2.7-Pulang

17 1 0
                                    

Tersenyum puas saat dia sudah tiba di Korea. Hyunjin menarik nafas dalam lalu dilepaskan dengan perlahan. Dia tidak sabar untuk berjumpa dengan buah hatinya. Hyunjin berjalan untuk menaiki teksi yang sudah dia pesan.

Dia memandang ke arah luar tingkap. Keadaan tidak berubah begitu juga dengan perasaan dia. Dia sangat berharap Seungmin akan gembira melihat dia. Setelah tiba, Hyunjin mengeluarkan handphnone nya.

"Hello Jin?"

"Min...aku dah sampai Korea."

"BWOYA?! KAU DAH BALIK? KENAPA TAK BAGITAHU AKU?"

"Surprise. Jumpa aku dekat tempat yang biasa boleh?" Tanya Hyunjin dan dia menerima jawapan yang dia inginkan. Hyunjin memberitahu pemandu itu untuk mengubah arah.

Setelah sampai, dia berjala untuk masuk ke dalam gudang itu. Gudang itu pasti tidak pernah di gunakan lagi. Saat dia masuk semuanya nampak sangat sama.

Hyunjin tersenyum sendirian. Dia berjalan untuk mengemas sedikit debu yang ada.

"HYUNJIN?" Hyunjin menoleh dan melihat Seungmin di depan pintu. Dia tersenyum dengan manis untuk itu.

Mereka berdua menghampiri satu sama lain dan tersenyum dengan manis. Saling berpelukkan menghilangkan rindu yang mendalam.

"Aku rindukan kau Jin..."

"Aku dah balik Min. Aku selalu ada dengan kau." Kata Hyunjin mengeratkan pelukkan mereka. Seungmin masih diam di dalam pelukkan Hyunjin.

Dan aku takkan pernah untuk lepaskan kau. Kali ini aku aku betul-betul dapatkan kau.

Hyunjin menyembunyikan wajahnay di ceruk leher Seungmin yang wangi itu. Dia merindukan bauan Seungmin tentu saja.

🌿His MINE2🌿

"Lama ke kau dekat sini?" Tanya Seungmin memandang Hyunjin yang sedang menyalakan rokoknya.

"Lama. Tengok keadaan. Rasa macam nak tinggal sini terus." Kata Hyunjin dengan senyuman dia memandang Seungmin.

"Ahhh kalau macam tu, kau nak tinggal mana."

"Mestilah nak dekat-dekat dengan kau." Kata Hyunjin mencuit pipi Seungmin. Seungmin hanya menggelengkan kepala saja.

"Kau dengan Sir. Bang okay?" Tanya Hyunjin sebagai basa basi.

"Okay. Kau dah ada kekasih?" Hyunjin memandang Seungmin lalu menggelengkan kepalanya. Dia menghampiri Seungmin lalu membaringkan dirinya di peha Seungmin.

"Rokok?"

"Aku dah lama tak rasa. Aku takut."

"Dia ubah kau dengan jadi lebih baik." Kata Hyunjin dengan perlahan.

"Aku yang nak mengubah diri aku sendiri. Dia dah cukup baik untuk aku." Kata Seungmin sambil tersenyum. Hyunjin melihat senyuman itu. Kebahagiaan yang tidak pernah berbohong.

"Kau bahagia dengan dia?"

"Bahagia. Aku bahagia dengan dia."

"Baguslah. So aku sebenarnya tak diperlukan lagi di sini?"

"Hyunjin! Kau tahu tak aku rindukan kau sebenarnya." Kata Seungmin dengan perlahan. Dia memandang ke arah Hyunjin yang memandangnya.

"Kau comel Seungmin. Rasa menyesal aku tak dapatkan kau dengan serious dulu."

"Hyunjin...please."

"Aku gurau je. Tak salah pun kan ada dua suami." Seungmin memandang Hyunjin. Dia tidak tahu mahu mengatakan sekarang. Dia tidak dapat menafikan apa yang dikatakan Hyunjin.

