7; Hyunjin

25 2 0
                                    

"MAMA ANAK MAMA YANG HANDSOME BALIK!" Seungmin berlari masuk ke dalam lalu memeluk Puan Kim yang sedang masak di dapur.

"Ya Tuhan! Kalau mama kena serangan jantung macam mana?" Tanya Puan Kim memukul kecil Seungmin. Seungmin hanya tersenyum saja. Dia mendudukan diri di atas meja itu.

"Mana papa dengan hyung?"

"Papa masih dekat office kalau Seungho dia jumpa Wendy."

"Wendy nuna?" Tanya Seungmin. Puan Kim memandang ke arah Seungmin lalu mencari seseorang.

"Mana suami kamu?"

"Ouh dia pergi beli cake. Katanya untuk mama." Kata Seungmin namun dia mendapat pukulan dari sang mama.

"Sejak bila mama makan cake? Dan satu lagi, 'dia'? Where's your attitude I teach you Kim Seungmin."

"Ma~ Min tak biasa lagi." Kata Seungmin. Puan Kim hanya menggelengkan kepala saja.

"Dah 3 minggu kahwin. Tak biasa apa nya? Jang-"

"Mama?" Chan memandang ke arah Seungmin dan Puan Kim dengan senyuman. Puan Kim tersenyum melihat menantunya. Dia menyuruh Chan untuk duduk di hadapan dulu.

"Cake?" Chan menghulurkan kepada Seungmin. Tentu saja Seungmin mengambilnya lalu berjalan untuk pergi. Chan mendudukan dirinya di sofa.

Tidak lama itu semua sudah balik ke rumah. Mereka makan petang bersama dengan senyuman mereka. Sesekali akan terdengar pergaduhan di antara Seungmin dan Seungho. 

"Chan, macam mana dengan Seungmin?"

"Semuanya okay saja mama."

"Mama risau bila dia tinggal dengan kamu."

"Takde apalah mama. Semuanya okay. Takde yang masalah pun."

"Aahh Mong, Hyunjin tadi ada jumpa hyung. Dia kata kau tinggal dengan hmmmpt!"

"Kita cakap belakang jom hyung." Seungmin menarik Seungho untuk ke belakang.

🌵HIS MINE!🌵

Hembusan asap rokok itu di lepaskan. Keluhan kasar di lepaskan bagi menghilangkan rasa beban di dada. Dia menghisap kembali benda mematikan itu.

"Apa yang Seungmin sorokkan dari aku sebenarnya?"

"HYUNJIN!" Seungmin menjerit namanya. Hyunjin tersenyum lalu memandang Seungmin yang duduk di sebelahnya. Dia mengusak perlahan kepala Seungmin.

"Satu."

"Habis."

"Okay."

"Seungmin aku punya!" Seungmin tidak mempedulikan itu dia terus menghisap rokoknya dengan selamba. Hyunjin memandang ke arah Seungmin dengan pandangan yang sayang.

"Jin aku- kenapa kau pandang aku macam tu? Kau nak rokok kau balik. Nah!"

Hyunjin menolak tangan Seungmin yang menghulurkanya rokok. Memegang kepala Seungmin lalu dia mendekatkan kepalanya. Hidung mereka bertemu satu sama lain.

"J-Jin kau nak bu-buat ap-"

"Shust." Seungmin memandang mata Hyunjin yang masih tajam memandang matanya lalu turun ke bibirnya. Satu tolakkan saja mereka akan berciuman. Namun-

"Ugh! Penat!" Seungmin lantas menolak tubuh Hyunjin menjauh lalu berdiri membetulkan bajunya. Untung saja lelaki yang ada di sana menyedarkan dirinya.

Min apa kau buat?! 

"Ak-aku balik dulu." Kata Seungmin lalu berjalan pergi. Hyunjin mengusak kasar rambutnya dengan tajam dia memandang lelaki yang sedang meregangkan badanya.

"Sial!"

"Apa?"

"Kau! Sial!" Marah Hyunjin, mengambil helmet nya lalu menaiki motornya. Mula membonceng dengan laju.

🌵HIS MINE!🌵

Seungmin terdiam di katil. Dia menghempaskan tubuhnya ke katil. Dia memikirkan apa yang di lakukan Hyunjin tadi. Selama ini dia hanya diamkan diri saja.

Dia saat Hyunjin mengatakan cinta, menyentuh pipinya. Bermain dengan rambutnya malah bermanja denganya. Namun untuk berciuman ini, kenapa dia juga membiarkan?

