Seungmin bangun dari tidurnya. Melihat Chan masih tidur dia tidak mahu mengejut lelaki itu. Seungmin bangun dengan perlahan lalu mencuci mukanya. Setelah selesai dia berjalan keluar terus ke dapur.
Dia mula masak sarapan untuk mereka berdua. Dia menyediakan semuanya namun itu bukan beban untuknya. Setelah selesia semuanya dia berjalan untuk mengejutkan Chan namun lelaki itu sudah lebih dulu bangun.
"Masak?"
"Uhm. Jom makan." Seungmin mengajak Chan untuk makan sekali. Mereka berdua duduk di meja makan dan mula untuk makan. Seungmin melihat Chan makan dengan tenang.
"Lepasni kita rawat luka." Kata Seungmin melihat balutan di tangan Chan. Chan melihat Seungmin lalu tersenyum kecil.
"Min takut?" Tanya Chan. Perlahan Seungmin menganggukan kepala. Dia tidak nampak namun dia dapat rasa bertapa marahanya Chan sehingga semuanya pecah dan rosak.
"Seungmin minta maaf."
"Jangan minta maaf. Takde siapa salah." Kata Chan. Seungmin memandang Chan dengan pelik. Kenapa lelaki ini terlalu baik untuknya? Apakah dia yang terlalu jahat.
"Makan dengan kenyang." Kata Chan lalu tersenyum dengan manis. Dia juga makan dengan tenang. Seungmin makan tanpa memikirkan apa-apa sekarang.
"Nanti hyung cuci pinggan."
"Dengan tangan macam tu? No!"
"Sikit je ni."
"No is no. Duduk depan sana. Tunggu Min habis basuh pinggan." Kata Seungmin dengan kerutan di dahi. Chan tersenyum kecil lalu memeluk pinggang Seungmin.
"Makin sayang tengok Seungmin macam ni."
🌵HIS MINE!🌵
"Sakit?" Chan menggelengkan kepalanya. Dia hanya memerhatikan saja Seungmin mengelus luka yang sudah di balut. Lelaki itu serba salah melihat luka itu membuatkan Chan ingin cepat sembuh.
"Seungmin dengan Hyunjin ada hub-"
"Aniya! Takde! Takde apa-apa hubungan pun." Kata Seungmin dengan jelas dan tidak ada tipuanya. Chan memandang Seungmin lalu menganggukan kepalanya dengan perlahan.
"Okay saya faham."
"Uhm, hyung masih sakit?" Chan memandang ke arah Seungmin yang masih membelai tanganya. Chan menarik tubuh Seungmin lalu memandang Seungmin.
"Seungmin cakap apa?"
"Apa?"
"Ada! Seungmin ada cakap-"
"Hyung. Chan hyung." Kata Seungmin dengan senyuman manis dia. Jika Chan ice cream, sudah lama dia cair dan tidak mungkin membeku kembali.
"Sekali lagi."
"Iesh hyung!"
"Seungmin please. Sekali lagi."
"C-Chan hyung." Kata Seungmin lalu masuk kedalam dada Chan. Lelaki itu tertawa melihat Seungmin seperti anak anjing tingkahnya.
Chan merasa bahagia saat ini. Melupakan semua yang pernah dia lihat Seungmin buat. Dia mengelus perlahan rambut Seungmin yang ada di dadanya.
"Sekali lagi Min."
"Hyung! Sudah! Min nak bersiap pergi kelas." Kata Seungmin lalu berjalan untuk pergi ke bilik. Sebelum dia masuk dan menutup pintu-
"Chan hyung!" Dan membuatkan senyuman Chan semakin besar mendengarkan itu. Setelah 4 bulan dia menanti akhirnya dia mendengarkan itu.
"Akhhh! Gang-aji!" Jerit Chan kerana terlalu happy. Dia memandang ke arah bilik sambil menjerit. Seungmin di dalam ikut tersenyum malu.
🌵HIS MINE!🌵