Apa yang jadi sebenarnya ni? Kenapa dia merasakan seperti dia tidak mahu kehilangan Hyunjin. Ingin memiliki Hyunjin seperti mana dia memiliki Chan.

Adakah dia gila sekarang?

🌿His MINE2🌿

Chan mencari keberadaan Seungmin, namun tiada di dalam rumah ini.

"Mr. Bang?"

"Tunggu dekat luar." Kata Chan dan berjalan untuk masuk ke dalam dan menutup pintu. Dia tidak percaya dengan Jaeha. Chan masuk ke bilik utama namun Seungmin masih tidak ada.

Dia cuba menghubungi Seungmin namun tidak di angkat sama sekali. Dia menghela nafas dalam.

"Mana pergi Seungmin?"

"Mr. Bang?" Chan terkejut saat melihat Jaeha ada di dalam bilik dia dan Seungmin.

"Wahhh cantiknya bilik ni."

"Jaeha. Saya suruh tunggu dekat luar sana." Kata Chan dengan muka yang lelah.

"Tap-"

"Chan hyung?" Chan melihat Seungmin di luar biliknya. NICE! Sekarang apa pula?

"Kenapa hyung-"

"Ahh seonbeanim maaf tapi kami-"

"Aku tak tanya kau. Kenapa hyung dengan dia ada dekat dalam bilik?"

"Seungmin pergi mana malam baru balik?"

"Hyung Seungmin tanya kenapa hyung dengan dia dalam bilik?!" 

"Boleh hyung tahu Seungmin pergi mana?" Masih perlahan dan lembut suara Chan kepada Seungmin membuatkan Jaeha kagum dengan lelaki itu.

Sesabar apa dan sebesar apa cinta Chan kepada Seungmin sehingga menghadap lelaki itu begitu?

🌿His MINE2🌿

Chan dan Jaeha sudah menjelaskan semuanya. Jaeha sudah menyerah, dia akan ikut keluarganya ke Jepun untuk sambung belajar di sana. 

Seungmin masih diam di dalam tandas. Dia menghela nafas dalam lalu berjalan keluar.

"Seungmin...sini kejap." Chan menunjukkan tempat duduk di sebelahnya. Seungmin menurut lalu memandang Chan.

"Kenapa hyung?"

"Seungmin pergi mana? Malam baru balik. Hyung call Seungmin tak menjawab. Hyung risau."

"Hyung.." Chan memandang Seungmin yang ingin mengatakan sesuatu.

"Min jumpa Hyunjin."

"Hyunjin- dah balik?"

"Uhm. Kitorang berborak dan tak sangka sampai tertidur." Chan diam. Dia menganggukan kepalanya dengan perlahan.

"Ada kerja?" Seungmin menganggukan kepalanya.

"Pergi buat. Nanti lepas siap tidur, hyung pun nak siapkan kerja." Seungmin menganggukan kepalanya. Chan meminta diri untuk pergi ke dapur.

Dia hanya mendiamkan diri saja di dapur. Tidak melakukan apapun.

Dia perlu menerima kenyataan Hyunjin benar-benar sudah pulang. Dang mungkin Seungmin akan terus ke Hyunjin jika ada ruang. Seperti sekarang.

Dia tidak tahu mahu marah atau tetap tenang saat mendengarkan Seungmin tertidur saat bersama Hyunjin. Macam-macam boleh berlaku jika Seungmin masih merasakan bebas bersama Hyunjin.

Chan terkejut saat tiba-tiba ada lingkaran tangan di pinggangnya.

"Hyung..."

"Kenapa Min?"

"Min minta maaf kalau Min ada buat hyung sedih atau marah. Hyung banyak bersabar dengan Min." Chan hanya menganggukan kepala saja.

Adakah doa boleh berharap untuk Seungmin sentiasa dengan dia? Atau dia perlu melepaskan Seungmin untuk kali ini?

Sakit saat dia mengingati semua fakta yang tak dapat dia lepaskan dari ketakutanya.

🌿His MINE2🌿

His MINE! ||Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang