Seungmin hanya diam memandang Chan yang masih tidak bergerak. Dia mengesat air matanya yang mengalir dengan lembut.
"Hyung. Bila hyung nak bangun?" Gumam Seungmin dengan perlahan. Dia perlahan mengelus luka yang ada di dahi Chan. Dia menghela nafas dalam. Seungmin menarik nafas dalam lalu berjalan untuk pergi keluar dari sana.
Jisung yang menunggu Seungmin selesai lantas bangun dengan senyuman dia. Dia mendekati Seungmin lalu berdehem kecil.
"Kau nak makan?"
"Aku makan dengan Hyunjin. Kejap lagi dia datang." Kata Seungmin sambil membuka pakaian hospital itu.
"Ka-kau keluar dengan dia lagi Min?"
"Hum. Why not?"
"Takde apa." Kata Jisung dengan perlahan. Seungmin meminta diri untuk pergi dari sana. Hyunjin sudah menunggunya di luar. Jisung memandang ke dalam ward. Melihat Chan yang masih terbaring.
Akhirnya dia mengambil langkah untuk masuk ke dalam. Berpakaian dengan lengkap. Dia menghampiri katil Chan lalu menghela nafas dalam.
"Chan hyung..." Jisung memandang Chan yang tidak sedar sama sekali. Dia memghela nafas dalam.
"Seungmin dalam bahaya. Hyung tak nak selamatkan Seungmin?" Tanya Jisung yang sudah tentu takkan ada jawapanya.
"Hyunjin dah gila." Kata Jisung dengan perlahan. Dia masih tidak sangka dengan apa yang berlaku. Jisung bahkan tidak mengenali Hyunjin sama sekali. Dia menghela nafas dalam.
Jisung menarik nafas dalam. Dia tidak tahu bagaimana lagi harus dia lakukan sekarang. Dia akhirnya selesai dan berjalan bangun dari sana. Menukar pakaian dia ke pakaian asal.
Jisung berjalan keluar kerana dia ada kelas untuk dihadiri. Dia baru saja keluar pintu hospital, namun dia sudah diberikan sekuntum bunga.
"Chang!"
🌿His MINE2🌿
Jisung menutup buku yang ada. Dia menghela nafas dalam dengan perlahan. Dia keluar dari kelas dan terus menuju ke bilik suaminya.
"Hyung..."
"Hannie? Wea?"
"Hyung...Hannie nak jumpa kawan. Boleh? Hannie balik dengan dia nanti. And...Hannie balik sebelum pukul 10. Janji."
"Kawan?" Jisung menganggukan kepala. Minho membenarkan keadaan itu lalu tersenyum dengan manis. Dia mencium dahi Jisung seperti biasa. Jisung berjalan untuk keluar dari pejabat Minho.
Dia berjalan untuk keluar dari bangunan itu. Dia mengeluarkan handphone dan cuba menghubungi seseorang.
"Wea?"
"Kau dekat mana? Kenapa tak masuk kelas?"
"Mian Ji, aku demam sikit."
"Kau nak aku ke sana tak?!"
"Eh takpe-takpe. Hyunjin ada dengan aku." Kata Seungmin membuatkan Jisung terdiam. Sekarang Jisung tidak faham dengan Seungmin. Bagaimana dia boleh kelakuan begitu? Jisung tidak faham.
"Kau dah bagitahu Mr. Lee?" Jisung mengangkat kepalanya lalu memandang ke arah depan. Dia tersenyum kecil lalu menganggukan kepala.
Kepala Jisung diusap dengan perlahan membuatkan Jisung memandang dirinya kembali. Senyuman di berikan.
"Kau kenapa nampak serabut?" Jisung menepis tangan yang ada di kepalanya itu. Dia menghela nafas dalam lalu menggelengkan kepala.
"Ada yang kau nak cerita?"
