~Desire and Obsession 36~

3.4K 133 0
                                    

~No great mind has ever existed without a touch of madness~



🌼🌼🌼

Riya membuang pandang ke permukaan tasik yang terbentang. Air matanya dah lama kering dan sekarang hatinya lapang untuk menerima apa sahaja kenyataan yang bakal didengarnya. Walau ia pedih, walau ia pahit, Riya sudah siap untuk itu. Nafas ditarik dalam dan dihembus semuanya. Diulang lagi.

"Saya terperanjat, Ayu. Saya lari bukan sebab saya tak mahu dengar Ethan." Bicaranya kembali tenang. Tak ada lagi esak berat seperti tadi.

"Kau nangis lah lagi sebab kalau kau tak habis nangis, kau tak boleh fikir dengan waras." Ayu berseloroh sambil wajah Riya di carinya. Nyata perempuan itu menguntum senyum.

"Kadang-kadang kalau saya terperanjat, boleh pengsan juga." Dan kali ini ada gelak kelucuan terletus dari bibirnya.

"Ada rasa-rasa nak terjun tasik ni tak?" Duga Ayu sebelum tamparan tapak tangan Riya mendarat di bahunya. Ayu mengekeh jadinya.

"Tapi kan Riya, aku tak pernah jumpa lelaki macam Tuan Adam tu. Lelaki yang gilakan isteri dia setiap masa. Lelaki yang angaukan isteri dia setiap waktu walaupun jumpa sehari-hari. Lelaki gila yang boleh hilangkan baran dia mendadak bila nampak isteri dia. Lelaki gila yang mengaum macam singa tapi bertukar jadi anak panda bila nampak isteri dia. Bagi aku, Tuan Adam tu memang lelaki gila. The madness and the craziest man ever existed. He's obsessive towards you. Kau tahu tak macam mana perilaku Tuan Adam sebelum kau hadir?"

Riya geleng. Memang tak dinafikan Riya, lelaki bernama Adam Zahrain Nathaniel itu lelaki pencinta yang menyemarakkan semangatnya sehari-hari. Lelaki bermuka ketat itulah lelaki yang menjadi sandarannya kini. Kadang-kadang dia over protective dan boleh marah untuk hal-hal yang tak ada kaitan tapi dia lelaki yang berjiwa besar. Selalu turunkan ego bila bersama dengan Riya. Semua itu Riya tak nafikan sebab itu Riya masih sangat percaya lelaki itu setulusnya sehingga hari ini

"Aku kalau boleh tak nak dah Tuan Adam yang dulu. He is so evil!" Dan gelaknya spontan meletus. "Kau salah sikit saja, dia punya menjerkah tu Ya Allah, boleh terberak kau dibuatnya. Sebab tu bila ada aduan pasal kita kan, aku memang takut sangat sampai kecut perut aku. Mujurlah kau dah ada masa tu. Budak-budak department aku semua terkejut sebab Tuan Adam langsung tak ambil tindakan."

Riya diam lagi. Membiarkan Ayu membebel semahunya. Ayu kejar dia ke sini pun sebab nak brainwash kan dia macam selalu dan Riya juga perlukan itu. Perlukan suara-suara yang boleh menariknya ke landasan yang betul.

"Dia sayang sangat dekat kau Riya. Bukan aku saja yang nampak, semua orang dekat sini boleh perasan perubahan seorang Tuan Adam. Aku bersyukur sangat sebab dia jumpa kau. Jadi cuba kita pandang kejadian tadi dari sudut kiri. Tadi kita tengok dari sudut kanan kan..." Kali ini Ayu melingkarkan tangannya ke bahu Riya.

"Mungkin ada sebab Tuan Adam naik ke bilik tu sebabnya masa aku kejar kau turun, aku terserempak Niko di tingkat yang sama. Kalau mangkuk tu naik lebih cepat, mungkin tak akan ada kejadian yang menyakitkan mata. Kalau aku tak silap perempuan tu Shopie kot. Anak Datuk Daud. Ini bukan kali pertama dia ke sini. Banyak kali aku kemas bilik untuk dia. Dia punya tergedik tu aku rasa macam nak hempuk je dengan trolley." Dan Ayu ketawa lantang. Riya turut tercuit hati mendengarnya.

"Shopie..." Terletus nama itu di bibir Riya mengingatkan dia pada mesej yang ditengoknya tanpa sengaja. "Mereka saling kenal." Gumam Riya perlahan.

Desire And Obsession ©Where stories live. Discover now