3

20 5 10
                                    

Aku menghempaskan badan ke katil. Sangat selesa rasanya selepas mandi. Baizura di katil sebelah aku lihat sedang khusyuk dengan laptop. Sesekali dia tersenyum kecil.

Keningku berkerut. "Tengok apa tu?"

"Gambar-gambar tadilah. Adik dengan Luthfi nampak serasi," ujarnya.

Aku bangkit dari baringan lalu ke sebelahnya. Skrin laptop dilihat, gambar-gambar tadi terpampang besar. Dari pakaian kami, pemandangan latar dan sekeliling hingga suasana dan pencahayaan yang baik memberi hasil yang cantik.

Di mataku ianya sangat memuaskan hati.

"Jatuh cinta tak dengan Luthfi?"

Terbeliak mataku. Laju aku menoleh pada Baizura. Soalan apakah itu?

"No, I'm not falling for your ex!" Suaraku memenuhi ruang bilik.

Baizura menjulingkan mata ke atas. "Kalau dia bukan bekas kekasih akak, will you fall for him?"

Soalan itu hampir kedengaran seperti satu cabaran. Aku diam tidak menjawab. Sebaliknya aku meneliti gambar-gambar di skrin laptop.

Aku tak tahu sama ada ianya kerana pembawakan suasana atau keselesaan kami yang sedang berbual sewaktu gambar diambil, kami nampak bersatu dengan alam semulajadi. Seperti pasangan bercinta.

Mataku terhenti pada gambar di air terjun di mana aku hampir jatuh dan Luthfi memaut pinggangku.

Wajahku mula memanas bila teringat situasi kami waktu itu. Tiada jarak langsung antara kami.

"I almost yell when he did this," kata Baizura seraya menekan gambar yang aku sedang lihat. Macam tahu-tahu saja aku sedang mengulang tayang peristiwa itu di dalam otak.

"Tapi akak teruskan sebab adik dengan dia nampak natural. Macam dah lama kenal," sambungnya lagi tanpa nada.

Aku ingat lagi sewaktu makan malam tadi. Luthfi dimarahi Baizura mengenai babak itu. Cemburu kerana bekas kekasih menyentuh adiknya atau butang protective dalam dirinya ditekan tanpa sengaja gara-gara lelaki bukan mahram menyentuhku secara tiba-tiba, aku juga kurang pasti.

Aku tidak bertanya, tidak mahu dianggap penyibuk walaupun oleh kakak sendiri.

"I approve you with him," kata Baizura seraya menutup skrin laptop.

Keningku berkerut rapat. Baizura aku pandang dari atas ke bawah. Buang tabiatkah Baizura malam ini?

"He might be single but he's still your ex. Adik tak nak ada kaitan dengan dia," balasku. Sungguh aku tak selesa dikenenkan begitu.

Aku terus bangun dan baring di katilku. Bersedia melelapkan mata kerana aku sudah menguap beberapa kali sejak tadi. Baizura itu pun kalau makin dilayan makin mengarut.

"Little did you know..."

Telinga aku sempat menangkap keluhan perlahan dari Baizura sebelum aku masuk ke alam mimpi.

Pagi menjelma dan sekarang kami berempat berada di ladang teh. Lokasi seterusnya untuk penggambaran. Baizura beritahu yang hari ini dia akan merakam video.

Berempat? Ya, masih aku, Baizura, Nadeera dan Luthfi.

Hari ni aku masih memakai gaun, cuma lebih ringan dan selesa. Berbeza dengan yang semalam. Mungkin kerana aku perlu banyak bergerak nanti.

Luthfi pula memakai suit berwarna krim tanpa tie. Hanya butang kemeja yang paling atas terbuka gaya kasual. Rambutnya yang berwarna coklat gelap itu juga distail rapi ke atas menampakkan wajah yang tampan.

[C] Bertemu Jodoh KitaWhere stories live. Discover now