Chan menarik dua beg dengan tenang dan tetap memerhatikan lelaki yang gembira di depan sana. Namun terhenti dan berlari ke arahnya kerana ada seseorang bercakap dengan dia. Chan tertawa kerana dia sudah menasihati Seungmin.
"Kalau ada orang tanya, terus dekat dengan hyung." Dah macam jaga anak kecil berbanding suami. Mereka berdua masuk ke dalam drive milik Chan. Dia memandang ke arah Seungmin yang nampak exited.
"Sayang tak kena jet lag?" Seungmin menggelengkan kepalanya. Dia hanya gembira saja. Chan pula hanya menganggukan kepala saja. Dia memandang ke arah depan lalu mengeluarkan handphone nya.
Mula memberi pesanan kepada sang mommy. Dia akan sampai ke rumah dalam beberapa minit saja lagi. Dia memandang ke arah Seungmin yang masih exited dengan keadaan sekarang. Chan hanya tersenyum saja.
Seungmin memandang ke arah Chan lalu membisikkan sesuatu. Dia tertawa setelah membisikkan apa yang ada di fikirkanya. Tidak lama itu kereta berhenti di rumah besar. Seungmin kagum. Lebih besar dari rumahnya.
"Oh my son!" Puan Bang keluar dari rumah setelah mendengarkan kereta ada di depan rumah. Dia lantas memeluk Seungmin. Yang Seungmin menantunya, bukan anak lelakinya. Dia memandang ke arah Chan yang nampak tercengang.
"Mommy dah nampak kamu dari kamu lahir." Kata Puan Bang sedikti terkesan di hati Chan. Namun Chan tidak makan hati langsung. Dia menurunkan kedua beg miliknya dan Seungmin lalu membawanya masuk ke dalam.
Sang maid lantas membantu membawa barangan itu naik ke atas. Chan dan Seungmin di bawa ke dapur untuk menjamu selera. Dia memandang Seungmin yang nampak kagum.
"Hyung! Kayanya keluarga hyung."
"Tak kaya mana pun. Sederhana. Sama dengan keluarga Seungmin." Kata Chan sambil mengelus rambut Seungmin perlahan.
"Jangan rendah diri sangat, nanti Tuhan tarik nikmat." Kata Seungmin. Chan hanya menganggukan kepala saja.
🌵HIS MINE!🌵
"WAH! HYUNG!" Seungmin berlari masuk ke dalam melihat bilik Chan yang tersangat amat cantik dan penuh dengan keperibadian lelaki itu. Seungmin melihat semua tempat bilik itu. Daripada katil sehinggalah tandas. Semuanya di periksa Seungmin.
"Hyung suka gelap?"
"Hyung tak suka sangat tempat yang bercahaya. Kecuali 2 tempat."
"Mana?" Seungmin bertanya sambil duduk. Chan menghampirinya lalu mengelus lembut kepala Chan.
"Bilik Seungmin dan rumah kita." Seungmin tidak tahu kenapa tapi bila Chan sebut rumah kita buatkan dia blushing. Padahal itu rumah Chan. Seungmin menukar pandangan. Yang membaringkan dirinya terlentang begitu saja.
"Seungmin nak mandi dulu atau hyung mandi dulu?"
"Mandi sama tak boleh?" Chan memandang Seungmin agak shock. Dia mendekat sehinggalah mengurung Seungmin-