2.12 Dark moment

30 2 0
                                        

Air mata terus jatuh dengan deras. Dia memandang ke arah para doctor yang ada di sana. Dia menangis dengan kuat! Jisung memeluk Seungmin yang sudah menangis tidak mampu berkata-kata.

"Jika selama 2 minggu pesakit tak sedarkan diri, kami terpaksa mematikan pesakit." Seungmin terpaksa mendengrkan itu. Satu kesakitan yang tidak akan pernah ada rawatan. Bukan Jisung saja, Minho, Jeno dan Hyunjin turut ada di sana.

Keluarga Bang dan Kim turut menenangkan Seungmin. Seungmin sudah terduduk menangis dengan kuat.

"Min sabar Min." Puan Kim memujuk anaknya. Namun Seungmin hanya diam lalu bangun dari duduknya. Menatap Chan dengan mata yang berair itu.

"Min nak- hiks hiks cakap dengan Chan hyung."

"Mi-"

"Sorang." Semua akur dengan permintaan Seungmin. Semuanya berjalan untuk keluar, Jeno sehinggakan menarik Hyunjin untuk ikut keluar sekali. Seungmin mendudukan dirinya dikerusi menatap Chan yang masih koma itu.

"Penipu." Seungmin mengatakan itu dengan sedaya upaya menahan air matanya.

"Hyung tipu Min." Seungmin memandang Chan lalu menangis lagi. Dia memandang ke arah cincin yang ada di jarinya.

"Min dah buat keputusan. Min akan ikut Hyunjin. Min tak sanggup untuk menahan rasa sakit dan sedih tengok hyung macam ni." Kata Seungmin. Sengaja dia lakukan itu. Namun dia masih sama. Dia memandang Chan lalu kembali menangis.

Seungmin meletakkan kepalanya di lengan Chan dengan perlahan. Air matanya jatuh ke lengan Chan.

"Hyung...bangunlah...Min minta maaf. Min sepatutnya selalu ada dengan hyung...bangun..."

"Sekarang kau dah nampak jawapan Seungmin untuk cinta kau?"

🌿His MINE2🌿

Tubuh Seungmin yang lemah itu diletakkan di atas katil dengan perlahan. Jeno memandang Seungmin yang sudah tertidur tidak sedarkan diri. Terlalu penat kerana banyak menangis.

"Terima kasih Jen."

"Uhm. Jagakan Seungmin Jie, dia penat sangat tu."

"Jie, jom hyung hantar."

"Ne." Kata Jeno menerima pelawa Minho. Dia memandang Seungmin lalu Jisung. Dia berjalan keluar melihat Hyunjin yang hanya diam bersandar di dinding.

"Jin nak ikut sekali?" Hyunjin memandang Jeno yang turut memandangnya. Jeno memberikan senyuman kecil untuk menenangkan Hyunjin.

Jisung menyelimuti Seungmin. Dia baru saja ingin keluar, tanganya ditahan. Dia memandang Seungmin yang masih terpejam matanya.

"Ch...Chan hyung..."

"Kau rindukan dia Min? Aku harap dia bangun dari tidur panjangnya. Aku nak tengok kau senyum lagi Min. Kau kena kuat untuk Chan bangun. Jangan mengalah." Kata Jisung. Dia tidak tahu jika Seungmin dengar atau tidak.

Jisung menghela nafas dalam lalu berjalan pergi dari sana. Seungmin sudah kembali tenang dan dia perlu memberishkan dirinya. Seungmin tersedar kecil. Melihat banyangan seperti suaminya. Bibirnya mengukir senyuman kecil.

Dia kembali melelapkan matanya saat merasakan orang yang dia tunggu akan kembali.

"Hyung akan pergi Kim Seungmin."

Seungmin membuka matanya. Mencari di mana keberadaan sang suami. Namun semuany hampa. Bilik itu kosong.

"Chan hyung? Chan hyung! Chan hyung?!" Jerit Jisung memanggil Chan namun tiada sahutan. Dia ingin turun dari katil namun Jisung lebih dulu masuk ke dalam menenangkan Seungmin.

"Min..kau okay tak?"

"Jie, mana Chan hyung? Dia cakap dia nak pergi. Mana dia Jie? Hiks hiks hiks." Jisung hanya menenangkan Seungmin saja. Dia memeluk lelaki itu dengan lembut. Memberikan kata-kata penenang.

