12

14 3 0
                                    

Kepala aku dongak memandang bulan separuh di langit gelap tak berbintang. Angin juga bertiup agak kuat, mungkin hujan bakal turun. Namun tidak aku hiraukan semua itu, biarkan ajelah hujan turun. Rutin tetap rutin. Setiap malam aku akan duduk di atas pangkin sambil menghirup udara malam.

"Tak sejuk ke duduk luar malam macam ini?"

Suara itu amat mengejutkan aku, nasib baik jantung tak keluar. Kalau tidak mesti kena operate lagi sekali untuk masukkan semula.

Aku terus menoleh pada pemilik suara. "Sebelum nak tegur, bagi salam dulu boleh tak?" Agak garang nada suaraku.

"Maaf. Assalamualaikum cik Elnne Mahira," ujar Luthfi selepas tersengih tak bersalah.

Aku menjelingnya menyampah. "Waalaikumsalam."

Luthfi melabuhkan punggung dengan jarak beberapa jengkal dari aku.

"Jawablah saya tanya tadi," gesa Luthfi apabila soalannya aku abaikan.

"Ya sejuk tapi saya suka duduk dalam suasana macam ini. Lagipun selimut ada di badan, saya boleh tahan." Balasku.

"Tapi hari nak hujan ini. Awak pun bukannya sihat sangat, masuklah bilik. Nanti demam pula," bebel Luthfi.

Aku menggulingkan mata ke atas. "Sekejap lagi saya masuklah. Belum hujan pun."

"Nak tunggu hujan dulu baru terkedek-kedek nak masuk bilik ke?" Perlinya.

"Awak ini kenapa? Ingatkan bila datang sini tak ada orang hendak membebel pada saya dah tapi awak ini mengalahkan atuk dengan nenek saya tau tak?" Bidasku penuh geram. Hilang mood nak healing.

"Saya bukan membebel. Prihatin aje," balasnya lembut.

Aku diam tak membalas. Malas hendak bertekak.

"Tak rindu atuk dan nenek ke?" Luthfi menyoal selepas beberapa ketika suasana sunyi.

Aku tersentak tapi masih berdiam.

"Banyak kali mereka cuba hubungi awak tapi tak dapat. Awak pun tak pernah hubungi mereka untuk maklumkan keadaan awak. Sebulan, El. Sudah sebulan lebih awak tak balik. Awak tahu tak atuk dan nenek risaukan awak? Awak aje cucu mereka yang..."

"Stop." Aku memintas bebelan Luthfi yang panjang lebar.

Luthfi tercengang sesaat. "Ha?"

"Stop talking like you actually know me, like you know my family. Because you don't," ujarku tanpa nada.

"Well, i did know your family. Saya berkawan dengan arwah Baizura sejak sekolah menengah jadi, saya kenal seluruh keluarga awak. Cuma jarang berjumpa aje," balas Luthfi selamba.

Aku mengetap bibir sebelum mendengus geram. "Merepeklah dia ini!"

Bangun sahaja dari duduk aku terus melangkah laju masuk ke bilik, meninggalkan Luthfi yang terkedu seperti baru dimarahi.

"Aku salah cakap ke?" Luthfi bermonolog sendiri sambil merenung kembali ayat-ayat yang dikeluarkan sewaktu berbual tadi.

Selesai sarapan aku duduk mengambil udara pagi di luar kedai. Pelanggan agak ramai walaupun hari masih awal jadi keluarga Nadeera sedang sibuk.

"Assalamualaikum dan selamat pagi, awak!" Tegur Luthfi penuh ceria pada aku.

"Waalaikumsalam, pagi." Balasku acuh tak acuh.

"Macam tak ada mood aje. Awak tak makan lagi ke? Jomlah makan sekali, lepas itu mesti mood awak baik." Ujarnya penuh naif.

[C] Bertemu Jodoh KitaWhere stories live. Discover now