Hyunjin, Jeno dan Jisung ada di cafe untuk sarapan pagi. Mereka sesekali akan tertawa bersama. Makanan itu nampak sedap meskipun hanya murah.
Tidak lama itu mereka melihat Seungmin yang ada di sana. Seungmin terus duduk disebelah Hyunjin yang kosong. Dia mengambil minuman Hyunjin lalu menyedutnya dengan selamba.
"Mana kau tinggal Min?"
"Kenapa?"
"Aku nak pergi rumah kau."
"Tak payahlah. Sepupu aku tak suka tetamu." Kata Seungmin dengan senyuman dia. Dia makan mee milik Hyunjin juga. Hyunjin tidak peduli akan hal itu.
Tanganya bertindak meletakkan di bahu Seungmin seperti selalu. Bermain dengan telinga Seungmin dan pipinya. Dia sesekali akan menyuruh Seungmin menyuapnya.
Mereka makan dengan tenang tanpa gangguan sehinggalah-
UHUK UHUK!
Jeno yang melihat Jisung seperti tersedak itu lantas membantu. Tangan yang tadinya di bahu Jisung kini berubah di belakang Jisung kerana dia akan menepuk perlahan belakang Jisung.
"Kenapa quokka?" Jisung menyingkirkan tangan Jeno lalu menendang kaki Seungmin di bawah. Seungmin memandang Jisung dengan pelik. Jisung memberi isyarat mata.
"Kenapa kau ni?" Jisung bangun lalu menarik tangan Seungmin untuk pergi. Seungmin awalnya memberontak namun-
"Sir Bang nampak kita." Kata Jisung membawa Seungmin pergi dari sana. Seungmin nampak terkejut lantas menoleh ke belakang. Membulat matanya.
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
"Fuck! Sir Minho pun!"
"Sebab tu aku terkejut." Jisung berlari dengan laju sambil menarik tangan Seungmin. Seungmin ikut berlari dengan laju menyelamatkan dirinya.
🌵HIS MINE!🌵
"Sepanjang kelas anatomi kenapa korang menunduk?" Tanya Jeno namun tiada apa jawapan dari Jisung mahupun Seungmin.
"Jisung." Jisung mengangkat wajahnya.
"Sir Minho panggil." Jisung memandang Seungmin. Seungmin lantas membisikkan sesuatu pada Jisung.