~Desire and Obsession 7~

4.9K 183 4
                                    

~Love someone who doesn't love you back is like hugging a cactus. The tighter you hold on, the more is hurt~

Semuanya berlaku begitu pantas. Apa yang terjadi membuatkan dirinya benar-benar terganggu. Semuanya bagaikan mimpi, berlaku di luar kesedaran minda yang normal.

Sejak tadi dia mundar mandir di ruangan itu. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Cuba mengingat apa sebenarnya yang terjadi. Macam mana dia boleh ada dalam ruangan asing itu?

"Kau sendiri yang masuk ke sini, bukan aku yang paksa kau datang."

Itulah ayat lelaki asing itu kepadanya. Senyuman yang menyungging sinis benar-benar membuatnya sakit hati. Memang lelaki ni hidup dalam dunia hanya untuk menyakitkan perempuan ke macam mana?

"Kau broken sangat malam tadi macam kekasih kau baru mati. Menangis macam tak ada hari esok. Aku tak sampai hati nak suruh kau pergi."

Sungguh, hal terakhir yang dia ingat, dia membawa diri ke rooftop. Ah, susah! Kenapa sampai tak ingat? Tak kan sebab makan nasi ayam penyet boleh lupa ingatan terus?

"Tapi awak siapa? Awak buat apa dekat saya? Apa awak nak?" Sungguh-sungguh Riya bertanya.

"Aku nak kau kahwin dengan aku. As simple as that. Kalau tak, aku boleh buat apa saja untuk dedahkan apa yang terjadi malam tadi antara kita." Lelaki itu tenang saja. Berdiri menyeluk saku sambil memandangnya tak lepas.

"Awak buat apa dekat saya...?" Tangisnya sudah mula kembali pecah.

"Like I said, I didn't do anything... Yet."
Kesinisan si lelaki benar-benar membuatnya geram. "Dah, pegi balik. Kita akan bincang yang selebihnya kemudian. Ingat, kau tak boleh lari sebab bukti keintiman kita ada pada aku. Don't mess with me."

"Maksud awak?"

"Kita akan kahwin, cutie pie."

Ah! Sukar sekali Riya nak menghadam hal yang satu ni. Dia mungkin masih boleh hadap kecurangan Hazim dan pengkhianatan Raudah terhadapnya tapi ini, kahwin dengan lelaki asing yang entah datang dari ceruk mana. Stress!

Telefon 3310 yang tersadai di atas katil berbunyi minta diangkat. Terhinjut bahu Riya terperanjat. Lantas cepat-cepat ditekapnya ke telinga bila nama Kak Siti tertera pada skrin.

"Riya ok tak? Nak akak datang sana ke?" Suaranya berbaur cemas dan prihatin. Mungkin dia dah baca apa yang Riya text pagi tadi.

"Assalamulaikum kak, saya ok. Dah kurang sikit. Akak jangan risau ye. Sorry tau tak dapat datang hari ni." Balas Riya.

"Walaikumsalam. Akak yang patut minta maaf. Suruh Riya stay sampai lewat, sampai sakit. Aduhh..." Tak habis-habis dia salahkan diri. "Terima kasih sebab siapkan kerja tu untuk akak." Ujarnya lagi. Riya mengusap leher. Tadi dia text Kak Siti memberitahunya yang dia tak masuk kerja sebab food poisoning. Hanya itu yang dia rasa logik sebagai alasan walhal jujurnya Riya sihat-sihat saja. Maafkan aku Allah, hari ini dah menipu sunat. Dia hanya tak mahu orang melihat mata sembabnya. Bengkak belum surut lagi. Harap-harap petang nanti, lebam tu beransur hilang.

Desire And Obsession ©Where stories live. Discover now