5; Sir Chan House

40 1 0
                                        

"Ini card rumah. Tingkat 4 nombor 1145. Seungmin masuk dulu." Kata Chan. Seungmin menganggukan kepala. Dia hanya membawa beg sandang belakangnya dan beg Chan. Setidaknya dia membantu.

Seungmin mencari rumah Chan. 1140, 1142, 1143, 11-

"Hai?"

"Huh? Eoh? Hai."

"Orang baru?" Seungmin menganggukan kepalanya.

"Ahh nombor berapa?"

"1145." Kata Seungmin. Selepas percakapan singkat itu dia berjalan untuk pergi dari sana mencari rumah. Setelah jumpa, dia masuk ke dalam, menyusun kasut lalu melihat sekeliling rumah.

Besar dan mewah. Tidak seperti rumah Hyunjin yang nampak lebih kecil dan harga mampu milik untuk pelajar. TV sebesar alam dan dapur yang luas. Ahh itu sudah cukup memuaskan hati Seungmin duduk di rumah itu.

Selang 6 minit akhirnya Chan ikut masuk. Dia meletakkan beg di depan pun lalu masuk mengikuti Seungmin. Dia memandang Seungmin yang nampak puas dengan keadaan rumah.

"Macam mana? Seungmin suka?"

"Uhm!" Misi kedua berjaya. Membuat Seungmin selesa dengan rumahnya. Itu semua dia korek dari Seungho, papa dan mama.

"Seungmin suka masak dan tonton drama. Lepas masak dia mesti lepak depan TV. Di sebabkan TV rumah kitorang kecil, dia lepak dekat biliknya yang ada projector."

Chan menjalankan tugasnya dengan baik.

"Seungmin pandai masak?"

"Of course! Apapun boleh."

"Okay. Mengemas? Membasuh?"

"Itu failed sikit. Tapi still boleh buat." Kata Seungmin. Dia pergi ke dapur melihat semua barangan yang lengkap. Uh! Dia seperti ingin tidur di dapur saja.

"Kita tengok bilik?" Seungmin menganggukan kepala.

🌵HIS MINE!🌵

Seungmin terus berjalan keluar dari bilik. Chan sedang mandi di dalam, dia ingin masak makan malam. Dia melihat bahan apa yang ada jadi dia hanya akan masak saja.

Sedang dia elok memotong sayur, kepalanya seperti ditimpa sesuatu. Lantas dia menyingkirkan benda itu lalu memandang ke arah belakang. Chan sedang memandangnya sambil bercekak pinggang.

"Apa Sir ni?!"

"Keringkan dulu rambut tu. Nanti sakit."

"Tak jumpa hair dryer." Kata Seungmin acuh. Chan hanya menggelengkan kepala saja lalu membantu Seungmin mengeringkan rambutnya dengan tuala.

Seungmin tidak tahu jika Chan boleh berubah menjadi begini. Maksudnya, saat dia mengajar dan saat dia di rumah. Apakah Seungmin kira beruntung melihat perbezaan ini?

"Sir pergilah duduk dulu, nanti dah siap saya panggil." Chan menganggukan kepalanya. Chan duduk di TV menonton apa yang ada di sana.

Kenapa Seungmin tidak canggung tinggal berdua? Dia sudah biasa di apartment Hyunjin. Selalu juga dia tidur di sana jika keadaan sangat malam. Jadi bila kehadiran baru itu dia sudah biasa. 

Sejam dia di dapur akhirnya makanan semuanya sudah selesai. Dia menghidangkan di atas meja semua makanan yang dia masak. Seungmin memanggil Chan yang tadinya menonton kini melakukan pekerjaan.

"Jom makan Sir."

"Okay." Seungmin dan Chan duduk di meja makan. Mereka makan bersama. Seungmin berdehem kecil sebelum dia mengatakan sesuatu.

"Uhm Sir, ada benda yang Sir tak selesa? Mana tahu saya boleh ubah. Yelah Sir kan dah jadi ekhem." Chan tersenyum sambil mengangguk. Meletakakn sudunya lalu memandang Seungmin.

His MINE! ||Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang