Minho bangun dari tidurnya. Dia melihat Jisung yang masih tidur di sisinya membuatkan dia bernafas lega. Selalunya Jisung akan menghilang di pagi hari. Dia memandang ke arah Jisung yang masih tidur.
"Ji.."
"Eung!"
"Nak makan tak?" Jisung menggelengkan kepalanya. Lagipula sudah jam 10 pagi. Tidak ada orang sarapan pukul 10. Minho turun dari katil lalu berjalan untuk ke tandas. Mencuci mukanya dengan air bersih.
Minho memakai bajunya lalu berjalan keluar dari bilik. Dia membuka fridge mengambil susu kotak yang ada di sana lalu mengambil mangkuk yang sudah terisi bijiran. Bukan itu saja, dia juga mencampurkan yogurt di dalam bijiranya.
Makanan sarapan lambat sudah siap untuk masuk ke dalam perutnya. Setelah beberapa suap, dia berhenti dari makan seketika. Minho berjalan ke sebuah laci dekat dengan dapur. Membuka laci itu dan melihat isi dalam laci itu.
Satu botol pill yang ada di dalam sudah hilang. Dan tentu saja itu ulah Jisung. Minho membuang nafas dalam. Dia berfikir-fikir seketika melihat ubatan yang ada di dalam laci itu.
Apakah dia belum cukup untuk menenangkan Jisung dan merawat Jisung sehingga lelaki itu memerluka ubat lagi? Atau Jisung yang tidak dapat menangkan dirinya sendiri?
"Hyung?" Laci di tutup laju. Minho berdehem kecil lalu memandang Jisung yang baru saja bangun tidur.
"Hyung buat apa?"
"Cari pisau buah. Nak potong apple."
"Ahh dekat laci sebelah."
"Ouh, okay. Ji nak?" Jisung menganggukan kepalanya perlahan.
🌵HIS MINE!🌵
Minho meletakkan begnya ke dalam seat belakang. Menutup pintu dengan keluhan yang berat. Dia memandang ke arah kiri dan kanan untuk melihat jika masih ada pelajar atau tidak. Tidak lama itu dia mendengarkan sesuatu.
Minho berjalan untuk melihat bunyi gaduh di belakang bangunan stor itu. Saat dia masuk, dia sipi-sipi mendengar suara seseorang. Kadang menjerit kadang di tutupi sesuatu seperti kain atau tangan.
"Siapa?!" Minho mendekat ke sekumpulan manusia yang ada di sana. Dia melihat sekumpulan lelaki yang berkeliling seorang lelaki yang sudah diikat dan meringkuk. Bukan itu saja, lelaki yang terikat itu sudah shirtless.
"Apa korang buat dekat sini?"
"Ahh sir, kitorang tengah main. Cabaran lagak ngeri yang tengah viral tu." Minho memandang satu per satu dari mereka. Itu senior tingkat akhir. Cabaran? Matanya melihat lelaki yang terikat di lantai.
Lelaki itu sepertinya tidak rela. Minho nampak perlahan dia menggelengkan kepalanya dengan perlahan. Seakan apa yang dikatakan itu satu penipuan.
"Takde tempat lain?"
"Kitorang dah janji nak buat. Alah Sir, biasalah anak muda." Kata salah satu dari mereka. Kenapa Minho tidak panik kerana 6 lelaki itu adalah pelajar pandai dan rekod disiplin yang bersih. Agak susah percaya dengan apa yang nampak.
"Jadi dia?"
"Dia kawan-"
"Saya akan laporkan benda ini ke pihak atasan."
"Kenapa pula Sir?! Kami bukan buat apa-apa pun!"
"Atau pihak polis?" Minho memandang tajam mereka.
"Sir!"
"Awak ingat saya bodoh? Ikatan yang awak gunakan tu pernah saya guna, kalau ini gurauan budak tu takkan menangis. Dan luka-luka dekat badan dia luka memberontak."
