Gumam Riya, bersedia dengan sesi soal jawabnya.

"Nanti kita datang lah sini sekali sekala. Nak release tension, boleh tidur sini." Balas Adam. "Thanks to Tan Sri sebab tunjukkan aku property ni. Kalau lambat sikit, mesti kawasan ni sold out." Ujarnya lagi. Belum terfikir lagi mahu meleraikan pautan tangannya. Belakang Riya memberikan dia kehangatan yang nyata tak berbaju itu.

"Siapa Tan Sri?" Riya mengerut dahi.

"Tan Sri Syed Malik. Peneraju business hartanah kat Malaysia. Sayang tak kenal? Agak popular juga lelaki tu di kalangan ahli korprat. Kawan mama."

Riya geleng. "Tak kenal." Balasnya tenang .

"Tak apalah, nanti lain kali aku kenalkan. He's a good man I've ever met. Dia cakap smooth saja but I can't deny that he is a brilliant and intelligence man."

Seketika mereka membuang pandang jauh ke tasik. Tenang dan damai.

"Thanks, sayang." Luah Adam memecah kesunyian. Riya mencari wajah itu yang masih menongkat dagu di bahunya. "Untuk?" Soalnya hairan.

"Thanks for everything. Thanks for loving me. Thanks for your wise heart. Thanks for your warm words and thank you for coming to my life." Tubuh Riya dikalih menghadapnya sebelum kepala itu didekatkan pada dada yang terdedah. Dipeluknya tubuh kecil itu penuh kasih. Dihujani ubun Riya dengan ciuman lembut.

Riya membalas pelukan itu. Menyembam wajah pada dada Adam semahunya. "You're welcome and thanks to yo too. I owe you much in this life." Riya membalasnya. Sungguh hatinya tak pernah menipu. Jantungnya hanya berdetak untuk Adam seorang. Tidak ada yang boleh menggantikannya.

"I love you." Dagu Riya ditolaknya mendongak. Bertatapan seketika sebelum rosy lips itu disambarnya lama.

Beautifuler than beautiful.
Sweetest than sweet.

Mungkin masih banyak badai yang akan mereka hadapi tapi bila hati bersatu dalam simpulan rasa yang sama, semoga kerumitan itu dapat dilalui dengan tenang. Begitulah Adam telah berjanji kepadanya bahawa lelaki itu akan sentiasa bertahan dan Riya juga berjanji akan terus menyuburkan cinta antara mereka berdua. Sekuat mana cinta itu adalah sebenarnya kekuatan kepada mereka untuk menghadap apa sahaja yang bakal muncul kelak.

Desire And Obsession ©Where stories live. Discover now