Mata aku buka dan siling yang kosong menerjah pandangan. Aku terus bangun dari pembaringan.
"Macam mana aku boleh ada di atas lantai?" Aku bermonolog sendiri. Kemudian aku melihat sekeliling.
Kosong. Tiada apa. Tiada sebarang perabot mahupun dekorasi. Namun aku tahu tempat ini. Ini adalah bilik aku dan Baizura. Aku berada di rumah mama dan abah.
Aku berdiri lalu melangkah keluar. Seperti yang dijangka ruang tamu dan dapur juga kosong. Seolah-olah rumah ini sudah tinggalkan tetapi masih cantik dan bersih dalamannya.
Sedang asyik aku melihat ke segenap ruangan rumah ini, mata menangkap satu susuk tubuh sedang berdiri di balkoni. Susuk yang sangat aku kenali.
"Kakak!" Aku memanggilnya.
Dia menoleh lalu tersenyum. "Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam." Aku menapak menghampirinya.
"Adik apa khabar? Ada rasa sakit-sakit lagi tak?" Soal Baizura.
"Adik okey. Kenapa kakak tanya macam sudah lama saja kita tak jumpa?" Aku kehairanan.
"Saja tanya. Nak berbual," balas Baizura sambil tersengih.
Aku tidak pasti apa yang sedang berlaku sekarang. Kenapa rumah ini kosong? Kenapa Baizura berpakaian serba putih? Sedangkan dia anti memakai pakaian yang berwarna cerah kerana mudah terkena kotoran.
Dan kenapa aku rasa terlalu jauh dengan Baizura? Walhal lagi beberapa langkah aku sudah boleh menyentuhnya.
"Berhenti tertanya-tanya dan mula terima segalanya," ujar Baizura.
Aku tercengang.
"You've been curious about your whole life since you were kid. You can stop that now and just enjoy your life to the fullest," ujarnya lagi.
"Apa maksud kakak?" Soalku.
Dalam sekelip mata Baizura sudah berada di hadapanku. "Bila waktunya sudah tiba, adik akan faham."
Aku terkaku. Ini mimpikah?
"Adik jaga elok-elok ya. Ini sahaja yang kakak mampu bagi pada adik," tangannya menyentuh dada kiriku.
"Apa yang kakak cakap ini? Adik tak fahamlah," sudah berkerut seribu kening dan dahiku.
"Ingat apa yang kakak sudah pesan pada adik selama ini. Peluang tak datang untuk kedua kali so, just grab it and go! Jangan toleh belakang," Baizura menegaskan kata-katanya.
Aku hanya diam tidak menjawab. Sesungguhnya aku dalam kekeliruan. Adakah aku sudah gila?
Tidak semena-mena satu kucupan hinggap di dahiku. Aku terus terpegun. Wajah Baizura yang berseri itu aku pandang.
Baizura mulai berundur menambahkan jarak antara kami. Aku meneguk air liur menanti apa yang bakal terjadi.
"Terima kasih sebab sudi jadi peneman kakak selama ini! Kakak sayang adik sangat-sangat," satu senyuman yang sangat indah menghiasi wajahnya.
Tidak sempat aku membalas, Baizura terus lesap dari pandangan. Berkali-kali aku menjerit memanggilnya tetapi tiada sebarang sahutan. Tiba-tiba pandanganku menjadi kabur. Kepala berpinar dan nafas menjadi lemah lalu aku terus terkulai di atas lantai.
Telinga menangkap suara-suara yang sedang membaca sesuatu. Walaupun sayup aku tahu mereka membaca surah yasin. Tidak pasti sama ada aku masih hidup ataupun sudah hampir ke alam yang seterusnya. Ya Allah, adakah sudah sampai waktuku?
"Abang, adik menangis!" Nenek berkata pada atuk.
Terasa ada jari yang mengesat air mata yang mengalir di hujung mataku.
YOU ARE READING
[C] Bertemu Jodoh Kita
Romance[COMPLETE] Hidup Elnne Mahira jauh dari kata sempurna. Bukan sahaja sakit malah dibenci ibu bapa yang melahirkannya tetapi sebaliknya bagi Baizura, kakak kandung Elnne Mahira yang sangat menyayanginya. Namun semua keceriaan tidak kekal apabila kesih...