🌵HIS MINE!🌵
Minho benar ternyata. Saat dia melaporkan pada pihak polis ternyata bukan lelaki manis yang dia kenal sebagai Han Jisung saja menjadi mangsanya. Ternyata lebih dari 10 orang mangsa yang sudah melaporkan benda yang sama. Minho tidak sangka sama sekali.
"Jisung...Sir Minho datang ni..." Pintu diketuk dengan perlahan. Minho berterima kasih kepada Puan Han membenarkan dia masuk. Saat Minho masuk keadaan bilik Jisung sangat gelap. Sangat sejuk. Minho melihat Jisung yang ada di depan tingkap.
Memeluk tubuh sambil menangis. Minho menarik kerusi belajar Jisung lalu duduk di sebelah Jisung. Tidak tahu mahu memujuk bagaimana jadi Minho hanya berdehem kecil.
"Jisung okay?" Perlahan kepala Jisung menggeleng.
"S-saya dah kotor Sir."
"Tak. Awak tak-"
"Saya tahu saya-"
"Jisung tengok saya. Awak tu baik, takde siapa yang kotorkan awak. Saya ada."
"Sir akan selalu ada dengan saya?"
"Kalau awak perlukan cahaya, saya akan jadi cahaya awak. Jangan sedih macam ni." Kata Minho mengusap air mata Jisung. Mata bengkak itu menjadi pusat Minho. Lelaki itu nasibnya kesian, namun dia yakin jika satu hari Jisung akan sembuh.
Minho sudah berjanji dengan Puan Han untuk menjaga Jisung sepenuh hatinya. Minho tidak dapat menolak kerana Jisung benar-benar perlukan bantuanya.
"Boleh Jisung duduk dengan saya?" Jisung memandang Minho. Minho nampak Jisung seperti mengundur ke belakang membuatkan Minho panik.
"Tak- tak! Saya takde niat apapun. Saya cuam nak bantu. Saya janji saya takkan lakukan apapun." Kata Minho. Jisung memandang Minho lalu menangis lagi. Lantas masuk ke dalam pelukkan Minho.
"Saya janji saya akan buat awak sembuh semula."
🌵HIS MINE!🌵
Minho tersenyum melihat Jisung yang bermain dengan kucingnya. Dia melihat Jisung sangat happy berjumpa dengan mereka ber3. Jisung sudah lama tidak bersama dengan kucing-kucing itu.
Dia mendudukan dirinya di sebelah Jisung sambil bermain dengan kucing itu. Jisung mengelus kepala Soonie namun Minho mengelus kepala Jisung dengan perlahan. Dia memandang ke arah Jisung yang nampak blushing.
"Jisung nak makan tak?" Tanya Minho. Jisung menganggukan kepalanya dengan perlahan. Minho mengajaknya ke dapur untuk makan.
Mereka berdua duduk di meja untuk mula makan. Keluarga Minho sudah keluar kerana ada urusan sendiri. Minho mula memberikan makanan kepada Jisung.
"Hyung..."
"Kenapa?"
"Hyung tahukan tentang tu?" Tanya Jisung serious. Minho tersenyum dengan perlahan lalu menarik nafas dalam.
"Jisung perlukan masa. Mungkin hyung terlalu sibuk untuk mengetahui tentang hyung." Kata Minho dengan senyuman dia. Dia tidak mahu memaksa Jisung sangat. Takut lelaki itu tidak dapat bersama.
"Ani! Hyung dah buat apa yang termampu cuma Ji-"
"Ji, jangan fikirkan apapun, jangan fikirkan apa yang negative. Hyung selalu ada dengan hyung." Kata Minho. Dia tersenyum ddengan manis.
Jisung hanya diam memandang Minho yang masih makan. Dia juga kembali makan dengan perlahan. Namun tiba-tiba Minho berhenti makan lalu memandang ke arah Jisung.
"Jisung..."
"Yes? Kenapa hyung?" Minho menarik nafas dalam. Dia memandang ke arah Jisung dengan pandangan yang serious.
"Nak kahwin dengan hyung tak?"
🌵HIS MINE!🌵
