23

9 3 0
                                    

Aku duduk termenung di tepi tingkap sambil memeluk tubuh. Angin agak kuat meniup pohon-pohon yang rendang di luar aku pandang dengan riak kosong. Keadaan atuk dan nenek sudah stabil, doktor juga mengatakan yang mereka akan sedar tak lama lagi.

Aku bersyukur kerana umur atuk dan nenek dipanjangkan lagi. Namun sejak aku menetap di rumah atuk dan nenek, aku kerap berasa tidak sedap hati. Hari ini ialah hari ke empat. Mungkin juga faktor aku sedang demam membuatkan perasaan dan emosi aku tidak menentu.

Umi, ayah, Luthfi dan abah melarang aku ke hospital kerana bimbang demam aku akan berlanjutan. Aku juga tidak mahu memberi jangkitan pada pesakit-pesakit di sana. Oleh itu, aku bersendirian di rumah. Tadi Luthfi keluar katanya hendak belikan bubur tapi masih belum kembali.

Beli bubur atau masak bubur pun aku tak tahulah. Tepat waktunya perut aku berkeroncong tapi makanan masih belum tiba. Jadi aku ke dapur minum air sahaja.

"Reti pun keluar bilik. Aku fikir kau nak terperap di dalam itu sampai mati," tegur mama.

Mujur aku sempat menelan air yang sudah memasuki rongga tekak. Jika tidak memang sudah tersembur.

"Kenapa Mahira nak keluar kalau mama sendiri tak nak tengok muka Mahira?" Balasku tanpa nada.

"Memang aku tak nak pun kau ada depan mata aku tapi manalah tahu tiba-tiba terkena serangan jantung pula dalam bilik itu. Tak pasal-pasal aku yang kena soal jawab nanti," mama tersenyum sinis.

"Mama jangan risau. Kalau Mahira rasa nak mati sekalipun, Mahira takkan mati depan mama. Takut mama serba salah pula," bidasku.

Mama tertawa besar. "Aku? Aku rasa serba salah? Kenapa pula aku? Kau itu yang patut rasa bersalah sebab bunuh Baizura. Tak cukup dengan itu kau tikam pula dia dari belakang dengan cara berkahwin dengan boyfriend dia. Inilah adik kesayangannya yang buat dia sanggup berkorban apa sahaja. Jadi, kau atau aku yang kena rasa serba salah?" Balasnya.

"Mahira mengaku semuanya berpunca dari Mahira. Mahira pun sudah pasrah dan redha, tinggal tunggu aje apa lagi balasan yang Allah nak bagi selepas ini. Tapi andai suatu hari nanti Mahira mati disebabkan mama, mama sudah bersedia nak terima balasan ke? Mama yakin mama boleh hadap apa yang Mahira hadap selama ini? Mama rasa mama boleh bertahan hidup dengan perasaan sedih, bersalah, kecewa dan menyesal sampai bila-bila?" Aku menjawab.

Entah kenapa tiba-tiba sahaja berani kali ini. Biasanya setiap kali aku berdua dengan mama sudah menggeletar satu badan. Fikir nak lari aje.

Mama menatap aku tajam tanpa membalas. Mungkin terkejut sebab aku melawan.

Aku melangkah mahu kembali ke bilik tapi mama menahan lengan aku.

"Kita tengok siapa yang mati dulu. Kau atau aku?" Bisiknya dengan nada sedikit keras.

Aku pandangnya dengan hujung mata. "I have been ready for it since i were kid. Mama sudah bersiap sedia ke?"

Tangan aku dilepaskan lalu mama terus pergi. Aku menghela nafas seraya memejam mata buat beberapa saat. Apa lagi agaknya nak jadi...

Pintu wad yang sudah terbuka itu aku terjah tanpa sabar. Nafas yang agak mencungap aku abaikan.

"Nenek! Atuk!"

Aku berlari anak ke arah dua susuk tua yang sedang duduk di atas katil, seperti menanti kehadian pelawat. Aku menjadi terburu-buru kerana aku baru mendapat tahu atuk dan nenek sudah sedar selama dua hari dan pagi tadi mereka dialihkan ke wad biasa. Alang-alang demam sudah kebah aku terus berkeras hendak ke mari.

Aku genggam tangan nenek sebelum mengucupnya. Wajah tua yang sedang tersenyum itu aku pandang.

"Adik takut adik tak dapat jumpa nenek dengan atuk lagi," ujarku dengan bibir yang mencebik.

[C] Bertemu Jodoh KitaWhere stories live. Discover now