Seungmin hanya menyilangkan tangan memandang wanita yang baru saja keluar dari bilik dengan hoodie miliknya.
"Thanks Mr. Bang, Seungmin seonbeanim sebab pinjamkan-"
"Hey amiklah jelah hoodie tu. Suami aku boleh belikan yang lain." Kata Seungmin sambil mempaut lengan Chan. Entah apa mimpi Jaeha ada di sini dalam keadaan yang basah.
"Mr. Bang beli hoodie ni?"
"Tak, aku beli sendiri." Kata Seungmin dengan senyuman dia. Dia berjalan masuk ke dalam dapur lalu memandang Chan.
"Hyung nak minum apa?"
"Kopi je."
"Mr. Bang suka kopi?" Chan menganggukan kepalanya.
"Kopi yang cuma Seungmin je buat." Sambungnya lagi. Dia berjalan untuk pergi dari sana. Seungmin tersenyum dengan sinis memandang Jaeha. Dia sudah membau Jaeha cuba untuk mendapatkan perhatian Chan.
Seungmin menghampiri Chan dengan pandangan anjingnya. Dia tersenyum dengan manis. Chan tentu saja luluh.
"Jadi Jaeha, kerja apa yang awak tak faham?" Tanya Chan memandang Jaeha. Jaeha mengambil barangnya dan mula untuk bertanya kepada Chan.
Namun gerak gerinya membuatkan Seungmin muak. Dia memandang ke arah Chan yang focus untuk mengajar. Lelaki ini tidak nampak atau apa? Perempuan itu berpura comel di depan dan itu membuatkan Seungmin ingin membuang sisa makanan.
Seungmin baru saja ingin bangun dan pergi. Jaeha baru saja nak tersenyum bahagia namun Chan lebih dulu menahan dan menyuruh Seungmin duduk.
"Duduk sini."
"Tapi hyung Min ada assignment-"
"Nanti hyung teman buat. Stay je." Kata Chan matanya masih focus dengan kerja Jaeha. Seungmin menghela nafas dalam,dan kembali menemani Chan.
Dia bermain dengan handphone menggunakan tangan kiri kerana tangan kanan masih di pegang oleh Chan.
Namun saat di perhatikan comel pula tangan mereka berpaut macam tu.
🌿His MINE2🌿
Seungmin keluar dari tandas. Dia baru saja ingin ke dapur namun berhenti di depan pintu bilik mereka. Dia melihat Jaeha dan Chan duduk bersebelahan.
Seungmin merasakan itu sesuai. Chan dan Jaeha seperti pasangan yang sesuai. Dia berjalan untuk pergi ke dapur. Seungmin mencuci cawan yang dia pakai. Tidak lama itu-
"Hyung! Terkejut Min!"
"Min pergi mana?" Tanya Chan sambil meletakkan kepalanya di bahu Seungmin. Seungmin hanya menggelengkan kepala saja.
"Nanti kalau Min takde, hyung macam mana?" Pelukkan Chan terlepas. Dia memandang Seungmin dengan pandangan yang serious.
"Kenapa cakap macam tu?"
"Tak Min cu-" Chan hanya menggelengkan kepala dan berjalan ke depan. Dia kembali mengajari Jaeha dengan wajah ketatnya. Seungmin menekup wajahnya perlahan.
Ahhh kenapa dia boleh berkata macam tu? Dia merasakan seperti dia sudah memancarikan api peperangan.
TING!
Seungmin mengeluarkan handphone nya lalu melihat noti yang dia dapat.
"Hyunjin?" Seungmin melihat pesanan ringkas dari Hyunjin? Chat dia di balas selepas 3 hari lamanya? Wah! Excited Seungmin membalas pesanan itu.
Seolah lupa dia dan Chan akan bergaduh dan silent treatment. Namun buat seketika Seungmin melupakan semua itu dan berbalas pesanan Hyunjin.
Senyuman tidak lepas dari bibirnya. Dan itu semua terlihat jelas oleh Chan. Entah kenapa hatinya semakin panas melihat itu.
Dia hanya diam membiarkan Seungmin di dapur begitu.
