16

9 3 0
                                    

Muka aku tekup ke bantal seraya menjerit. Kemudian aku terlentang di atas katil. Jantung yang berdebar membuatkan aku susah bernafas. Muka juga terasa bahang.

Sudah seminggu berlalu sejak kejadian melamar itu. Namun setiap kali aku teringat tentang itu mesti akan berdebar begini. Macam tidak percaya kerana aku akhirnya mengalah serta menerima lamaran jejaka itu.

Padahal aku sendiri tak pasti sama ada aku ada perasaan terhadapnya atau tak. Suka itu adalah, i mean look at him. Kacak dan tinggi lampai begitu siapa yang tak suka. Tapi jika perasaan yang namanya cinta... aku tak tahu.

Aku mengiring ke sisi lalu bagasi yang berada di tepi almari mengalihkan perhatian aku. Esok kami akan bertolak ke Kuala Lumpur untuk menguruskan segala persiapan pernikahan. Aku tak kisah sangat tentang majlis tetapi yang merisaukan aku adalah soal wali.

Hubungan aku dan ibu bapa aku sangatlah renggang. Mahukah abah menjadi wali untuk aku? Adakah mereka akan hadir ke majlis perkahwinan aku nanti? Aku tidak bertemu mereka lagi sejak peristiwa selepas aku sedar dari koma dulu. Aku takut hendak berdepan dengan mereka.

Aku baring terlentang semula seraya melepaskan keluhan. Mengapalah kisah hidup aku sebegini rumit...

Aku mendengus perlahan apabila badan sudah berasa lelah. Masakan tidak. Kali ini sudah masuk sepuluh kali aku menukar persalinan pengantin ini. Aku tidak sampai hati hendak menolak memandangkan butik ini milik umi iaitu bakal ibu mentua aku sendiri.

Walaupun aku sudah memaklumkan yang aku selesa dengan hanya majlis pernikahan sahaja, umi berkeras hendak sponsor untuk majlis resepsi kami. Kata putusnya, kenduri nikah diadakan secara kecil-kecilan di rumah atuk dan nenek. Manakala majlis resepsi atau persandingan akan berlangsung di ibu kota ini.

"SubhanaAllah, cantiknya menantu umi!" Ujar umi setelah melihat aku di dalam persalinan ke sebelas ini.

Aku sekadar balas dengan senyuman sebelum aku lihat pantulan diri aku di cermin besar. Agak tergamam aku jadinya kerana ianya memang sangat cantik. Aku juga suka yang ini berbanding yang sebelum-sebelum ini.

"Mika, umi dengan ayah pilih yang ini. Sesuai sangat dengan design untuk baju Mika yang Mika cuba semalam," ujar umi pada anak tunggalnya.

Baru aku perasan yang Luthfi dari tadi memandang aku bagai hendak tembus. Langsung tidak berkelip. Aku teguk air liur lalu mengemam bibir, terasa segan apabila ditenung begitu.

"Tahulah bakal isteri awak itu cantik umpama bidadari. Malu dah Mahira sebab Mika tenung macam nak telan," ayah berseloroh.

Luthfi yang tersedar terus pura-pura batuk bagi menutup malunya. Aku juga menghela nafas.

"Kalau Mahira suka, Mika setuju aje. Lagipun memang cantik," Luthfi memuji aku di hujung ayat.

Umi beria mengangguk. "Baru cuba-cuba macam ini pun sudah nampak cantik sangat. Tak tahulah bila sudah make up nanti mesti semua terpegun pandang Mahira sebab Mahira cantik macam bidadari," puji umi melangit.

Aku sudah tersipu malu apabila dipuji melambung begitu. "Umi janganlah puji sangat. Mahira takut pujian itu backfired,"

"Jangan risau, umi puji memang ikhlas dari hati. Walaupun bukan umi yang mengandungkan Mahira, terasa sejuk aje perut umi tengok Mahira macam ini. Terima kasih ya sayang sebab sudi terima Mika sebagai suami," ujar umi sambil mengusap kedua-dua tangan aku.

Aku ukir senyum. Sungguh terharu kerana umi menyayangi aku begini walaupun aku masih bergelar bakal menantunya.

"Umi, Mahira pergi salin pakaian dulu ya? Nanti kotor pula baju ini," ujarku.

[C] Bertemu Jodoh KitaWhere stories live. Discover now