17

10 3 0
                                    

"Sah!" Seiring selesai bacaan doa kini aku bergelar isteri kepada jejaka yang bernama Luthfi Mikael.

Selepas cincin disarung di jari manis. Luthfi menarik lembut kepala aku lalu bibirnya mengucup dahi aku. Menggigil juga tangan aku yang masih dipegangnya selepas aku cium tadi.

"Assalamualaikum isteri saya," ucapnya perlahan, sekadar cukup aku sahaja yang mendengar.

Wajah agak membahang. "Waalaikumsalam encik suami," aku jawab juga salamnya walau segan.

Selepas itu, kami berdua bergambar di pelamin yang dibuat dan dihias oleh ibu saudara aku bersama jiran-jiran di sini. Ringkas sahaja pelaminnya tetapi sangat cantik hingga umi juga memuji.

Bermula dari gambar bersama keluarga hingga kami berdua sahaja. Bermacam gaya disuruh kami buat hingga pening aku dibuatnya.

"Awak okey tak ini?" Soal Luthfi prihatin. Aku mengangguk. "Photographer ini banyak kerenahlah. Saya sudah letih nak posing," rungutku perlahan padanya.

Luthfi tersenyum lucu. Kemudian dia memberi isyarat pada jurugambar dan sesi bergambar pun berakhir. Para tetamu mula beransur ke khemah di laman rumah untuk mula menjamu selera.

Aku duduk di atas kerusi pelamin seraya menghela nafas lega. Terasa susah hendak bernafas tadi kerana terlalu ramai orang. Sekarang barulah merasa nikmat bernafas.

"Nah," Luthfi muncul entah dari mana bersama secawan air.

Aku pandang cawan di tangannya dan wajahnya silih berganti. "Untuk apa?"

"Air dalam cawan biasanya untuk apa?" Soalnya kembali.

"Minum?" Jawabku dengan tanda soal.

"So?"

Aku terus mengambil cawan lalu meneguk air itu sehingga habis. Sempat dia menyindir aku.

"Sudah lega?" Soalnya lagi. Cawan yang sudah kosong itu diambil semula.

Aku hanya mengangguk tanpa memandangnya.

"Lapar tak? Awak ada nak apa-apa lagi?" Luthfi bertanya lagi.

Kali ini aku memandangnya. Sudah kenapa dia ini tiba-tiba saja banyak tanya.

"Awak okey ke tak ini? Kenapa tanya saya macam-macam?" Seperti biasa soalan dibalas dengan soalan.

"Tadi awak kata awak penat jadi, saya risaulah kalau awak sakit ke apa. Sebab itu saya tanya. Kalau awak nak apa-apa beritahu saya. Nanti saya ambilkan," jujur Luthfi.

Aku tergamam. Baru sahaja selesai akad nikah dia sudah ambil berat begini? Secara automatik mod suami diaktifkan.

"Sepatutnya saya yang layan awak tapi sekarang ini terbalik pula. Awak yang layan saya," balas aku.

"Tak apalah, keadaan awak pun memang tak menentu jadi saya kena lebih bersedia. Saya tak nak ada apa-apa yang trigger sakit awak," ujar Luthfi.

Aku mengangguk faham. Tersentuh hati ini bila ada yang mengambil berat.

"Sekarang ini saya layan awak, malam nanti awak pula layan saya. Kan?" Senyuman nakalnya terbit.

Mata aku terbuntang lalu tangan laju memukul bahunya. Terhambur tawanya setelah dapat mengusik aku. Mujur tiada ramai tetamu di ruang tamu itu.

Bahaya betullah mulut suami aku ini.

Selesai mandi dan solat asar aku berjalan dari laman depan hingga ke dapur. Tetamu-tetamu sudah pulang, yang tinggal hanya keluarga ibu saudara aku dan mentuaku.

[C] Bertemu Jodoh KitaWhere stories live. Discover now