22

10 3 0
                                    

Buku surah Yaasin aku cium selesai membacanya. Batu nisan yang tertulis nama Baizura berserta tarikh pemergiannya aku pandang. Aku hela nafas lalu menarik senyum segaris.

"Tak sangka sudah setahun kakak tinggalkan kami. Maaf sebab tak selalu datang ziarah. Dulu jauh tapi sekarang adik sudah tinggal dekat, Insha-Allah bila ada masa adik datang." Ujarku.

Luthfi menyentuh batu nisan yang berbalut kain kapan itu. "Terima kasih Zura. Kalau bukan kerana kau mungkin aku tak kahwin lagi sekarang. Aku janji aku akan jalankan segala amanah yang kau beri pada aku. Aku akan lindungi Mahira dengan nyawa aku," ujarnya.

"Lagi satu, kau janganlah marah bila kami lama tak ziarah. Ini pun ambil masa dua bulan untuk datang sebab client umi makin bertambah sekarang. Harap kau fahamlah, ya kak ipar?" Luthfi tersenyum lucu.

Kemudian aku meminta izin pada Luthfi untuk berseorangan di sini. Ingin berbual 'berdua'. Luthfi mengangguk faham lalu meninggalkan aku dan menunggu di pintu pagar.

"Kakak, mama memang takkan pernah sayangkan adik, kan? Dia masih tak boleh terima yang kakak sudah tiada. Adik tak tahu nak buat apa lagi supaya mama maafkan adik. Dan adik sendiri tak pasti sama ada adik mampu untuk maafkan mama atau tidak. Adik bukan anak derhaka, kan?" Air mata aku menitis jatuh ke buku surah Yaasin di riba.

Lama aku diam melayan perasan sayu sebelum aku mengesat air mata lalu mengukir senyum semanis yang boleh.

"Kakak tahu tak? Abah sudah baik dengan adik sekarang. Seminggu sekali mesti dia datang ziarah adik di rumah umi dan ayah. Abah tak tahu macam mana nak tebus salah dia tapi dia cuba buat adik happy setiap kali adik dengan dia. Kakak pun happy, kan?" Batu nisannya aku usap.

"Adik doakan kakak ditempatkan di kalangan orang beriman. Adik sangat hargai semua pengorbanan kakak untuk adik. Adik takkan lupakan kakak, nanti adik ajak suami adik datang lagi, ya."

Seusai itu aku bangun lalu menyiram kuburnya sebelum berjalan ke arah Luthfi. Dia mengambil buku surah Yaasin dan jag dari tangan aku.

"Sudah lepas rindu?" Soalnya. Aku senyum kecil dan mengangguk.

"Let's go then. Saya nak bawa awak pergi satu tempat," ajak Luthfi.

Kening aku berkerut. "Pergi mana?"

Aku dan Luthfi jalan beriringan sambil berpegangan tangan di kawasan tasik yang tidak terlalu ramai orang. Mungkin faktor hari bekerja. Untung cuaca pada hari ini redup, kalau tidak memang aku takkan jejak kaki di sini.

"Kenapa bawa saya datang sini?" Soalku ingin tahu.

"Saja. Nak date dengan isteri saya," jawabnya dengan sengihan.

Aku tawa kecil seraya menggeleng. "Ada-ada ajelah dia ini,"

Lebih kurang dalam tiga minit berjalan, Luthfi menarik aku ke arah lain. Tak sempat aku tanya, mata aku sudah ditutup dengan tapak tangannya.

"Eh kenapa pula ini? Kenapa tutup mata saya?" Soalku.

"Saya ada surprise. Kalau awak nampak dulu tak jadilah nanti. Sabar tau," jawabnya seraya menyuruh aku berjalan bersama dia di belakang aku.

Kemudian Luthfi menahan langkahku. Sudah sampailah ini.

"Ready? 1, 2, 3!" Jeritnya teruja. Mata aku buka selepas dia melepaskan tangannya.

Aku terpegun. Sejambak bunga yang terselit coklat di dalamnya dan makanan kesukaan aku terhidang di atas tikar. Tidak lupa beberapa biji belon yang tertulis 'i love you'.

[C] Bertemu Jodoh KitaWhere stories live. Discover now