7

17 5 9
                                    

Luthfi menghulurkan secawan kopi pada Baizura yang sedang termenung jauh. Kopi yang masih panas ditekap sekilas pada pipi gadis itu.

"Aduh! Luthfi!" Baizura menjeling tajam jejaka itu.

"Bukan salah aku, kau yang mengelamun. Lenguh tangan aku hulur kopi ni daripada tadi," bidas Luthfi seraya melabuhkan punggung di sebelah Baizura.

Kopi yang dihulur terus disambut. Kawasan taman yang riuh-rendah dengan manusia itu langsung tidak menarik perhatian Baizura.

"Kau fikirkan apa? Ajak aku lepak tapi termenung. Tiada fungsi aku di sini," perli Luthfi. Kopinya dihirup sedikit.

"Aku fikirkan adik aku," jawab Baizura tanpa nada.

Kening Luthfi terangkat. "Adik? Oh ya, aku baru teringat yang kau ada adik. Daripada zaman sekolah lagi aku selalu datang rumah kau tapi tak pernah jumpa atau nampak dia."

"Sebelum dia masuk sekolah menengah dia pindah untuk tinggal dengan atuk dan nenek aku," jawab Baizura, matanya tunduk merenung kopi di tangan.

Luthfi mengangguk faham. "So, what about her?"

"Doktor anggarkan dia ada masa lebih kurang setahun aje lagi," Baizura mengetap bibirnya.

Luthfi terdiam, tidak tahu mahu membalas apa mendengarkan khabar itu daripada Baizura.

"You good?" Soal Luthfi teragak-agak.

Baizura tersenyum hambar sambil mengangguk perlahan. "I am. Very good. Very healthy. Manakala dia sebaliknya, how unfair is that."

"Hei, kau tak boleh cakap begitu. Seolah-olah kau salahkan takdir. Semua ini dah tertulis," Luthfi memujuk lembut kawan baiknya itu.

"Aku tak ada niat pun hendak salahkan takdir, Mika. Ini cuma apa yang aku rasa. Kami adik beradik kandung tapi yang tinggal dengan ibu bapa kami hanya aku seorang manakala dia bersama atuk dan nenek. Aku sihat tapi dia sakit sejak kecil. Aku dapat sambung belajar tapi dia terpaksa pilih jalan yang sedia ada untuk dia." Omel Baizura dalam keadaan celaru.

"I... didn't know that," Luthfi menunduk.

"Aku tak pernah cerita, kan? Tapi apa yang aku cakap tadi cuma separuh daripada kenyataan sebenar," ujar Baizura sambil memandang Luthfi.

Luthfi mengangkat kepala. "Maksud kau?"

"Bila masanya dah tiba, kau akan tahu." Balas Baizura perlahan dengan senyuman kecil. Kopinya yang sudah suam diminum.

Mereka berdua membuang pandangan pada khalayak yang sedang bersuka ria bersama keluarga masing-masing. Taman tersebut memang akan penuh pada malam hujung minggu. Hari cuti untuk meluangkan masa bersama keluarga.

"Mika, may i ask you a favor?" Soal Baizura.

Lambat-lambat Luthfi mengangguk. "What is it?"

"Sekiranya terjadi apa-apa pada aku, kau tolong jagakan adik aku." Ujar Baizura serius.

"Wow... I didn't expected that," Luthfi agak terkejut.

"Ini kali terakhir aku minta tolong pada kau," nada suara Baizura bertukar sayu.

"Berat permintaan kau ini, Zura. Aku tak kenal pun adik kau, macam mana aku nak jaga dia? Lagi satu, kau nak pergi mana? Kenapa kau tak jaga adik kau sendiri? Atuk dan nenek kau dah memang jaga dia sejak dulu, kan? Parents kau pun ada. Jadi, kenapa kau nak aku, orang asing pada dia ini juga untuk jaga dia?" Bertalu-talu Luthfi menyoal.

Baizura menghela nafas. "Aku tak boleh jawab semua itu sekarang. Aku ada alasan kenapa aku minta tolong pada kau. Kau akan faham nanti."

"Aku tak nak faham nanti, aku nak faham sekarang! Kau nak aku jaga adik kau jadi, kau dah libatkan aku dalam hal ini." Keras suara Luthfi berkata.

[C] Bertemu Jodoh KitaWhere stories live. Discover now