Sebulan itu para senior di Uni sangat sibuk mengejar deadline yang diberikan oleh lecturer masing-masing. Tidak terkecuali dengan Seungmin, Jisung, Hyunjin dan Jeno. Mereka masing-masing sibuk dengan kerja mereka.
Jarang untuk berjumpa dan melepak bersama kecuali Seungmin dan Jisung. Mereka berdua sering berjumpa kerana kelas mereka yang selalu sama.
"Jisung kau tulis macam mana skrip ni?"
"Aku tulis- Min muka kau pucat." Kata Jisung sambil memegang dahi Seungmin. Terasa panas di dahi yang membuatkan Jisung risau.
"Min kau demam ni. Rehat dululah. Aku hantar kau bal-"
"Uhm aku nak siapkan sikit je lagi. Please."
"Balik atau aku call Sir Bang."
"Kau pula? Kau pun tak cukup rehat Ji, kau pun perlukan rehat."
"Aku lain, kau kena rehat." Seungmin menggelengkan kepalanya. Tidak lama itu dia melihat ada bungkusan makanan yang ada di sebelahnya. Saat di lihat ternyata Chan yang ada di cafe tempat mereka belajar.
"Lama lagi?" Seungmin menganggukan kepalanya dengan perlahan. Chan hanya mengusak rambut Seungmin sambil tersenyum.
"Jisung sendiri?"
"Uhm sikit je lagi. Sir Bang, Seungmin dah start demam."
"Hah?"
"Panas sikit je. Habis ni Seungmin rehat." Seungmin malas mendengar bebelan Chan jadi dia mengatakan dengan laju.
"Jisung..."
"Yes Sir?"
"Hubungan kamu dengan Minho macam mana?" Jisung berhenti menulis. Dia memandang Chan begitu juga Seungmin memandangnya. Jisung menelan ludah dalam.
"Baik. Kenapa Sir?"
"Baik?" Jisung menganggukan kepalanya meyakinkan Chan.
"Jadi macam mana dengan ni?"
Ting!
🌵HIS MINE!🌵
Jisung menghela nafas dalam lalu mendudukan dirinya. Dia membuka jacket yang dia pakai lalu di letakkan di atas sofa. Cuba untuk menenangkan dirinya.
"Kau balik awal?" Jisung yang baru saja ingin memetik api rokok terkejut dengan kehadiran Jeno. Dia di rumah Jeno seperti biasa. Dia menganggukan kepala lalu menghisap rokoknya.
"Bila kau nak balik?"
"Menghalau?"
"Tak. Aku cuma tanya. Kau kata kau dah ada kekasih, kekasih kau tak cari?"
"Aku gaduh." Kata Jisung. Dia bersandar dengan tenang di sofa itu sambil memejamkan matanya. Tiba-tiba dia merasakan rokok di bibir di rampas oleh Jeno. Dia lantas membuka mata namun Jeno sudah lebih dulu mengurung dirinya.
Jisung dan Jeno saling berpandangan satu sama lain. Dia menghela nafas dalam lalu memandang ke arah kanan.
"Stop Jen-"
"Kau yang perlu berhenti. Jisung, aku takkan dapat kawal diri aku lagi kalau kau terus menerus macam ni." Kata Jeno memandang Jisung yang masih di sana.
"So, don't hold back. Do it." Kata Jisung memandang Jeno. Jeno masih dengan posisinya.
"Kau manusia paling benci dengan kecurangan. Kenapa?" Jisung meletakkan tanganya di leher Jeno lalu tersenyum kecil. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.
"Aku penat untuk terus setia."
"Kekasih kau curang?"
"Tak."