4

19 5 1
                                    

Dua hari aku terkurung di dalam bilik, sudah dinasihati supaya kurangkan pergerakan. Maka jarak yang mampu aku berjalan adalah sekadar dari katil ke bilik air. Walaupun kaki beransur sembuh, Baizura tetap menegah aku daripada berjalan di luar seorang diri.

Jadinya aku terperap di dalam bilik tanpa apa-apa yang boleh menghiburkan hati. Tiada signal, tiada internet dan tiada sebarang bahan bacaan. Letih aku asyik bangun dan tidur sahaja.

Baizura sudah ke bandar bersama Nadeera sejak pagi tadi lagi. Hari sudah bertukar senja dan kelibatnya masih belum kelihatan. Segala fikiran negatif aku cuba tepis, lebih baik aku bersiap untuk maghrib dari bersangka buruk.

Selesai berwuduk aku menyarung telekung. Baru sahaja hendak melabuhkan punggung ke katil, ketukan di pintu membantutkan aku.

Baizurakah?

"Assalamualaikum,"

Suara itu garau tapi aku mengecamnya. Luthfi. Perlahan-lahan aku berjalan ke pintu.

"Waalaikumsalam," aku menjawab salamnya sebaik sahaja pintu dibuka.

Terpampang si jejaka yang kacak berbaju melayu berwarna maroon itu. Kali terakhir kami bertemu adalah sewaktu dia merawat kakiku. Setelah itu dia tidak ke sini lagi.

"Awak nak apa?" Soalku padanya selepas tersedar aku merenungnya tak berkelip untuk beberapa saat.

"Baizura tak balik lagi?" Luthfi menyoal kembali. Mungkin ada urusannya dengan kakakku.

Aku menggeleng. "Awak ada nak cakap apa-apa pada dia ke? Saya boleh beritahu dia nanti," aku suruh dia meninggalkan pesan.

"Saya cuma tanya sebab dari siang tiada sesiapa masuk ke sini. Risau juga awak seorang-seorang dengan kaki yang sakit," balas Luthfi.

"Awak dah makan ke?" Tambahnya lagi.

"Tengah hari tadi dah makan roti. Makan malam ajelah yang belum," jujurku.

Mata Luthfi agak meluas. "Makan roti aje? Kenyang ke? Sekarang ni dah lebih enam jam awak tak makan," balasnya risau.

"Adalah kudap-kudapan yang Baizura sempat beli semalam. Lagipun saya tak makan banyak, cukuplah tu," selamba aku membidas.

"But you still haven't had a proper meal for today. Lepas isyak nanti awak tunggu kat luar ni, saya bawakan makanan." Katanya dengan tegas.

"Eh tak apa! Saya boleh maka..."

Laju dia memotong percakapanku. "Lepas isyak. Kat luar," tekannya sekali lagi.

Tidak berani hendak melawan aku akhirnya akur. Sejurus dia berlalu pergi selepas berpesan, azan maghrib berkumandang. Pintu bilik aku kunci dan terus bersedia untuk menunaikan solat.

Lima minit aku duduk di pangkin luar bilik, menunggu Luthfi. Kawasan chalet itu agak sunyi tetapi terang kerana mempunyai lampu di sepanjang laluan dari bukit hinggalah ke kedai cenderahati. Walaupun tiada signal telefon, aku masih bersyukur masih ada elektrik dan air yang mencukupi.

"Makanlah ni,"

Tanpa salam Luthfi muncul dan menghulur sepinggan nasi putih yang mempunyai seketul ayam goreng dan sedikit sayur.

Aku mengurut dada. "Lain kali bagi salam boleh tak?" Marahku. Makanan tadi disambut juga.

Luthfi tersengih tak bersalah sebelum melabuhkan punggung di hujung pangkin. Menjaga jarak. Secawan air diletakkan antara kami.

Dengan lafaz bismillah, nasi selamat masuk ke dalam mulut. Bibir tersenyum dan mata terpejam. Nikmat sungguh dapat makan nasi! Walaupun lauknya hanya ringkas, tetapi kesedapan yang terasa tiada tandingan. Lebih-lebih lagi ketika perut sedang lapar begini.

[C] Bertemu Jodoh KitaWhere stories live. Discover now