~Trust is something you can't fake. It's so delicate and fragile and it's something you can't break. They call it luck, it's something you can't make. It's a falling star you catch and then you hope to God it stays~_Calumn Scott_
Lama tubuhnya berteleku di situ. Di atas bangku yang diperbuat dari mar-mar. Angin malam menampar pipinya menyalurkan rasa sejuk di segenap kulit yang terdedah. Kakinya penat, jiwanya lelah. Semuanya seakan hancur bila memori pahit itu kembali menjengah.
"Apa salah Yaya, ayah." Entah yang keberapa kali dia merintih. Sakit sangat rasanya. Ayah tiada lagi untuk memeluknya ketika dia dibanjiri air mata. Kenapa luka selalu hadir dalam perasaan? Kenapa hati perlu menderita kerana sebuah rasa?
Kakinya lenguh memanjat entah berapa banyak anak tangga tadi menuju ke tempatnya sekarang. Riya hanya ingin lari. Ingin mencari tempat untuk meluahkan rasanya. Dia tak nak orang nampak dirinya dalam keadaan yang menyedihkan. Sebab itu dia berlari ke sini. Di atas bumbung bertemankan pekatnya langit malam dan sejuknya hembusan angin.
"Yaya tak kuat, ayah. Yaya tak tahu nak berbuat apa lagi, ayah. Tolong Yaya, ayaaahh..." Rintihannya menyesakkan dada. Esakan yang tiada penghujung sebelum perlahan pandangannya menggelap segelap langit malam di atas kepalanya. Riya terasa seperti terbang di awangan, menikmati keindahan gumpalan awan yang entah dari mana.
"Eh senyap?! Cik Riya dah terjun ke bawah ke boss?" Dalam kelelahan, Niko kalut-kalut bangkit dari posisi terhenyeknya tadi. Takut kalau-kalau perempuan itu bertindak di luar kewarasan. Pintu yang mempunyai tingkap kecil berkaca itu didekatinya. Cuba mengintai gerangan sosok yang menangis sakan sebentar tadi.
"Aku rasa dia tertidur." Tenang Adam meluah andaian namun cepat-cepat menolak tubuh Niko untuk memberinya laluan keluar.
Daun pintu ditolak perlahan agar tiada bunyi yang menganggu. Dari jauh, kepala itu sudah terlentok ke sebelah sisi tubuh. Sesuatu dikeluarkan dari kocek jogger pantsnya. Bekas kecil itu dibuka penutupnya sebelum dituang sedikit di atas handkerchief. Tubuh yang membelakang itu dirapatinya.
Benar sangkaannya, Riya tertidur. Nafas dihembus lewat hidung bersama esakan yang belum surut. Kelopak matanya bengkak merah dan ada kesan air mata di pipinya yang semakin mengering. Perlahan handkerchief didekatkan ke hidung Riya. Biar dia menyedut cecair yang dituangnya tadi sebelum tiba-tiba tangannya direntap kasar. Handkerchief itu terlepas dari tangan.
"Boss buat apa ni?" Niko sudah menggila. "Boss nak bunuh Cik Riya ke?" Lengan Adam ditariknya kasar, menjauh dari tubuh Riya. Adam juga turut tersentak dengan kelakuan Niko.
"Itu therapy oil, sial. Kau nak dia sedar dan nampak muka kau yang serupa pecah rumah tu ke?" Bicaranya dikunyah tapi cukup jelas pada telinga Niko. Geram dengan perangai pembantu yang tak semengah gamaknya.
"Oh, bukan kloroform yang macam penjahat guna nak pengsankan orang tu eh?" Tengkuknya diusap sambil menyengih. Ingatkan bosnya di luar kewarasan. Dia terkekeh menutup rasa bersalah. Adam menggulingkan bebola matanya melihat kekalutan tak bertempat Niko. Terlebih tengok drama TV!
"Dari kau merepek dekat sini, baik kau pegi matikan cctv di sepanjang laluan turun tu." Adam menolak bahu Niko.
"Halahh, aku juga! Boss lah pula pegi, biar aku jaga Cik Riya." Mulutnya mulai membebel sebelum Adam merentap kolar kemeja yang dipakai Niko. Berasap pula telinga Adam mendengarnya.
YOU ARE READING
Desire And Obsession ©
Ficção Geral[Book 1] Adam Zahrain x Riya Dahlia She needed someone to show her how to live and he needed someone to show him how to love.