21

9 3 0
                                    

Doktor yang memantau kondisi aku sejak aku dimasukkan ke wad semalam selesai memeriksa.

"Berdasarkan pemantauan kami dan juga rekod puan Mahira dari hospital di tempat tinggal sebelum ini, puan mengalami rejection."

Aku mengangguk faham. Sudah sedia tahu bahawa memang itu jawapannya.

"Rejection? Apa maksudnya? Teruk ke doktor? Fasa rejection ini bahaya tak untuk isteri saya?" Soal Luthfi bertalu-talu.

"Rejection ini ada banyak jenis. Ada orang yang mengalami rejection tanpa sebarang simptom dan ada orang yang mengalami rejection yang teruk. Simptom rejection juga banyak tapi tak semua alami. Semua ini ada banyak kemungkinan. Sama ada ia berlaku disebabkan jantung itu dari seseorang yang berlainan jantina atau jantung itu dari seseorang yang lebih tua atau lebih muda dan lain-lain. Sebab itu selepas pesakit menjalani pembedahan transplantasi, mereka perlu makan ubat yang ditetapkan untuk selamanya bagi mengelakkan rejection berlaku. Tapi kami cuma doktor yang memberi saranan. Jika berlaku sebaliknya, itu semua ketentuan Allah." Jelas doktor itu panjang lebar.

Lambat-lambat Luthfi mengangguk. "Bahaya juga," ujarnya perlahan.

"Memandangkan encik dan puan baru sahaja berkahwin, saya nasihatkan jangan merancang untuk mendapatkan cahaya mata buat masa sekarang. Saya harap encik dan puan dapat bersabar," balas doktor itu.

"Baik doktor. Saya tak kisah pun pasal itu. Yang saya tahu saya nak isteri saya sihat aje," jawab Luthfi.

Doktor itu mengangguk lalu meminta diri beredar.

"No wonder waktu kita jumpa di kampung Dee dulu awak nampak lemah dan kerap pengsan. Kakak awak pun tak bagitahu yang awak sakit," ujarnya.

"Nasib baik saya ikut cakap umi untuk bawa awak datang sini. Kalau tak saya tak tahu yang awak ada sakit kronik begini," Luthfi menghela nafas.

"Rasanya nenek pernah cakap tentang saya masa awak datang di kenduri arwah dulu," balasku.

"Yes she did. Dia kata awak baru lepas jalani pembedahan jantung waktu itu. And i didn't expected it to be a heart transplant surgery," jawabnya.

Aku menunduk memandang jari jemari sendiri. "Saya minta maaf sebab tak pernah bagitahu tentang sakit saya,"

"Sayang, saya tak marah pun awak tak beritahu saya. Salah saya sendiri sebab tak pernah tanya secara terperinci. But i'm glad i can be with you at time like this. Saya tahu awak tak beritahu saya sebab tak mahu saya risau tentang awak. Mulai sekarang, saya akan jaga awak dengan lebih baik." Luthfi mengambil tangan aku lalu dikucup dan diusapnya.

Aku pandang dia bersama senyuman kecil selepas dia cuba menghiburkan aku. Beberapa minit kami diam sebelum dia bersuara semula.

"Saya nak tanya. Siapa penderma jantung untuk awak ini?"

Soalannya itu membuatkan jiwa aku seakan ditusuk sesuatu.

"Kenapa... kenapa awak nak tahu?" Tergagap aku menyoal kembali.

"Saya cuma nak berterima kasih pada ahli keluarga dia. Kalau bukan sebab dia mungkin tiada jodoh antara saya dengan awak," jawab Luthfi dengan senyuman kecil.

Aku mengalihkan pandangan darinya lalu meneguk air liur. Sungguh perit untuk aku menelannya.

"Saya... tak tahu. Pihak hospital kata prosedur mereka tidak membenarkan apa-apa maklumat mengenai penderma diberitahu pada sesiapa. Termasuk si penerima," jawabku separa jujur.

Luthfi mengangguk faham. "Tak apalah kalau begitu. Saya doakan semoga dia mendapat ganjaran yang selayaknya kerana sudah menyelamatkan satu nyawa yang berharga untuk saya," balasnya.

[C] Bertemu Jodoh KitaWhere stories live. Discover now