2.1 New Life

10 2 0
                                        

Chan bangun dari tidurnya saat dia merasakan katil di sebelahnya sangat kosong dan sejuk. Si pemilik itu sudah bangun. Chan perlahan bangun dan mengambil handphone nya. Baru 6 pagi. Ke mana Seungmin?

"Sayang?" Namun tiada sahutan. Perlahan Chan turun katil.

"Mong?" Chan keluar dari bilik melihat Seungmin yang ada di ruang tengah. Perlahan dia menghampiri Seungmin yang sedang sibuk membuat kerja.

"Kenapa hyung bangun?"

"Hyung cari sayang...kenapa dekat sini?"

"Nak kena siapkan report ni. Sikit jer lagi." Kata Seungmin. Chan menganggukan kepalanya. Dia memandang Chan lalu tersenyum,

"Kalau hyung nak sambung tidur, tidur je. Min kejutkan nanti."

"Takpelah. Dah bangun ni hyung pergi bersenam jelah. Tunggu hyung tau. Hyung nak jogging dekat bawah baru hyung ke gym."

"Okay." Seungmin melihat Chan masuk ke dalam biliknya kembali. Dia juga kembali membuat kerja dengan tenang. Tidak lama itu Chan keluar dengan keadaan lebih segar dan berpakain serba hitamnya kembali. 

Selepas melakukan rutinya, mencium Seungmin dia berjalan keluar meninggalkan Seungmin yang sedang membuat kerja. 

Seungmin menyelesaikanya dengan laju. Dia perlu melakukan benda lain. Setelah siap semuanya, dia terus bangun dan masuk ke dalam bilik. Cuba memilih baju untuk Chan pakai nanti.

Setelah jumpa dia pergi ke bilik iron dan mula untuk menggosok baju itu dengan tenang. Rutinya sebelum Chan dan dirinya pergi ke kerja.

Keduanya sedang merasakan sangat bahagia ketika ini.

🌿His MINE2🌿

"Nanti lunch hyung pick up." Seungmin menganggukan kepalanya. Meskipun dia sudah ada lesen dan kereta, dia tidak mahu menggunakan itu.

Dia juga tidak malu jika sudah besar pun masih dihantar. Hey! Chan itu miliknya. Bukan milik siapa-siapa. Hanya dirinya saja yang layak.

Chan mula memandu menjauh. Seungmin masuk ke dalam tempat kerjanya dan mula merekod kehadiran. Seungmin mengambil tempatnya.

Mula membuat kerjanya pagi itu. Dia malas untuk bertangguh, dia hanya ingin menyelesaikan semuanya saja.

"Seungmin."

"Ahh Tuan Kim." Kata Seungmin dengan senyuman dia.

"Saya suka dengan laporan yang awak buat. Lepasni saya akan tugaskan awak buat semua tu. Dan lagi satu, nanti awak bentangkan pada ahli yang lain."

"Baik Tuan. Terima kasih atas tanggungjawab dan kepercayaan Tuan." Tuan Kim menganggukan kepalanya dengan perlahan.

Seungmin kembali mendudukan dirinya dengan perlahan. Dia gembira menerima pujian itu. Hey, siapa saja tak suka atas pujian dan juga kepercayaan yang tinggi.

Dia ingin menjerit saja sekarang. Dia ingin memberitahu Chan secepat yang mungkin.

"Hey!" Ada yang mengetuk mejanya tiba-tiba

"Aku nak kau check semua ni dekat stor file belakang. Tick semuanya." Kata pekerja itu membuatkan Seungmin menarik nafas dalam.

"Saya ada banyak kerja. Dan nama saya Seungmin."

"Ahhh aku tak peduli. Yang penting siap sebelum boss minta." Katanya dan berjalan pergi. Seungmin tentu saja tidak akan buat kerana itu bukan kerjanya sama sekali.

Seungmin tidak suka disuruh dan dia tidak suka ada orang yang memaksanya menjadi babu. Jika mahu tolong katakan baik-baik.

🌿His MINE2🌿

"End class!" Kata Chan sambil mengemas laptop nya. Dia tersenyum pada pelajar yang ada melalui depanya.

"Mr."

"Yes?"

"Mr. free? Saya nak belanja lunch."

"Sorry but I have dating. Saya pergi dulu." Katanya dan berjalan pergi. Jaeha mengigit bibir dalam. Again. Jaeha berjalan untuk pergi keluar dari kelas di mana Mingyu dan Hongja sudah menunggu.

"Kau still nak orang tua tu?"

"Diamlah Ja! Kau tak faham apa yang aku rasa ni."

"Kau cuma nak duit dia kan?" Jaeha memandang Hongja.

"Itu yang ke dua. Yang pertama adalah dia." Katanya dan berjalan pergi. Mingyu hanya menggelengkan kepala saja.

Mereka ber3 menuju ke cafe untuk mengisi perut. Kelas pun sudah tamat, mereka ber3 boleh balik lebih awal berbanding biasa.

Jaeha melihat media sosial nya. Tepatnya media Chan. Semuanya mengisi tentang sang suami yang dia cintakan. Jaeha tak suka melihat itu.

"Sudahlah Jae, kau dengan dia memang takkan dapat lawan. Aku tengok dia pun tak minat nak curang." Kata Hongja membuatkan Jaeha membuang nafas dalam.

"Boleh tak kau support aku untuk kali ni je."

"Aku nasihatkan tak payahlah Jae. Nanti kau sendiri yang sakit."

🌿His MINE2🌿

Seungmin masuk ke dalam kereta saat kereta sang suami sudah ada di depan. Chan tersenyum memandang Seungmin.

"Macam mana dengan kerja harini?" Tanya Chan sambil memandu. Dia akan selalu bertanya supaya Seungmin tidak terbeban seorang diri. 

Seungmin menceritakan semuanya secara detail. Dia mendapat tawaran, kerjanya dipuji dan macam lagi konflik yang berlaku dalma pejabat itu.

"Min nak terus bekerja ke?"

"Kenapa hyung? Hyung tak suka ke?"

"Takdelah, hyung tanya je. Kalau sayang minta nak bekerja, teruskan. Tapi kalau hyung bagi cadangan, hyung nak Min sambung belajar. Phd."

Seungmin memandang Chan. Tidak terlalu serious tidak juga main-main.

"Kalau....Min nak kerja."

"Hyung support. Sayang, hyung tak kisah Min nak atur jalan hidup Min macam mana. Hyung akan sokong."

Macam mana Seungmin tidak cintakan Chan jika begini dia di layan. 3 tahun ini memang Chan sering memanjakan dia. Sepanjang perkahwinan.

"Uhm...Jisung?"

"Minho cakap dia sambung belajar." Kata Chan dengan senyuman dia. Seungmin menganggukan kepalanya dengan perlahan.

"Hyung nak makan apa harini?"

"Apa-apa pun boleh sayang. Tapi Min tak penat ke nak masak? Kalau penat kita makan luar."

"Semalam kita makan luar, harini makan rumah. Hyung kena jaga fitness. Hyung lupa?" Chan tersengih kecil memandang Seungmin.

Mereka tiba di rumah. Masing-masing membersihkan diri mereka dengan tenang. Seungmin juga sudah selesai masak. Mereka berdua mula makan dengan tenang.

"Nanti kita ke rumah mama boleh?"

"Boleh sayang. Esok hari minggu kan."

🌿His MINE2🌿

His MINE! ||Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang