"Mama! Mama! Kakak dengan adik ada buat biskut. Mama rasalah," ujar Baizura penuh teruja pada mama yang baru pulang. Satu pinggan berisi lima keping biskut coklat ditawar pada wanita yang baru melabuhkan punggung di sofa itu.
"Really? Wah... mesti sedap ni!" Sekeping biskut di atas pinggan mama ambil dan sua ke mulut. Kunyahan demi kunyahan dinanti penuh debaran. "Hmm! Pandai anak mama buat biskut sedap macam ni. Dah besar nanti boleh buka bakeri," puji mama yang nampaknya jujur.
Baizura bersorak riang. "We did it, adik! Lepas ni kita cuba buat kek pula ya?" Katanya pada aku yang berdiri di meja makan beberapa tapak darinya.
Aku hanya mengangguk dengan senyuman kecil. Mama mengusap lembut kepala kakakku itu seiring dengan pujian yang masih tak henti. Tipulah jika aku tidak merasa cemburu kerana mama selalu lebihkan Baizura berbanding diriku. Tetapi apakan daya apa saja yang aku lakukan ada saja salah dimatanya. Jadi aku putuskan untuk berdiam diri daripada mengundang benci.
Sejak aku masuk tadika lagi mereka tidak memberi perhatian padaku malah sepenuhnya diberikan pada Baizura. Mereka? Ya, abah juga begitu. Tetapi tidak pernah lagi abah memarahi atau memaki aku cuma wataknya sebagai bystander. Mendengar dan menyaksikan segala yang berlaku didepan mata tetapi tidak berbuat apa-apa.
"Adik! Sinilah," panggil Baizura supaya aku bersamanya disana. Aku menggeleng perlahan. "Adik nak kemas dapur," jujurku. Sememangnya agak berantakan keadaan dapur pada ketika ini. Jika mama nampak sebelum aku membereskannya sudah pasti aku dimarahi.
Laju Baizura lari ke arahku. "Kita masak sama-sama, kita kemas pun sama-sama. Jom!" Dia menarikku ke dapur dengan selamba.
Senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya itu sentiasa menenangkan hatiku. Aku bersyukur kerana Baizura melayaniku seperti ahli keluarga. Mungkin juga kerana sejak kecil dia yang terlalu inginkan seorang adik untuk menjadi temannya.
Pernah dia ceritakan padaku dulu, dia cemburu melihat kanak-kanak lain bermain dengan adik-beradik mereka ketika mama dan abah membawanya ke taman permainan. Jadi dia berterusan menempel dan memujuk mereka supaya memberinya seorang adik. Tanpa sesiapa sedari, pada waktu itu mama telahpun hamil. Sebaik sahaja mengetahui khabar itu, Baizura melonjak gembira tapi bukan mama.
Habis sahaja berpantang, mama terus bekerja seperti biasa. Baizura sudah tentu ke sekolah manakala aku dihantar pada pengasuh hinggalah umurku mencecah empat tahun. Bila dikenang semula, tiada satu pun memori indahku bersama orangtuaku. Namun aku mengerti semuanya apabila aku tahu kewujudanku di dalam rahim wanita yang bergelar mama itu adalah satu kesilapan.
"Baizura is more than enough for us. That child was a mistake!"
Masih kuat terngiang-ngiang kata-kata mama pada malam hari lahirku beberapa bulan lalu.
Prang!
Bunyi mangkuk steel yang sudah bertemu lantai itu mengejutkan aku yang sedang leka mengelap ketuhar. Apabila aku toleh Baizura sudah terduduk di lantai dan selamat bermandikan tepung. Hampir sahaja aku tergelak kerana rambutnya sudah bertukar putih.
"Sukalah tu! Bukannya nak tolong," Baizura mencebik sambil mengibas bajunya.
Aku tersenyum lucu sebelum langkah diorak menghampirinya. "I didn't mean to. Siapa suruh tak hati-hati. Kakak juga yang isi tepung tu banyak-banyak tadi. Padahal guna separuh je. Dah membazir," bebelku.
Baizura menayang muka cemberut. "It's my first time baking something!" Dia memeluk tubuh.
Aku geleng perlahan. Macam tidak percaya pula yang Baizura itu berusia 15 tahun, tua empat tahun dariku. Sungguh keanakan!
"Bangun," tangan aku hulur untuk membantunya berdiri.
Namun belum sempat tanganku disambut Baizura, ada tangan lain yang lebih laju menepis kasar tanganku.
"Sayang! Macam mana boleh sampai kena tepung ni? Terkejut mama tadi dengar bunyi kuat dari bilik air," ujar mama sambil menepuk lembut kepala Baizura, membuang sisa tepung disitu.
Setelah berjaya berdiri, Baizura hanya tayang sengihan tak bersalah. Mama mengeluh perlahan.
"Now go and clean yourself," arah mama padanya. Baizura mengangguk lalu mencicit lari ke bilik.
Setelah Baizura hilang dari pandangan, dapat aku rasakan satu jelingan tajam sedang menikam diriku.
"Lain kali jangan memandai nak tunjuk skill! Nasib baik tepung aje. Kalau pisau atau benda tajam lain, kau nak bertanggungjawab kalau apa-apa jadi pada Baizura?" Keras suaranya memarahiku. Namun tidak cukup kuat untuk membuatkan satu isi rumah mendengarnya.
Jika mama memarahiku beginilah selalu situasinya. Tiada Baizura. Dia tahu Baizura seorang yang protective. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan aku. Bukan tak pernah kakakku itu melenting gara-gara dia ternampak mama memukulku dengan hanger. Lama dia mogok daripada bercakap dengan mama dan abah. Sebab itu mama cuba mengawal ekspresi setiap kali aku ada bersama Baizura.
"Dah buat sepah kemas betul-betul!" Bahuku ditepuk kasar.
Aku yang dari tadi menunduk hanya mengangguk. Setelah mama berlalu, aku menarik nafas lega. Bahu yang terasa pedih aku gosok perlahan.
Terasa hati? Tak pernah lagi perasaan itu berganjak dari dalam hati selama aku bernafas. Sudah lelah untuk aku mengalirkan air mata.
Cukuplah walau hanya Baizura yang menghargai kewujudanku.
♡
Tanganku yang digenggam erat olehnya hanya dipandang kosong.
"Kenapa nak hantar adik duduk dekat sana? Tahun depan adik dah masuk sekolah menengah, boleh satu sekolah dengan kakak, kan?" Turun naik dada Baizura menahan emosi yang sedang membara.
Bukan pada aku tapi pada mama dan abah.
"Baizura sendiri tahu keadaan kesihatan dia macam mana, lagipun mama dengan abah sibuk kerja. Waktu cuti sekolah nanti kita pergi rumah atuk ya sayang," pujuk mama dengan lembut sambil mengusap lengan anak sulungnya itu.
"Kalau mama dengan abah sibuk, kakak boleh jaga adik!" Bentak Baizura.
Nenek yang lama duduk di sofa menarik lembut tangan Baizura ke arahnya. "Nenek dengan atuk janji tak pisahkan kakak dengan adik. Macam yang mama cakap tadi, mereka sibuk jadi, nenek dan atuk ada lebih masa untuk jaga adik. Kakak mesti nak adik sihat, kan?" Kepala cucunya itu diusap.
Atuk pula menepuk lembut bahu Baizura. "Rumah atuk sentiasa terbuka untuk kakak. Bila-bila pun kakak boleh datang jumpa adik. Jangan lawan mama dengan abah ya?"
Baizura menunduk berdiam diri beberapa saat sebelum mengangguk akur. Walaupun di dalam hati dia tahu mengapa adiknya ini dihantar untuk tinggal bersama atuk dan nenek. "Adik jaga diri. Nanti kakak datang kita pergi jalan-jalan." Ujarnya dalam sedih.
Berapa lama lagikah sebelum hal itu berlaku? Belum lagi aku pergi, aku sudah merindui kakakku ini.
Aku mengangguk. "Adik tunggu."
°
YOU ARE READING
[C] Bertemu Jodoh Kita
Romance[COMPLETE] Hidup Elnne Mahira jauh dari kata sempurna. Bukan sahaja sakit malah dibenci ibu bapa yang melahirkannya tetapi sebaliknya bagi Baizura, kakak kandung Elnne Mahira yang sangat menyayanginya. Namun semua keceriaan tidak kekal apabila kesih...