24

17 3 0
                                    

Luthfi menghulurkan duit selesai memilih kuih muih. Baru sahaja dia hendak pergi seseorang menegurnya.

"Luthfi Mikael?"

Luthfi menoleh dan serta merta keningnya berkerut. "Yazid,"

Yazid berjabat tangan dengan Luthfi. Mahu tidak mahu Luthfi turut berbuat demikian.

"Kau seorang aje?" Soal Yazid.

Luthfi jawab dengan satu anggukan.

"Isteri kau mana?" Yazid bertanya lagi.

Luthfi mengeluh sambil menggulingkan matanya ke atas. "Kau ini sibuk aje nak tahu pasal isteri orang. Mahira ada di rumah mama dan abah."

Mata Yazid sedikit membulat kerana terkejut. "Rumah parents dia?"

"Ya, kami bermalam di sana sebab semenjak kahwin tak pernah lagi ziarah mereka." Jawab Luthfi.

"Siapa aje yang ada di rumah itu?" Soal Yazid.

Luthfi membuat riak hairan. Banyak pula tanya si Yazid ini.

"Abah kerja, sekejap lagi baru balik. Mahira berdualah dengan mama," jawab Luthfi.

Yazid mengetap bibir dan memejam mata.

"Kau kenapa?" Soal Luthfi.

"Aku nak cakap sikit dengan kau. Ada hal penting yang kau kena tahu," ujar Yazid.

"Hal apa pula?"

Yazid terus menarik lengan Luthfi ke bawah pohon untuk berteduh.

"Memandangkan kau tak pernah contact aku, aku assume kau masih belum tahu." Ujar Yazid.

Luthfi mengeluh kasar. "Assume apa? Kau cakap straight to the point boleh tak?"

Yazid menghela nafas. "El tinggal dengan atuk dan nenek bukan hanya sebab dia sakit tapi sebab parents dia tak nak jaga dia."

Riak Luthfi terus berubah.

"Dulu Baizura pernah cerita yang El lahir sebab dia. Dia minta pada mama dia seorang adik tapi dia tak sangka yang hidup El tak macam dia. El sakit sejak kecil lagi sebab itu dia betul-betul jaga El. Pada Baizura, kalau adik dia tak lahir mesti hidup adik dia tak sengsara." Ujar Yazid.

Jantung Luthfi bagai mahu jatuh mendengarkan semua ini.

"Biarpun tak pernah didera melalui fizikal, mama dia selalu dera El secara mental. Aku tak mahu burukkan lagi mama dia jadi, kau faham-fahamlah." Sambung Yazid.

Luthfi mengetap rahang dan mengepal penumbuk. Terasa sangat tidak berguna apabila orang asing yang menceritakan semua ini.

"Luthfi, macam mana kau nampak El sayangkan kakak dia, begitu jugalah sayangnya Baizura pada El. Dia sanggup buat apa saja untuk El. Dia sanggup lawan parents dia demi mempertahankan El. Atuk dan nenek dia pun sama. Aku yakin masih ramai yang sayangkan El tapi aku takut semuanya dibutakan gara-gara mama dia." Ujar Yazid.

"Tapi selama dua hari kami di sana layanan mama baik aje. Tiada apa yang mencurigakan," Luthfi bersuara.

Tangan Yazid naik ke bahu Luthfi. "Manusia boleh berlakon. Ada manusia yang lebih dari satu muka. Sebab itu aku nak kau tahu tentang ini. El kawan aku tapi kau suami dia. Kau yang selayaknya lindungi dia. Jangan sampai kita semua hilang El, Luthfi."

Mengapa sekarang? Mengapa baru sekarang semuanya terbongkar?

Aku berpaling memandang mama. Riaknya sinis menatap aku. Seperti mencabar. Jadi aku balas tatapannya dengan berani.

[C] Bertemu Jodoh KitaWhere stories live. Discover now