18

14 3 0
                                    

Angin laut yang bertiup aku nikmati penuh ketenangan tanpa suami tercinta disisi. Nasib baik dia mahu membeli kudap-kudapan yang dijual di tepi jalan itu. Kalau tidak asyik melekat saja dengan aku. Rimas itu adalah sedikit tapi lebih kepada malu aku rasa. Maklumlah kami masih pengantin baru dan aku juga tak pernah bercinta sebelum ini. Jadi aku sangat memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan hidup yang baru.

"El? Elnne Mahira?"

Teguran seseorang itu membuat aku menoleh. Seorang lelaki sedang berdiri dengan jarak lebih kurang tiga meter dari aku.

Aku tidak menjawab sapaan itu malah, aku pandang dia dengan kening yang terangkat. Tidak lupa juga aku lihat dia dari atas ke bawah untuk beberapa kali.

"Betul kan? Elnne Mahira?" Soalnya sekali lagi.

Teragak-agak aku mengangguk sebagai jawapan.

Lelaki itu terus tersenyum lebar. "Kau tak ingat aku? Aku Yazid lah,"

Kali ini kening aku berkerut cuba mengingati gerangan yang bernama Yazid di depan ini.

Tangan aku tepuk sekali setelah berjaya mengimbas memori beberapa tahun lalu.

"Yazid Akram, anak makcik Ros. Rumah yang betul-betul di simpang itu, kan?" Aku pula cuba menebak.

Yazid mengangguk laju. "Betul! Wah, tak sangka terserempak dengan kau di sini."

"Itulah pasal. Kau datang sini kerja atau bercuti?" Aku cuba mengajaknya berbual.

"Bercuti tapi sekejap ajelah sebab esok aku nak balik jumpa mak aku. Minggu depan aku sudah mula kerja jadi, nak berehat puas-puas sekarang." Jawabnya.

Aku mengangguk faham. "Yalah, habis aje spm dulu kau terus pindah Johor, kan? Itu yang aku lupa pasal kau."

Yazid tertawa. "Aku faham. Aku pun tak sangka akan jumpa kau macam ini."

Aku tersenyum sedikit. Yazid adalah kenalan sejak kecil yang agak rapat dengan aku dan Baizura. Dia juga banyak menjaga aku ketika di bangku sekolah dulu. Walaupun dia tua dua tahun dari aku, itu tidak menghalangnya untuk sentiasa peka dengan keadaan aku.

"By the way, takziah atas pemergian kakak kau. Aku baru tahu waktu aku balik rumah lama kelmarin," ujarnya.

"Tak apa, aku sudah redha dia pergi. Dia sudah selalu bersusah sebab jaga aku jadi, aku nak dia tenang di sana." Balasku seraya membuang pandangan ke air laut yang berombak.

"Dan aku dengar kau sudah kahwin. Betul ke?"

Aku pandang cincin yang tersemat di jari manis sebelum mengangguk.

"Tahniah, El! So, datang sini honeymoon lah?" Yazid memandang aku dengan pandangan mengusik.

Pipi aku terasa bahang. "Alang-alang dekat dengan rumah apa salahnya? Lagipun suami aku bukan orang sini. So, boleh juga bawa dia bersiar-siar."

"Faham. Sorry sebab aku tak datang. Aku kerja di hari kau nikah itu," ujarnya.

"Eh tak apa, lagipun aku buat majlis kecil-kecilan aje di rumah atuk. Tapi next week ada majlis bersanding di Kuala Lumpur. Kalau kau kelapangan datanglah," jemputku.

Yazid mengangguk perlahan. "Insha-Allah."

"Kau sudah ada calon ke? Lama tinggal di Johor takkan tak ada yang berkenan," usikku.

Dia diam seketika sebelum senyum segaris. "Jodoh belum sampai lagi, El. Kalau ada, adalah. Aku tak kisah pun,"

Aku pula yang terdiam. Pasrah sungguh ayatnya. Baru putus cintakah?

[C] Bertemu Jodoh KitaWhere stories live. Discover now