"Elnne Mahira!" Suara yang menjerit memanggil namaku itu mengejutkanku. Mujur saja aku tidak tercekik ubat yang sedang dalam perjalanan melalui esofagus. Air di dalam cawan diteguk sekali lagi sebelum kepala menoleh ke arah empunya suara.
Tak sempat aku menyapa, Baizura sudah memelukku dengan erat. Rindu? Harus sahaja dia merindui aku. Tiga bulan kami tidak berjumpa gara-gara dia sibuk menghabiskan assignment untuk ijazahnya.
"I miss you so much, sis!" Dia mengucup kepala aku dengan geram. Rindu sangat ni nampaknya.
Aku tersenyum sambil membalas pelukannya. "I miss you too, kakak."
Bukan senang nak biasakan diri berjauhan begini lebih-lebih lagi jika mempunyai seseorang yang protective seperti Baizura. Sembilan tahun dahulu adalah tempoh masa yang amat sukar buatku. Selepas tinggal bersama atuk dan nenek, aku selalu homesick. Bukan merindui orangtua tetapi Baizura.
Namun setelah menginjak dewasa, kami terbiasa dengan keadaan ini. Memahami. Walaupun jarang bertemu, kami masih berhubung. Hampir setiap hari. Selalunya memang Baizura yang menghubungiku terlebih dahulu. Hanya dua sebab. Satu, dia rindu. Kedua...
"Ubat dah makan?" Soal Baizura seraya melerai pelukan dan duduk di kerusi bertentanganku.
Ya, dialah penggera yang sering mengingatkan aku agar tidak lupa makan ubat.
Aku mengangguk sambil mengangkat botol ubat yang berada di sebelah cawan.
"Kakak punya assignment semua dah selesai?" Soalku pula.
"Ada satu lagi. But that one require me to travel." Jawab Baizura dengan malas.
Dahiku berkerut sebab setahu aku Baizura mengambil course berkaitan photografi. "Kenapa sampai kena travel? Sounds troublesome to me." Ujarku kehairanan.
Maklum sahaja aku tiada pengetahuan dan pengalaman untuk hal begitu. Oleh kerana kesihatan yang tidak mengizinkan, atuk dan nenek menegah aku daripada sambung belajar. Bukanlah mereka tidak mahu melihat aku berjaya, mereka cuma risau jika aku berjauhan.
Penyakit yang berkaitan dengan jantung bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan. Pada umur dua belas tahun aku disahkan menghidap sakit lemah jantung. Sejak kecil lagi aku memang kerap sakit tetapi hal itu hanya diambil enteng oleh orangtuaku. Mereka hanya berikan aku panadol atau hanya ketika Baizura berkeras sahaja mereka membawaku ke klinik. Itupun tiada pemeriksaan lanjut dilakukan dan aku hanya diberikan ubat biasa.
Kondisi aku yang begini membuatkan aku tidak pernah aktif dalam mana-mana aktiviti sukan. Sewaktu disekolah dulu juga jika waktu pendidikan jasmani aku cuma menjadi penonton ataupun melakukan senaman ringan sahaja. Sehingga pada suatu hari aku pengsan di sekolah. Aku terus dikejarkan ke hospital kerana nadiku sangat lemah ketika diperiksa oleh cikgu.
Cukup sekali kejadian itu berlaku, atuk dan nenek tidak mahu ianya berulang lagi. Trauma dibuatnya. Jadi aku hanya menurut keputusan mereka. Lagipun aku lebih selesa dengan diriku sekarang. Bekerja dengan atuk dan nenek. Meluangkan masa dengan melakukan apa yang aku suka.
"Hah!" Sergahan Baizura itu memadam segala flashback difikiranku.
"Kenapa?" Risau juga kalau kakak aku ni tiba-tiba disampuk setan. Memandangkan hari sudah masuk maghrib.
Baizura tersenyum penuh misteri. Aku menelan air liur. Apa pula dia nak dari aku ni...
"How about we travel together?" Cadangnya penuh teruja. Aku mengangkat kening. "We... travel?"
Baizura mengangguk beria-ria. "Kita tak pernah lagi pergi bercuti berdua. Let's call it sisters' bonding time! Macam mana?"
Aku diam untuk beberapa minit. Ketika aku leka berfikir, nenek muncul di dapur.
YOU ARE READING
[C] Bertemu Jodoh Kita
Romance[COMPLETE] Hidup Elnne Mahira jauh dari kata sempurna. Bukan sahaja sakit malah dibenci ibu bapa yang melahirkannya tetapi sebaliknya bagi Baizura, kakak kandung Elnne Mahira yang sangat menyayanginya. Namun semua keceriaan tidak kekal apabila kesih...