Ingin saja Seungmin menangis sekarang. Dia ingin menangis dan tidak sedarkan diri. Dia ingin lari dari sini jika dia boleh. Namun semuanya sudah terlambat.
"Where's my assignment Kim Seungmin?"
"Sorry Sir. But I have completed the task."
"More excuse?"
"No Sir I-"
"Come to my room after lunch. Class dismiss." Kata Chan lalu berjalan keluar. Seungmin menghentak mejanya dengan agak kuat kerana merasa marah dan geram pada keadaan.
Marah pada diri sendiri yang lupa membawa assignment yang sudah disiapkan semalaman suntuk, marah pada Chan yang tidak mempercayainya dan marah pada keadaan yang tidak pernah berpihak padanya.
Jisung hanya mampu menenangkan Seungmin saja. Lelaki ini bukanya boleh di bawa main jika sudah masuk emosi.
"Aku benci dia!" Kata Seungmin lalu berjalan pergi. Jisung hanya menelan ludah saja.
"Dia pun benci kau." Kata Jisung menjawab kata Seungmin. Dia mengikuti lelaki itu keluar sambil membuat panggilan.
"Kenapa?"
"Seungmin tengah emosi."
"Lah kenapa?"
"Sir Bang lah apa lagi. Ni kau nak pergi pujuk dia ke tak?"
"Hah aku pergi. Bagitahu Seungmin dekat mana." Jisung mematikan panggilan. Dia menghantar pesanan pada Hyunjin untuk memberitahu kedudukan Seungmin sekarang.
Dia sebenarnya tidak tahu kenapa dia melakukan ini. Dia tidak membantu Hyunjin untuk dapatkan Seungmin. Namun hanya Hyunjin yang boleh meredakan amarah Seungmin.
Ahh itu bukanlah halnya. Dia sudah penat memikirkan masalah orang.
🌵HIS MINE!🌵
"SIAL SIAL SIAL!"
"Kau kenapa siot."
"Aku benci dia kau tahu tak?!"
"Iye tahu! Banyak kali kau cakap itu." Kata Hyunjin sambil mengosok telinganya kerana Seungmin tidak berhenti untuk menjerit. Dia memandang ke arah Seungmin yang masih marah.
"Nak ice cream?"
"Aku bukan budak tak guna!"
"Iye tahu. Aku tanya je sebab aku nak pergi beli."
"Aku nak vanilla." Kata Seungmin. Hyunjin hanya menggelengkan kepala saja. Dia meninggalkan Seungmin sendirian di sana untuk pergi membeli ice cream. Mereka ada di minimarket untuk tenangkan Seungmin.
Seungmin menerima ice cream yang diberikan Hyunjin. Dia makan dengan agak marah namun itu membuatkan Hyunjin ingin menculik Suengmin dan kahwin lari dengan Seungmin.
Dia mengambil tisu lalu mengesat kotoran dari bibir Seungmin. Seungmin pula hanya diam tidak peduli dengan itu. Dia kembali makan dengan perlahan. Dia memandang ke arah Seungmin.
"Tenang dah?" Tanya Hyunjin pada Seungmin. Seungmin menganggukan kepalanya dengan perlahan. Hyunjin tersenyum lega mendengarkan itu.
"Kau jangan marah-marah. Macam anjing gila."
"Jin kau jangan makan kaki kau tau." Kata Seungmin dengan senyuman psycho itu. Hyunjin sendiri hanya tersenyum kecil saja. Dia menghabiskan ice cream nya lalu bangun.
"Jom aku bawa kau jumpa kawan kau."
"Hwang Hyunjin!"
"Ye ye aku gurau je. Aku nak pergi tandas. Kau tunggu sini." Kata Hyunjin lalu menghilang. Seungmin sendiri hanya menggelengkan kepala saja. Dia membuka handphone nya. Sesekali dia akan menghela nafas dalam.