🌿His MINE2🌿
Tersenyum dia meletakkan cawan itu. Dia berjalan untuk mendudukan diri di sofa.
"Kau kenapa nampak happy sangat?" Tanya Daehwi yang baru saja keluar dari bilik.
"Aku akan balik Korea?"
"Ahh serious? Bila dan kenapa?"
"Kau ingat lelaki yang aku cerita? Kim Seungmin?" Daehwi menganggukan kepalanya dengan perlahan.
"Sebab dia aku akan balik." Kata Hyunjin dengan senyuman dia. Daehwi kembali menganggukan kepalanya. Dia sendiri tidak tahu macam mana nak katakan pada Hyunjin.
Sudah jelas Hyunjin bercerita lelaki itu sudah berkahwin. Adakah lelaki itu masih menaruh harapan pada pasangan orang?
"Kau masih cintakan dia?"
"Tak pernah mati." Kata Hyunjin. Dia mencuba untuk tidak memikirkan Seungmin namun dia tidak dapat. Setiap harinya berfikir tentang Seungmin.
Kebetulan Seungmin memberikan dia pesanan dan membuatkan dia semakin yakin Seungmin perlukan dia.
Bahkan dia memakai hoodie yang dibelikan Seungmin waktu itu. Seungmin sekarang mungkin sedang tersenyum juga membaca teks nya.
Dia akan berikan kejutan kepada Seungmin dia akan kembali ke Korea. Tidak sabar dia untuk berjumpa dengan sang kekasih hatinya itu. Hyunjin kalau boleh nak balik harini juga. Dia sudah tidak mahu menahan sabar lagi.
Maaf Min. Aku dah cuba tapi semuanya dah tertulis takdir.
Daehwi hanya menggelengkan kepala saja tidak tahu mahu mengatakan apa pada lelaki obses begini.
"Aku nak keluar, kau nak apa-apa tak?" Hyunjin menggelengkan kepalanya. Setelah housemate dia keluar, Hyunjin mengambil handphone nya.
Kembali membalas pesanan Seungmin. Bibirnya tidak pernah beerhenti untuk tersenyum dengan manis. Hyunjin benar-benar mengharapkan Seungmin berharap padanya juga.
🌿His MINE2🌿
"Okay kalau aku balik nanti aku nak kau kiss aku boleh?"
"Merepek kau punya permintaan. Balik tau Jin! Aku bosan takde kau."
"Suami kesayangan kau mana?"
"Takkan 24 jam nak bersama. Diakan kerja juga."
"Kau betul nak aku balik?"
"Ya Jin. Balik please. Nanti kita boleh lepak." Hyunjin tersenyum melihat Seungmin merayu padanya.
Dia terfikir, adakah Seungmin bahagia? Atau tidak? Dia tidak tahu dan tidak mahu meneka. Biarlah dia dan Seungmin begini. Setidaknya Seungmin masih menginginkan dia.
Hyunjin dan Seungmin sudah bertukar dari chat ke video call. Setiap kali call Seungmin ada di bilik atau kelas. Dia berjalan ke dapur.
"Kau dah makan Min?"
"Kau? Aku masih ada kelas."
"Aku baru nak makan. Kau nak teman aku makan?"
"Boleh je." Hyunjin kembali tersenyum. Dia seperti ada hubungan special antara dia dan Seungmin.
Seungmin benar-benar menemani Hyunjin untuk makan sarapanya. Sesekali mereka akan bergelak ketawa dengan meriah kerana lawak masing-masing.
"Kau dengan Sir Bang okay?"
"Okay je Jin. Kau tak payah risau."
"Aku suruh kau chat aku bila kau rasa tak okay dan dia sakitkan kau. Jadi..."
"Aku rindukan kau Jin. Aku dah cakap banyak kali. Aku rindu kau."
Hyunjin diam begitu juga dengan Seungmin.
"Jangan Seungmin. Kau dah ada Sir Bang. Jangan buatkan aku nakkan kau. Aku be-"
"Jin...aku ada kelas. Nanti aku call balik. Aku rindu kau Jin."
Shit! Hyunjin tidak akan beri kesempatan yang lain. Dia akan merampas Seungmin dari Chan.
🌿His MINE2🌿
