~Desire and Obsession 16~

3.8K 155 4
                                    

~Longing hurts but sometimes it's good to miss because only the longing shows the true importance that a person has in your life~

🌼🌼🌼

Hati Riya dipagut resah. Ada sesuatu rasa asing yang mengetuk dadanya. Sejak panggilan terakhir Ethan, tak ada lagi titipan buatnya sehingga ke hari ini. Niko juga senyap seolah Ethan memang langsung tak mencarinya lagi. Memang ini yang dia mahukan lewat kata-kata yang dilontar tapi hatinya pedih. Jiwanya merintih dalam diam. Riya sendiri tak tahu apa sebenar mahunya. Keliru dengan perasaan sendiri yang berbolak balik.

Malam terakhir di kampung, Riya bercadang mahu mengadakan majlis tahlil di surau buat arwah ayah dan Pak Long. Ayu dan Niko lah yang bertungkus lumus membantunya. Ada juga beberapa anak-anak muda yang membantu mereka. Menyediakan juadah dan goodies buat penduduk yang datang nanti.

Mak Long? Sepanjang hari itu langsung tak muncul. Hanya Sheila dan Suhaila yang ada tapi kalau datang setakat nak menempel ke Niko, baik tak payah datang dengan alasan nak tolong. Itu Ayulah yang kata. Naik berbulu mata lihat karenah gedik-gedik manja peminat nombor satu Niko yang seorang tu. Suhaila.

Sepanjang berlangsung nya bacaan tahlik oleh imam surau dan penduduk kampung, mata Riya terpaku kepada satu sosok manusia yang entah macam mana dia nak simpulkan. Walau wajah itu dia nampak hanya sipi kerana kedudukannya yang mengiring, Riya dah terasa cukup kelegaan. Seketika dia tergamam bila saja mata mereke bertaut

Sesaat... Dua saat... Lima saat.
Perlahan Riya menjatuhkan pandang. Berdebar dadanya. Wajah itu tak sebengis seperti selalu. Tak ada senyuman sinis. Pandangannya juga sukar ditafsir. Tak tajam tapi tak ada juga senyuman menghiasi wajah. Cepat-cepat Riya istighfar. Membuang jauh-jauh prasangka yang mendekat ke benak. Tak, dia tak mahu fikir sekarang.

Usai selesainya bacaan tahlil dan doa, Riya dan Ayu menuju ke perkarangan surau. Mengagihkan makanan yang dah siap dibungkus kepada penduduk yang datang. Di meja goodies, ada Fiza dan Hanis datang membantu. Budak perempuan umur 12 tahun.

"Tengok si setan tu, penat lah aku bungkuskan air. Kau tengok, dia buat apa..." Membebel Ayu di sebelah Riya bila terlihat Niko tertumpahkan air bandung dalam cawan plastik yang dipegangnya. Menyengih lelaki tu tak bersalah.

"Nervous tu. Tengok je lah berapa ramai anak dara menempel kat dia. Kesian Niko." Balas Riya. Terhibur dengan telatah kalut Niko di hujung sana.

"Aku ke sana jap." Kata Ayu seraya menyusun langkah deras menghampiri Niko di tepi meja agihan air. Riya mengiya-kan saja.

Perasan dirinya didekati, Riya menoleh ke sisi. Adam di sebelahnya turut sama Menghulur makanan kepada penduduk yang mendekat meja mereka. Bertegur sapa dengan sesiapa yang menegurnya. Hati Riya tersentak sesaat bila yang ditoleh juga turut menoleh ke arahnya.

"Tuan Adam."---- "Cutie pie."

Serentak mereka berbicara. Seketika Riya memandang ke depan bila seorang kanak-kanal lelaki menggoncang tangannya. "Kakak, nak nati yima mungkus!" Pintanya dengan nada pelat. Budak baru nak belajar cakap. Terlepas gelak Riya. "Ok-ok. 5 bungkus nak kasi siapa? Adik boleh bawak tak?" Soal Riya prihatin.

"Tuuu ayah..." Balasnya dengan jari telunjuk terarah ke seseorang yang sedang bercakap-cakap dengan imam surau. Oh anak Pak Jamil rupanya. "Ni ambil. Pegang baik-baik." Pesan Riya sebelum plastik jingga yang berisi tapau itu bertukar tangan.

Desire And Obsession ©Where stories live. Discover now