"Kau takkan hilang Chan hyung Min." Katanya berulang untuk menenangkan Seungmin.

🌿His MINE2🌿

"Kalau hyung masak tak sedaplah ni?"

"Sikit lah. Mungkin ada yang terlebih ada yang kurang."

"Yelah. Masakkan Mong paling sedap yang pernah hyung makan."

"Seungmin." Seungmin tersentak mendengarkan namanya dipanggil. Air matanya dikesat lalu tersenyum kepada Jeno yang masuk ke dalam.

"Jie mana?"

"Jisung ada kelas. Ni dia ada masakkan makanan untuk kau." Seungmin melihat bekal yang dihulurkan Jeno. Jeno membuang nafas dalam. Dia mengelus perlahan bahu Seungmin.

"Aku tahu kau tak okay, aku tak dapat nak katakan lebih, aku cuma harap kau akan selalu kuat. Mr. Chan akan bangun. Aku yakin."

"Terima kasih Jen." Seungmin hanya mampu ucapkan itu saja. Dia memandang ke arah Jeno yang masih berdiri dii sebelahnya.

"Ini moment terburuk yang pernah aku ada. Aku rasa ini mimpi. Kalau saja aku tak jumpa dengan Hyunjin malam tu, mesti-"

"Kau tak boleh salahkan diri kau. Ini namanya takdir." Jeno memujuk Seungmin. Mata lelaki itu bengkak, matanya sering mengeluarkan air mata. Tubuh Seungmin juga semakin susut seperti lama dia tidak makan.

"Min, apapun keputusanya nanti, aku nak kau selalu ingat. Cinta Hyunjin mungkin selamanya untuk kau, tetapi cinta Mr. Chan cinta yang susah untuk kau dapatkan. Apapun keputusan Mr. Chan buat nanti, aku cuma nak kau tahu dia selalu ada dengan kau." Kata Jeno lalu meminta diri untuk pergi dari sana.

"Hyung....ierona." Gumam Seungmin dengan perlahan.

🌿His MINE2🌿

Seungmin masuk kembali ke dalam ward itu. Keluhan diberikan. Keadaan Chan tidak berubah. Dia malah sepertinya akan menjadi lebih teruk jika Chan terus begini. Dia mendudukan dirinya menghadap Chan.

"Hyung tak nak bangun?" Gumam Seungmin mengelus kepala Chan lembut.

"Hyung mimpikan apa sampai tak nak bangun? Hyung tak rindukan Mong?" Air mata Seungmin kembali mengalir lagi. Dia memandang ke arah luka-luka Chan yang sudah mengering namun lelaki itu masih tidak bangun. Dia masih tidak menyedarkan dirinya.

"Hyung dah tak cintakan Mong?" Gumam Seungmin dengan perlahan. Dia meletakkan kepalanya di lengan Chan.

"Kenapa hyung nak tinggalkan Mong? Hyung terlalu marahkan Mong? Mong minta maaf selalu buat hyung marah. Hyung tahukan Mong cintakan hyung, tapi kenapa hyung hukum Mong macam ni? Tolong hyung...jangan tinggalkan Mong dengan cara macam ni."

Seungmin takut. 3 hari lagi masa yang ada untuk membuat Chan sedar. Dia hanya mampu untuk berharap dan berdoa saja.

"Hyung kata Tuhan tak kejam, tetapi kenapa dia melakukan ini pada kita? Hukuman ni terlalu berat untuk Mong." Kata Seungmin dengan perlahan. Air matanya sudah deras keluar dari mata. Dia menghela nafas dalam dengan perlahan.

Dia meletakkan kepalanya di tangan Chan.

"Hyung...bangunlah...Mong rindu..." Kata Seungmin sudah sangat lelah menangis. Dia perlu menguatkan dirinya. Sakit. Hatinya sakit dan dia tidak mampu untuk bertahan lagi.

"Bangun hyung...mong merayu..." Katanya dengan pasrah lagi. Dia sungguh tidak mampu. Dia memandang Chan yang masih memejamkan matanya.

"Hyung....adakah ini cara hyung nak berpisah dengan Mong?"

🌿His MINE2🌿

His MINE! ||Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang