Seungmin memandang ke arah Chan. Dia termenung seketika. Setelah itu dia berjalan untuk ke tandas. Seketika dia kembali menangis dengan kuat. Dia menjerit sekuat mungkin. Air matanya tetap tidak mahu berhenti.
Pintu tiba-tiba diketuk. Seungmin berdehem kecil lalu berjalan keluar. Jisung tersenyum melihatnya.
"Chan dah sedar." Seungmin membesarkan matanya lalu memandang ke arah Jisung dan berlari keluar. Dia melihat Chan yang sedang di rawat oleh doctor dengan senyuman dia.
Dia tersenyum kecil dan menghampiri Chan. Perlahan dia mendekat.
"Hy-hyung..." Chan memandangnya. Seungmin dan Chan saling berpandangan satu sama lain. Chan kembali memandang ke depan. Seungmin terkedu namun dia masih cuba untuk tenang.
"Ak-aku keluar dulu." Jisung menganggukan kepalanya dengan perlahan. Dia berjalan untuk pergi daripada sana.
Saat dia keluar. Jeno dan Hyunjin ada di sana. Dia memandang ke arah Hyunjin lalu memandang Jeno.
"A-aku rasa aku akan bercerai dengan Chan hyung."
"Apa yang kau cakapkan?" Tanya Jeno memandang Seungmin. Dia memandang Hyunjin pula.
"Sebab Hyunjin?"
"Ani! Ak-aku rasa Chan hyung tak ingat aku dan...mungkin ini jalan terbaik. Selama aku dengan Chan hyung pun aku banyak buat dia sakit." Kata Seungmin. Nampak tenang namun air matany sudah mengalir.
Mata itu menjadi sangat bengkak, merah dan sembab. Kurang tidur dan kurang rehat.
"Mungkin sebab dia baru sedar, cuba kau sabar sikit."
"Jen...aku tahu kau risaukan hubungan kami, tapi dah takde benda yang nak diselematkan." Kata Seungmin dan berjalan pergi. Jeno memandang Hyunjin.
"Aku tak tahu kau happy atau kau sedih sebab Seungmin a.k.a sahabat kita dan orang yang kau cinta akan berpisah. Aku harap otak pandai kau tu boleh digunakan lagi." Kata Jeno dan berjalan pergi daripada sana.
Hyunjin melihat ke dalam. Chan memandang keluar tepat ke matanya lalu kembali memandang ke depan. Hyunjin menghela nafas dalam.
"Aku tak tahu...aku tak tahu Kim Seungmin."
🌿His MINE2🌿
Dia menghela nafas dalam. Dia memandang ke arah Jisung dengan pandagan yang susah untuk di fahamkan.
"Jisung..."
"Kenapa? Kau nak makan?" Seungmin menggelengkan kepala. Dia mengeluarkan sesuatu daripada begnya lalu diberikan kepada Jisung.
"Ini apa?"
"Ini surat cerai. Aku dah tanda tangan. Nanti kau tolong pass pada Chan hyung boleh?" Jisung menggelengkan kepala.
"Kalau kau nak kau boleh bagi sendiri." Katanya dengan perlahan dan berjalan masuk ke dalam dapur. Tidak lama itu suaminya balik ke rumah.
"Seungmin..."
"Hyung..."
"Kau dengan Chan hyung macam mana?" Seungmin hanya tersenyum kecil saja. Dia memandang Jisung.
"Jie, aku balik du-"
"Makanlah dulu baru kau balik. Takde penolakkan takde bantahan." Kata Jisung lalu menghidangkan makanan. Minho memandang Seungmin sambil menganggukan kepalanya. Mereka ber3 mula makan.
Minho memandang Seungmin yang hanya bermain dengan makananya saja.
"Sampai bila?" Minho bertanya.
