19; Sorry

20 1 0
                                    

"Kau kenapa marah?" Tanya Seungho. Seungmin hanya menggelengkan kepalanya dengan perlahan. Dia membuang nafas dalam. Masih marah dengan Chan tentang semalam.

Seungho menghela nafas dalam. Dia menarik rambut Seungmin perlahan. Dia baru saja ingin marah namun Seungho menahan.

"Kau sedar tak kau yang buat Chan marah dulu." Seungmin berkerut dahinya. Dia tidak faham.

"Kau call dengan Hyunjin sampai tengah malam. Lupa pada Chan. Bila Chan tegur kau marah." Kata Seungho. Lama diam Seungmin akhirnya sedar dengan apa yang dia lakukan. Dia memandang ke arah Seungho dengan pandangan terkejut.

"Hyung! Mana Chan hyung?!"

"Sendiri kau nampak? Suami kau sendiri kau tak tahu." Kata Seungho sambil menggelengkan kepalanya dengan perlahan. Di aberjalan pergi dari sana. Seungmin gelisah sendiri.

"Mama!"

"Kenapa Min?"

"Nampak Chan hyung?" Puan Kim menggelengkan kepalanya dengan perlahan. Dia sendiri tidak tahu. Seungmin berlari keluar. Mencari sang suami.

Seungmin berjalan masuk ke dalam bilik. Mencari di mana suaminya. Namun dia tidak dapat melakukan itu. Chan tidak ada dalam bilik. Seungmin mengambil handphone nya untuk menghubungi Chan namun-

"Seungmin cari siapa?" Seungmin lantas menoleh lalu memeluk tubuh Chan dengan erat.

"Seungmin minta maaf." Kata Seungmin dengan perlahan.

"Untuk?" Seungmin hanya memeluk saja.

"Hyung tak salahkan sayang nak berbual dengan Hyunjin, tapi kena ikut masa juga sayang. Ada masa dengan kawan ada masa dengan suami."

"Mian hyung..."

🌵HIS MINE!🌵

Chan tidak tahu kenapa namun Seungmin sedari tadi asik berkepit denganya saja. Chan tidak faham kenapa namun dia tidak dapat mengabaikan itu.

"Seungmin kenapa sayang?" Tanya Chan dengan perlahan. Dia mengeluh perlahan rambut Seungmin yang ada di dadanya. Dia perlu bertanya dengan lembut jika tidak Seungmin akan merajuk.

"Chan hyung marah kan." Kata Seungmin. Chan berkerut dahi. Kenapa dia perlu marah.

"Untuk?"

"Hyung tahukan, Seungmin dengan Hyunjin takde apa-apa." Kata Seungmin dengan perlahan. Chan memandang Seungmin dengan pelik. Kenapa dengan Hyunjin pula?

"Kenapa pula dengan dia?" Tanya Chan dengan perlahan. Dia memandang ke Seungmin yang masih menunduk.

"Hyunjin cuma bercerita saja masa kita call tu semua. Takde yang penting pun." Kata Chan sambil bermain dengan bajunya. Dia memandang ke arah Chan dengan kecil.

"Chan tak kisah untuk Seungmin chat atau call Hyunjin cuma kenal masa sayang. Seungmin bukan lagi orang biasa. Seungmin dan dah hyung."

Seungmin makin menunduk. Chan menarik nafas lalu mengelus kepala Seungmin dengan perlahan. Dia memandang ke arah Seungmin lalu mengucup kecil bibir Seungmin.

"Sesabar apapun hyung, hyung tetap ada perasaan. Hyung sayangkan Seungmin tapi terkadang hyung tertanya pasal Seungmin pula."

"Hah kenapa?"

"Apakah Seungmin betul-betul cin-"

CHUP

Seungmin terus mencium bibir Chan. Dia tidak mahu Chan meneruskan kata-katanya itu. Seoalah meragukan perasaan Seungmin dan Seungmin benci akan hal itu. 

His MINE! ||Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang