~Close the eyes to old ends and open the heart to new beginnings~
🌼🌼🌼
"Abang tak sangka betul, rupanya Yaya ni sebenarnya boss abang." Senyum spontan terukir. Wajahnya menunduk cuma. Kakinya yang berbalut dengan kasut menguis rumput yang dipijaknya.
"Yaya pun baru-baru je tahu." Riya yang duduk agak jauh di sebelah Hazim bersuara dengan pandangan dijatuhkan ke permukaan tasik yang terbentang.
"Yaya dah kahwin dengan Tuan Adam. Abang tak tahu langsung..." Kali ini senyum pahit yang terlakar. Entah sedih atau menyesal.
"Maafkan Yaya, abang. Semuanya jadi terlalu pantas." Riya menoleh cuba mencari wajahnya Hazim namun lelaki itu tetap tenang merenung tasik.
"Yaya kahwin dengan Tuan Adam atas dasar wasiat pak cik Amri ke atau Yaya rasa terhutang budi dengan Tuan Adam?" Kali ini dia juga menoleh ke sisi. Seketika mata mereka bersabung.
Riya perlahan geleng. "Tak." Balas Riya sepatah sebelum mengalih semula pandang ke arah tasik. "Ethan pilihan hati Yaya. Tak ada sesiapa memaksa. Bukan wasiat, bukan juga membalas budi." Tenang perempuan itu berkata-kata.
"Abang terlalu lambat..." Hazim menunduk lagi. Entah kenapa hatinya pedih untuk melepaskan tapi lega dalam masa yang sama kerana Riya sudah membersihkan setiap tuduhan yang dilontar kearahnya selama ini.
"Walau berapa ramai yang Yaya jumpa, Yaya tetap memilih Ethan. Jodoh itu rasiah Allah. Semoga ada seseorang yang baik yang lebih layak berdiri di samping abang kelak. In Sha Allah."
Sekali lagi Hazim tersenyum pahit. Dia tahu jurang yang selama ini terjadi antara mereka tak mungkin akan lenyap lagi. Malahan Riya sudah terlalu jauh mengorak langkah meninggalkannya yang masih setia bertahan dan menunggu. Silapnya cuma satu tapi tak sangka itu akan menjadi titik kepada sesalannya yang belum ada hujungnya.
"Abang sentiasa doa yang terbaik untuk Yaya. Kalau suatu hari Yaya di timpa musibah, ingatlah yang Yaya masih ada seorang abang yang namanya Hazim." Senyumnya menguntum. Kalau melepaskan itu boleh membuatnya tenang, kenapa tak cuba. Memang sakit pada awalnya tapi Hazim sedar, Riya tak mungkin lagi akan jadi miliknya.
"Terima kasih, abang." Balas Riya juga tersenyum ke arahnya. Riya lega kalau antara mereka tak ada pertelingkahan. Tiada gunanya pun hidup bermusuh.
Deheman seseorang mengejutkan mereka yang masih duduk di situ memandang tasik. Riya dan Hazim menoleh sekilas.
"Tuan Adam." Seru Hazim perlahan sebelum dia bangkit dari duduknya. "Tahniah, kalau saya tahu majlis Yaya berlangsung, saya mungkin akan datang jenguk." Seraya tangan dihulur ke arah Adam.
Adam menyambut tangan itu seraya senyumnya terlakar.
"Saya jumpa Yaya untuk ucapkan selamat tinggal." Luah Hazim setelah jabatan tangan mereka terlerai.
"Kau nak ke mana?" Tanya Adam dengan dahi yang berkerut.
"Saya dapat offer kerja dekat pelantar. Ini minggu terakhir saya kat sini." Balasnya.
Adam menepuk bahunya. "Tahniah Hazim. Semoga kau terus success di luar sana. Maaf sebab aku caras Riya dari kau."
Hazim tergelak lucu. "Dia tak terjumpa Tuan Adam pun, tetap bukan saya yang dipilihnya. Saya ini hanya seorang abang yang ambil berat. Tak lebih." Luahnya jujur.
YOU ARE READING
Desire And Obsession ©
Художественная проза[Book 1] Adam Zahrain x Riya Dahlia She needed someone to show her how to live and he needed someone to show him how to love.