"Min apa kau buat ni Min!" Marahnya pada diri sendiri. Dia bangun lalu memandang ke arah cermin. Memandang tepat wajahnya.

Perlahan tanganya memegang bibirnya yang hampir di cium oleh Hyunjin. Ahhh dia fikirkan itu seperti nak gila saja. Dia tidak tahu apa yang ada difikirannya sekarang. Ahh dia penat!

"Seungmin?" Seungmin terkejut dengan kehadiran Chan. Chan menghampiri Seungmin lalu menurunkan tangan Seungmin yang ada di bibirnya.

"Kenapa?"

"Huh?"

"Bibir kenapa? Sakit? Ada yang luka?" Tanya Chan sambil melihat bibir Seungmin.

Tahan Chan. Dia belum ready

Kata Chan dalam hatinya. Seungmin sendiri hanya terkebil melihat apa yang Chan lakukan itu. Chan memandang mata Seungmin yang nampak pelik.

"Saya pergi ambil ubat untuk-" Seungmin menarik tangan Chan yang ingin pergi lalu-

CHUP

Seungmin menyatukan bibirnya dan bibir Chan bersama. Chan tentu saja terkejut namun Seungmin sudah memejamkan matanya dengan erat. Ini ciuman pertamanya.

Semasa acara perkahwinan, Chan lebih memilih menciuman dahinya berbanding bibirnya. Dan ininlah yang terjadi sekarang. Chan tentu saja terkejut dengan apa yang Seungmin lakukan.

Ya Min! Ni yang kau patut buat. Dia yang patut kau serahkan bukan Hyunjin.

Tubuhnya di tolak ke belakng. Chan melihat Seungmin yang masih memejamkan matanya. Perlahan dia mengusap bibir Seungmin lalu mengelus rambut Seungmin.

"Jangan memaksa. Semuanya boleh kita lalui satu demi satu. Sekarang cuci muka, gosok gigi dan tidur." Kata Chan lalu berjalan keluar.

🌵HIS MINE!🌵

Tin yang ke 5 dia habiskan. Matanya sudah menunjukkan dia tidak dalam keadaan sedar. Jeno yang dari dapur datang membawa segelas air masak. Dia memberikan kepada Hyunjin.

"Apa yang kau buat sebenarnya ni?" Tanya Jeno kepada Hyunjin. Namun mustahil untuk dia mendapatkan jawapan yang jujur. Tidak lama itu ada orang lain keluar dari tandas.

"Kau- kenapa ada dekat sini?" Tanya Hyunjin kepada Jisung. Jisung hanya diam duduk di sebelah Hyunjin. Baru saja dia ingin mengambil beer Hyunjin, di tahan Jeno.

"No. Kau pergi masuk bilik tidur." Kata Jeno kepada Jisung. Dia memandang ke arah Hyunjin lalu menggelengkan kepalanya.

"Aku malas- ARKH!" Tangan Jisung tiba-tiba di cengkam Hyunjin. Lantas tubuhnya di tolak ke lantai dan Hyunjin di atasnya.

"YAK YAK! LEPAS! AKU BUKAN SEUNGMIN KAU!"

"Aku tahu...jadi....jadilah Han Jisung aku." 

"YAKKK HWANG HYUNJIN!" Kata Jisung cuba melawan namun kekuatan Hyunjin bukan mainan. Untung saja Jeno menahan Hyunjin dari melakukan niatnya.

Jisung lantas bangun lalu mengundur ke belakang. Hyunjin menolak tubuh Jeno dengan kasar. Dia memegang kepalanya yang sangat sakit.

"Jisung aku-"

"Masuk bilik Jisung." Jisung berlari masuk ke dalam bilik Jeno lalu mengunci pintu kerana Hyunjin sedang mengejarnya. Jeno sendiri hanya bercekak pinggang saja.

"Jin sedarlah. Itu Jisung dan bukan Seungmin untuk kau buat apa yang kau niatkan tu."

"Kalau macam tu kau boleh tolong aku untuk cari Seungmin untuk aku?"

"Kau nak rosakkan kawan kau sendiri?" Tanya Jeno sedikit tidak percaya. Dia memandang ke arah Hyunjin yang sudah jatuh terduduk.

"Kalau itu cara aku boleh dapatkan Seungmin."

🌵HIS MINE!🌵

His MINE! ||Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang